Rate

BAB 213

Romance Series 197165

"Sharleez! Dia adalah Sharleez!" Satu suara menjawab pertanyaan itu.

Tengku Arissya terkedu, begitu juga dengan Datuk Mustaqim. Dia baru ingat menantunya pernah memberitahunya yang dia mempunyai anak buah. Jadi, mungkin Sharleez orangnya yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan keluarganya.

"Kau? Kau buat apa kat sini?" Soal Tengku Arissya. Dia cuba bangun tapi tidak terdaya. Tengku Harith Zaqwan yang risaukan kesayangannya mara ke hadapannya.

"Arissya okay tak ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan, namun pertanyaan itu dibiar sepi.

"Aku tanya ni, kau buat apa kat sini? Macam mana kau tahu pasal semua ni? Datang sini pula tu.." Soal Tengku Arissya.

"Abang cepat, tolonglah drive laju sikit. Elvia tak tahu kenapa, tapi hati ni tak best abang.." ucap Tengku Elvia.

"Kejap sayang, depan tu aje kan rumah papa.."

Sampai saja dirumah papanya, Tengku Elvia segera berlari masuk. Apalagi dia melihat ada kereta milik Tengku Harith Zaqwan. Dia juga terkedu melihat darah yang berlumuran dilantai putih itu. Air matanya sudah mengalir.

"Papa!!!" Tengku Elvia laju menuju ke arah papanya. Dia memeluk papanya erat.

"Papa apa sebenarnya dah jadi ni? Kenapa ada darah?" Soal Tengku Elvia hairan.

"Kakak!" Ucap Tengku Elvia. Tengku Arissya diam. Dia sedang menahan kemarahan terhadap Tengku Harith Zaqwan.

"Kakak okay tak ni?" Sambungnya.

"Tanya jantan ni! Kenapa semua ni jadi? Mungkin dialah dalang disebalik semua ni.."

"Kakak cakap apa ni? Merepek apa?" Soal Tengku Elvia.

"Tengku Harith Zaqwan bukan dalang disebalik kejadian ini," tegas Sharleez membela tuannya, namun Tengku Arissya menengkingnya kuat, "Kau diam!"

"Jawab aku Harith, kenapa kau kat sini? Kenapa kau tahu pasal benda yang jadi ni?"

Tengku Harith Zaqwan tertunduk, batang tubuh itu masih kaku.

Kini Tengku Elvia bersuara, "Abang Harith inilah masanya untuk menjelaskan semuanya. Tolong jangan berdiam diri!"

"Tuan, betul kata Tengku Elvia tu, inilah masanya.."

"Tuan?" Soal Tengku Arissya semakin hairan.

"Apa kaitan korang berdua ni hah? Aku tak fahamlah!" Marah Tengku Arissya. Seakan begitu mendambakan sebuah jawapan.

Diam. Tengku Harith Zaqwan masih memilih untuk berdiam diri. Sikapnya begitu semakin menambahkan api kemarahan Tengku Arissya.

"Ooo.. jadi selama ini kau baik dengan aku ada muslihat? Kau nak apa Harith? Kau gilakan harta aku ke? Atau kau ada rancangan lain yang lebih dahsyat?"

"Kau tahu tak, aku dah agak kau mesti planning something dengan Tengku Qistina. Ada sebab kenapa kau terhegeh-hegehkan aku rupanya. Sebab tu hanya kau aje yang tahu!" Marah Tengku Arissya yang sudah menapak perlahan berhadapan Tengku Harith Zaqwan walaupun dalam keadaan kakinya masih sakit.

"Kenapa kau diam? Kau takut ke? Takut sebab rahsia kau dah terbongkar? Kau memang berpakat dengan dia ni kan!" Jerit Tengku Arissya. Jari telunjuknya terarah pada Sharleez.

"Kak kiah konon, eh berapa dia bayar kau? Beribu? Ratus ribu atau berjuta?"

Tengku Arissya kembali mengalihkan pandangannya pada Tengku Harith Zaqwan.

"Kau memang pelakon terhebat Harith. Kau tak pernah jujur dalam perhubungan. Kau bukan lelaki yang baik. Aku silap besar kahwin dengan kau dulu..."

"Kakak jaga mulut tu! Nanti menyesal tak sudah!" Jerit Tengku Elvia memberi amaran keras.

"Shut up your mouth!" Tengking Tengku Arissya.

"Aku bersyukur sangat sebab sekarang kau bukan suami aku. Kalau tak aku kena tanggung kesalnya diri kerana bersuamikan suami macam kau ni!"

Tengku Arissya tersenyum sinis, "Selama ni kau dengan mama mesti dah lama berpakat kan, kau gunakan mama untuk pujuk aku. Nasib baik kali terakhir mama pujuk aku, aku tak endah. Aku tetap memilih untuk pergi. Kalau tak aku akan jatuh dalam perangkap mama dan kau!"

Mendengar kata-kata Tengku Arissya, Sharleez memejamkan matanya. Air matanya mengalir kali ini. Tidak tahukah Tengku Arissya, bahawa Tengku Suria sudah lama meninggal dunia? Pasti gadis itu akan menyesal sekejap lagi apabila mengetahui kenyataannya.

"Mama dengan kau sama aje!"

"Enough Tengku Arissya Binti Datuk Mustaqim!" Jerkah Tengku Harith Zaqwan. Wajahnya merah menyala. Semua yang ada di situ terkedu. Suaranya bagaikan halilintar.

Tengku Harith Zaqwan merenung tajam ke arah Tengku Arissya.

"Cukup dengan penghinaan ini Arissya. Mama tak ada kaitan langsung dalam hal ini. Jadi, jangan libatkan mama!"

"Sudahlah Harith, tak payah nak bela mama kaulah!"

"Jangan kaitkan urusan dunia dengan orang yang dah mati," ucap Tengku Harith Zaqwan laju. Namun kendur saja suaranya seakan menahan sebak.

"Mati?"

"Mama dah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..."

Tengku Arissya terkedu, membulat matanya. Dia seakan tidak percaya.

"Kau tipu!"

"Bukan satu mainan soal kematian, Arissya.."

"Mama bukan mati kerana kemalangan, tapi dia dibunuh. Ada yang merancang kemalangan itu.." balas Tengku Harith Zaqwan. Kali kedua Tengku Arissya terkedu.

"Abang tak pernah menceraikan Arissya tanpa rela, tapi abang dipaksa menceraikan Arissya.."

Tengku Arissya semakin terkedu, dadanya sesak mendengar kenyataan itu.

"Abang diculik pada malam kita bertengkar, sewaktu Arissya tahu abang kena tangkap khalwat dengan Tengku Qistina. Abang dipukul dibahagian kepala dan dibawa ke suatu tempat. Di situlah abang dizalimi, disakiti, dilukai oleh seseorang yang mahu mahligai cinta yang kita bina hancur.."

"Tak mungkin!" Tengku Arissya menggelengkan kepalanya berulangkali. Air matanya sudah mula melewati pipinya.

Tengku Elvia mara ke hadapan, dia memegang bahu kakaknya, "Itulah hakikatnya akak.."

"Aku tak percaya. Kau tipu Harith!"

"Demi Allah abang tak tipu Arissya. Abang dipaksa menceraikan Arissya. Kalau tak mereka akan menghancurkan masa depan Arissya. Maruah Arissya.."

"Abang sayangkan Arissya setengah mati, takkanlah abang sanggup biarkan mereka melakukan hal yang terkutuk pada orang yang abang sayang.."

"Tipuuuu!" Tengking Tengku Arissya kuat bersama deraian air mata.

"Terpulang pada Arissya nak percaya atau tak, tapi itulah hakikatnya. Masa tu abang terhimpit, kalau abang tak ikut apa yang dia nak. Arissya tentu dalam bahaya. Dan macam mana abang nak melindungi Arissya kalau masa tu abang tak berdaya," luah hati Tengku Harith Zaqwan sebak.

Tengku Harith Zaqwan telah menceritakan segalanya. Hati Tengku Arissya hancur berkecai mendengar kenyataan itu.

"Ya Allah..." Ucap Tengku Arissya sudah terduduk lelah.

"Apa yang Harith ceritakan itu benar, Arissya. Papa juga terkejut ketika mendengar hakikat tu.."

"Tapi kenapa sekarang Arissya baru tahu semua ni papa?"

"Kenapa sekarang?" Ucap Tengku Harith Zaqwan seakan sinis nada suaranya. Tepat dia memandang seraut wajah cantik itu dengan penuh rasa kesal.

"Kenapa sekarang sebab hati you ego, Arissya! You bodoh sombong. I nak cerita semuanya pada you tapi you tak nak dengar. You marah I. You hina I. Tanpa sempat I memberi penjelasan. Semua ni terjadi pun kerana kebodohan you sendiri.."

"You tahu tak, youlah manusia yang paling kejam dalam dunia ini. I kesal dengan sikap you. Satu kesalahan yang I lakukan, you pandang I macam I ni pendosa sampai mati. Tapi jujur I cakap, I tak kisah Arissya you nak hina I sampai kiamat pun, tapi I nak you tahu.. I takkan biarkan Tengku Qistina hancurkan hidup you. Keluarga you. I akan terus melindungi. Bila semuanya dah selesai, I janji takkan ganggu hidup you lagi. Tapi buat masa sekarang tolonglah, I merayu. Tolong bagi kerjasama.. sebab tak mudah untuk memerangkap Tengku Qistina, membawa dia ke muka pengadilan. Perempuan jalang itu licik orangnya.." sambungnya lagi panjang lebar.

"Harith.. I...."

Tengku Harith Zaqwan segera berlalu pergi dari situ. Dia tidak mahu mendengarkan apa-apa lagi. Sharleez ikut serta.

Tengku Arissya masih terduduk, teresak-esak disitu menangis.

"Sekarang dah puas hati akak kan? Dapat hina lelaki yang rela mati menggadaikan nyawanya demi perempuan yang dia cintai.." ucap Tengku Elvia. Kesal dengan sikap kakaknya.

"Elvia pernah ingatkan sebelum ni jangan sampai menyesal, tapi sekarang nasi dah jadi bubur. Semuanya dah hancur.." sambungnya.

"Sayang sudahlah tu, Kak Arissya tengah sedih tu," pujuk Tengku Emir Danish.

"Diam abang! Kali ni biar Elvia sedarkan akak. Selama ini dia celik tapi malangnya dia terlalu buta sejak peristiwa tu. Dia tak dapat menilai antara permata dan kaca. Dia fikir dia hebat sampai sanggup menghancurkan hati lelaki yang tulus mencintainya," balas Tengku Elvia cuba menahan rasa sebak dijiwanya.

"Akak tahu tak, selama ini Abang Harith tu setengah mati melindungi akak dan keluarga kita daripada perempuan gila tu. Sehingga hatinya terkorban pun dia masih tetap bersabar. Tapi akak? Apa yang akak buat? Akak memperajai ego, terus membelai keangkuhan setinggi langit sehingga jadi manusia yang sangat mementingkan diri sendiri. Hilang segala kelembutan akak. Mana perginya Tengku Arissya yang Elvia kenal dulu? Mana!!!" Jerit Tengku Elvia kuat dihujung ayatnya.

"Tak cukup baik ke lagi Abang Harith? Akak tak dengar ke dia cakap apa tadi?" Sambungnya lagi...

"Sayang enough!"

"Shut up!"

Buat kali kedua Tengku Emir Danish terdiam. Dia biarkan saja isterinya memuntahkan segala isi hatinya.

"Dia kata dia tak kisah kena hina walaupun sampai kiamat. Dia tetap akan jaga akak dan family kita. Nampak tak? Walaupun kena hina dia masih sudi jaga kita akak. Hebat kan hati lelaki yang akak benci sangat tu?" Perli Tengku Elvia. Dia sebak. Tiba-tiba dia menangis. Tengku Emir Danish segera menarik tubuh kecil itu dalam pelukannya. Tengku Elvia menangis teresak-esak menyembankan mukanya di dada sasa milik suaminya.

"Syhh.. sayang, jangan nangis. Tak elok untuk baby kita.."

"Papa juga akui rasa kesal dengan sikap Arissya pada Harith. Sepatutnya Arissya lebih bijak mengawal emosi, bukannya sesuka hati menyakiti hati orang lain. Tapi apa boleh buat, semuanya sudah terlambat.." ucap Datuk Mustaqim tiba-tiba.

"Papa Arissya minta maaf. Arissya mengaku yang Arissya ego selama ini.."

"Sudahlah, Arissya!" Balas Datuk Mustaqim segera berlalu ke tingkat atas.

Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia pula sudah naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Hanya tinggal Tengku Arissya di situ menangis, mengenangkan betapa bodohnya dirinya. Sebodoh-bodohnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience