Rate

BAB 119

Romance Series 197233

Dua tiga hari kemudian, sampailah Darius dan isterinya ke Malaysia. Bukan main happy Rubina Elizaberth ke Malaysia. Sebelum ini dia pernah ke Malaysia tapi sudah beberapa tahun yang lalu, bila dapat berada di bumi Malaysia dia sangat gembira.

"Darius, aku hantar kau ke rumah Harith ya.. kau tinggal situ aje.."

"Eh, tak apa ke? Nanti orang kat dalam rumah tu macam mana? Aku dengan wife boleh je sewa hotel," balas Darius.

"Don't worry, kat dalam rumah tu cuma ada Pak Cik Karim dan Mak Cik Timah aje," balas Hud Mikail.

"Yang lain? Daddy or Mummy Harith?" Sampuk Rubina Elizaberth.

"Harith dah tak ada sesiapa dalam hidup dia, papa dia dah meninggal dunia.. dan mama dia pun baru aje meninggal tahun ni akibat kemalangan dan sakit kronik," balas Hud Mikail sambil memandu.

Sayu Darius mendengarnya, "Jadi Harith selama ni yatim piatu?"

"Yup, dia cuma ada aku aje.. aku pun cuma ada dia aje," balas Hud Mikail cuba menahan sebak di dadanya. Selepas itu masing-masing hanya berdiam diri melayani perasaan.

"Pak Cik Karim, Mak Cik Timah!" Panggil Hud Mikail apabila sampai dirumah banglo mewah itu..

"Abang.. besarnya rumah Harith, rupanya dia seorang lelaki yang sangat kaya. Kenapa dia tak bagitahu kita?" Ucap Rubina Elizaberth.

"Dear.. syhhh.. you kan tahu, Harith seorang yang merendah diri. Dia tak suka tunjuk apa yang dia miliki," balas Darius.

"Eh, Hud.. dah sampai pun.."

Mak Cik Timah mempelawa Darius dan Rubina Elizaberth, "Silalah masuk.."

"Mak cik apa khabar, sihat?" Soal Rubina Elizaberth yang bersalaman dengan Mak Cik Timah.

"Mak cik sihat," balas Mak Cik Timah.

"Mak cik isteri saya ni asal Paris, dia memeluk agama Islam sebelum kahwin dengan saya," sampuk Darius.. takut pula kalau Mak Cik Timah terkejut melihat isterinya yang muka minah salleh.

"Duduklah, mak cik buatkan air.." balas Mak Cik Timah mahu ke dapur menghidang air untuk tetamunya yang sudah berada diruang tamu.

"Duduklah dulu ya, nak ke dapur kejap.." ucap Hud Mikail mengikuti Mak Cik Timah.

"Mak Cik Timah, mana Pak Cik Karim?"

"Owh.. pak cik kan ada kat hospital, dia temankan Harith.."

"Allah! Lupa pulak.." balas Hud Mikail tersengih.

"Mak Cik Timah, mereka berdua tu kawan Harith kat Paris dulu.. so, dia orang akan tinggal kat sini dululah. Mak Cik Timah dah kemaskan bilik dia orang?"

"Dah, Hud.. bilik dia orang Mak Cik kemas dibilik tetamu, tingkat atas.."

"Owh.. baik, bilik tu. Tak apa nanti lepas dia orang minum saya tunjukkan bilik tu.."

Selesai minum Hud Mikail mengajak tetamunya ke tingkat atas untuk menunjukkan bilik mana pasangan isteri itu akan bermalam..

"Kau buatlah rumah ni macam rumah sendiri ya. Jangan segan-segan.. kalau nak makan ke apa minta dengan Mak Cik Timah aje," ucap Hud Mikail.

"Thanks bro!"

"Welcome.."

"Oh ya! Kau dengan isteri kau rehatlah dulu ya hari ini, esok aku akan bawa korang ke hospital tengok Harith," sambung Hud Mikail.

"Malam ni tak boleh ke?" Soal Darius..

"Sebaiknya esok, boleh lama-lama sikit kat sana.." balas Hud Mikail.

"Alright,"

"Eh, aku minta diri dululah ya. Nanti apahal call aje aku.." balas Hud Mikail. Darius dan Rubina Elizaberth hanya mengangguk faham.

"Akak bosanlah asyik terperap aje kat sini," ucap Tengku Elvia.

"Dah tu pergilah jalan-jalan, ke Menara Eiffel ke.. boleh ambil gambar," balas Tengku Arissya.

"Tak naklah, bosan!"

"Tak boleh buat apalah akak pun, Elvia kena sabar dulu. Kan kita dah nak balik Malaysia tak lama lagi.." balas Tengku Arissya.

"Hmm.. tak lama lagi kita nak balik Malaysia kan, so apa kata kita ke rumah Abang Darius nak?"

Tengku Arissya memandang adiknya dengan pandangan yang hairan, "Buat apa?"

"Laaa.. bagitahu pasangan suami isteri tulah yang kita dah nak balik Malaysia.."

"Owh.. faham, okay kalau macam tu jomlah kita pergi sekarang.."

"Okay, jap Elvia nak pergi bersiap.." balas Tengku Elvia.

Setengah jam kemudian, sampailah dua beradik itu di depan pintu masuk rumah Darius dan Rubina Elizaberth.

"Kenapa macam tak ada orang aje ni?" Soal Tengku Arissya.

"Eh, mustahil. Adalah.. jap nak ketuk pintu ni lagi," balas Tengku Elvia.

"Kan akak dah cakap, tak ada orang.. so, tak payahlah ketuk lagi pintu tu, nak kasi pecah ke?" Balas Tengku Arissya geram dengan sikap degil adiknya. Tengku Elvia tersengih.. menampakkan barisan giginya, dia tahu kakaknya marah.

"Jomlah balik.." balas Tengku Arissya. Akhirnya dua beradik itu pulang.

"Akak kejap Elvia call Abang Darius ya.."

"Tak payah, ganggu dia orang je. Mana tahu dia orang tak ada kat rumah ni pergi bercuti ke kan.."

"Hmm.. betul juga tu,"

Keesokannya Darius dan Rubina Elizaberth ke hospital, Hud Mikail yang bawa mereka ke sana setelah selesai sarapan pagi.

Masuk saja ke bilik wad di mana Tengku Harith Zaqwan berada Darius sebak. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan Tengku Harith Zaqwan. Rubina Elizaberth hanya berdiri. Hud Mikail juga berdiri saja..

"Harith, aku ni.. Darius. Aku datang nak jumpa kau. Datang jumpa sahabat aku dunia akhirat," ucap Darius perlahan.. namun dapat di dengari oleh Rubina Elizaberth dan Hud Mikail.

"Harith, aku rindu kau. Kau bangunlah.. aku nak dengar suara kau, tawa kau. Nasihat kau. Kau jangan tidur lama, aku... aku...." Kali ini Darius sebak, dia tunduk. Air matanya mengalir. Rubina Elizaberth juga rasa sedih.

"Aku tak datang sorang tau, Rubina pun ada sekali.. kami berdua datang jauh-jauh nak jumpa kau. Ingat tak Harith, kau pernah ajak aku datang Malaysia.." ucap Darius lagi..

"Tapi... bila aku ajak kau datang Paris balik time tu, kau kata kau tak tahu dapat datang lagi ke sana. Kau nampak sedih. Kau memang buat aku takut, Harith. Tak apa kalau kau tak dapat datang sana, yang penting sekarang ni aku dan isteri aku dah ada depan mata kau ni Harith. Kau bangunlah.. kau tak nak raikan aku ke?" Sambungnya lagi.. kali ini Darius menangis. Air matanya laju mengalir. Hud Mikail yang mendengar pun lumpuh jiwanya. Dia tak tahan, segera langkah kakinya keluar dari bilik wad itu.

"Abang.. jangan nangis, nanti Harith sedih.." pujuk Rubina Elizaberth.

"Sorry dear, abang tak dapat tahan rasa sedih ni. Abang cuma nak Harith bangun je.."

"It's okay, kita bagi masa pada Harith ya.." ucap Rubina Elizaberth terus memujuk suaminya.

"Harith, I tahu you kuat. You kena fight sakit you. I dengan Darius akan tunggu you, kami berdua takkan balik ke Paris selagi you tak sedarkan diri.." ucap Rubina Elizaberth memberi kekuatan kepada Tengku Harith Zaqwan bersama satu janji yang pasti.

Selesai melawat Tengku Harith Zaqwan, pasangan suami isteri itu pulang ke rumah. Hud Mikail berjanji malamnya dia akan mengajak kedua pasangan itu berjalan-jalan di kawasan tempat menarik di Kuala Lumpur. Lagipun waktu pagi hingga ke petang, dia jarang ada masa kerana kerjanya di ofis berlambak sejak Tengku Harith Zaqwan terlantar di hospital.

Malam itu Hud Mikail bawa Darius dan Rubina Elizaberth ke Mid Valley, sambil berjalan mereka bertiga berbual-bual.

"Hud, kau tahu pasal Tengku Arissya kan?"

"Yup, aku tahu. Kenal aje dia.. why?"

"Kau tak maklumkan pasal ni pada Tengku Arissya?"

"Nope,"

"Why? Arissya perlu tahu soal ni. Harith akan kuat kalau Arissya ada.. ni aje jalannya untuk Harith sembuh, Hud.." balas Darius.

"I pun rasa macam tu Hud, you kena bagitahu Arissya.. I tak ingat nak maklumkan pada dia sebelum ke Malaysia ni sebab kita orang pun tergesa-gesa ke sini," sampuk Rubina Elizaberth.

Hud Mikail melempar pandangannya jauh ke hadapan, ada keluhan kecil kedengaran berat untuk dia menutur kata.

"Actually, aku bukan tak nak bagitahu soal ni.. aku sendiri tahu yang Harith akan sembuh kalau Arissya balik ke Malaysia, tapi masalahnya kalau aku bagitahu secara mengejut aku bimbang Arissya hilang punca. Dia kan jauh kat sana.."

"Kan Tengku Elvia ada," balas Darius..

"Aku tak rasa Elvia mampu menghalang lagi kalau Arissya tahu yang Harith sakit," balas Hud Mikail.

"Tapi Arissya kan tak cintakan Harith," ucap Rubina Elizaberth.

"Setiap kata mungkin terucap dusta, tapi hati dan riak wajah tak mampu menipu.. Arissya tu ego aje lebih, tapi hati dia tu cuma untuk Harith.." balas Hud Mikail yakin.

"Kau tak ada cara lain ke nak bagitahu Arissya?"

"Esok aku akan jumpa Datuk Mustaqim. Untuk bagitahu yang Harith sakit, aku nak minta tolong Datuk bagitahu Arissya soal Harith..."

"Datuk Mustaqim? Siapa tu?"

"Datuk Mustaqim tu papa Arissya, so hanya dia yang dapat bantu kita bagitahu Arissya soal Harith," balas Hud Mikail.

"Owh.. okaylah kalau macam tu. Aku doa semoga esok urusan kau dipermudahkan oleh Allah," balas Darius lega.

"Amin.. insya-Allah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience