Rate

BAB 229

Romance Series 197165

Hari itu seperti hari-hari biasa, Tengku Arissya keluar menjalankan tanggungjawabnya. Sharleez pula selalu menjejaki gadis itu, menjaganya sebaik mungkin kerana amanah yang dipikulnya. Dengan penuh kesetiaan pada arahan tuannya.

Adrian Smith pula hari itu mempunyai urusan lain, dia sedang menyiasat segala kegiatan Sichai, orang upahan Tengku Qistina. Tujuannya untuk membawa lelaki itu ke muka pengadilan, sekiranya ada menemukan bukti kejahatan yang dia lakukan.

Jam menunjukkan waktu senja, Tengku Arissya menapak masuk ke dalam keretanya. Sharleez sudah bersedia mengikuti jejak gadis itu dengan motorsikal berkuasa tingginya. Seperti biasa dia memakai sut berwarna hitam dan helmet bagaikan seorang pelumba motor.

Dia sudah melihat ke kiri kanannya, tiada bahaya waktu itu. Tenang. Tapi sampai saja di selekoh, dia melihat sebuah kereta mengikuti Tengku Arissya dari arah kanan bahu jalan disebelah sana, jelas dia melihat lelaki itu sedang mengisi beberapa peluru. Sharleez terkedu, debar dijantungnya kencang. Dia segera menekan pedal minyak motorsikalnya sekencang angin. Sekiranya dia terlewat pasti peluru itu bakal menembusi tubuh Tengku Arissya.

Kereta itu sudah kian mendekati di sebelah kanan, lelaki itu buat masa ini tidak perasan kehadirannya yang berada di sebelah kiri. Apabila Sharleez sampai hampir dekat dengan Tengku Arissya dia menjerit kuat. Dia bermotor, angin yang menentangnya kuat membuatkan suaranya tenggelam.

Tengku Arissya yang mula perasan seakan ada yang menjerit ke arahnya melihat melalui cermin pandang belakang keretanya. Dia dapat melihat seorang penunggang motorsikal itu membuat isyarat tangan, tapi dia masih tidak mengerti.

"Arissya tunduk!"

"Arissya tolong tunduk atau berhentikan kereta tu!"

"Arissya tengok kanan. Arissya please!!!" Jerit Sharleez semakin berdebar.

Lelaki itu tidak perasan akan kehadiran Sharleez. Mungkin dia lebih fokus pada Tengku Arissya. Sharleez dapat melihat lelaki itu sudah bersedia menekan picu pistolnya. Menyunting tepat ke arah Tengku Arissya.

Sharleez tahu Tengku Arissya tidak akan dapat membaca gerak isyaratnya, jadi hari ini biar dia berkorban nyawa. Dia segera menekan pedal minyak motorsikal berkuasa tingginya sekuat tenaga dan hatinya.

Di saat picu pistol itu dilepaskan ke arah Tengku Arissya, Sharleez sampai tepat disebelah kiri. Satu das tembakan mengenai sebatang tubuh kecil itu. Memercik darah dibahagian lengannya. Tengku Arissya terkedu tapi masih meneruskan pemanduannya.

Satu das tembakan dilepaskan sekali lagi sebelum sempat Sharleez mengeluarkan pistolnya. Biji peluru timah itu mengenai dibahagian betisnya pula. Dia meraung kesakitan.. tapi dia harus melindungi Tengku Arissya. Dia perlu kuat. Sharleez membongkokkan tubuhnya, dia mengambil sepucuk pistol miliknya dibahagian betisnya yang tersarung kemas di situ.. lalu dia melepaskan beberapa tembakan ke arah Roy dan Qi.

"Cis! Tak guna betul, siapa pula yang bawa motor besar tu!" Marah Roy yang masih memegang pistol ditangannya.

"Qi terus memandu, biar aku ajar dia tu!" Jerit Roy marah.

"Weii bahayalah, dia pun ada pistol.." nasihat Qi, tapi Roy tidak peduli. Dia mahu lawan.

"Arrghh.. persetankan semua tu!"

Tengku Arissya sudah menggigil ketakutan, dia segera menelefon Tengku Harith Zaqwan. Hanya nama itu yang bermain di fikirannya.

"Harith tolongggg...."

"Arissya... Arissya kenapa?"

Bunyi beberapa das tembakan menyebabkan Tengku Arissya menggigil, dia tidak dapat bercakap namun jelas didengari Tengku Harith Zaqwan bunyi tembakan itu.

"Arissya... please say something sayang..."

Tengku Harith Zaqwan segera menelefon Adrian Smith apabila panggilannya dimatikan. Hanya lelaki itu yang bijak mengesan keberadaan Tengku Arissya.

Beberapa minit kemudian, Adrian Smith dapat mengesan keberadaan Sharleez. Dia segera ke sana. Tengku Harith Zaqwan tidak dapat ke sana, jika tidak orang-orang Tengku Qistina akan mengenalinya. Dia hanya menunggu keputusan daripada Adrian Smith.

Adrian Smith menaiki kereta sportnya. Tak sampai setengah jam dia berada di jalan yang sunyi sepi itu, dari jauh dia dapat melihat Sharleez memandu motorsikalnya ke arah yang kian tidak menentu, sedang berusaha bertahan sambil mempertahankan Tengku Arissya.

Darah Adrian Smith mendidih, tentu gadis yang dia cintai itu sedang menahan kesakitan. Dia menekan pedal minyak keretanya laju dan pada masa yang sama dia mengeluarkan pistolnya. Dia menembak tepat ke arah tayar kereta Roy dan Qi. Kereta itu hilang arah. Namun Qi masih meneruskan pemanduannya. Tapi agak cemas.

"Ciss!! Siapa pula dibelakang kita tu!" Marah Roy.

"Lelaki tempoh hari," balas Qi agak cuak.

"Habislah kita kali ini Roy. Lebih baik kita lari.." Qi ketakutan, dia mahu lari.

"Jangan! Aku nak habiskan riwayat lelaki tu.." ucap Roy. Dengan beraninya dia menjenguk di bahagian luar keretanya lalu melepaskan beberapa tembakan ke arah Adrian Smith. Agresif sungguh...

Adrian Smith semakin marah, apalagi dia dapat melihat Sharleez sudah jatuh dari motorsikalnya. Dia dapat melihat Tengku Arissya juga break secara mengejut.

"Arghh.." dahi Tengku Arissya terhentuk di steering. Kesan darah terpalit disitu.

Sharleez sudah terbaring di atas jalan, namun berusaha untuk bangun.. tapi tidak terdaya. Betisnya terasa sangat sakit. Dia cuba mahu duduk, tidak juga berupaya. Helmetnya juga tidak dapat dibuka kerana dibahagian lengannya sakit amat akibat tertembak. Air matanya keluar, selaju darahnya yang masih mengalir.

Adrian Smith sudah hilang sabar, dia mara ke hadapan dan melepaskan tembakan demi tembakan. Kali ini salah satu dari tembakan itu terkena dibahagian dada Roy. Qi memberhentikan kereta, dia merasa takut. Dia segera menapak keluar ingin berlari menyembunyikan dirinya tapi sepantas kilat Adrian Smith keluar dari keretanya mengejar Qi, tanpa berlengah dia melepaskan dua das tembakan mengenai bahagian kaki dan lengan Qi. Tertiarap lelaki itu.. Roy pula sudah lama kaku akibat terkena dibahagian dada. Adrian Smith menghampiri Qi, dia merampas pistol yang ada di situ. Sempat dia menumbuk Qi supaya lelaki itu pengsan.

Tengku Arissya membuka pintu keretanya perlahan, dia mahu menuju ke arah penunggang motorsikal yang telah menolongnya. Adrian Smith yang tidak jauh dari situ berlari mendekati Tengku Arissya setelah selesai menelefon pihak polis dan ambulans. Dia juga sempat menghantar lokasi keberadaan Tengku Arissya pada Tengku Harith Zaqwan.

"Okay tak ni?"

"Saya okay, tak apa. Tolong dia.. tolonggg..." Ucap Tengku Arissya perlahan. Kepalanya agak terasa sakit. Adrian Smith berlari ke arah Sharleez.

Adrian Smith membuka helmet yang dipakai Sharleez. Tengku Arissya yang melihat siapa disebalik helmet itu terkedu.

"Kak Kiah?" Ucap Tengku Arissya yang dimaksudkannya Sharleez. Sharleez tidak dapat memberi respond. Tubuhnya sakit walaupun dia berusaha bangun.

"Are you okay dear?" Soal Adrian Smith. Matanya seakan ingin berkaca.

Sharleez tidak menjawab apapun, dia hanya tersenyum.

Tengku Arissya masih terkedu, dia dapat melihat pengorbanan Sharleez tadi, bukan main bersungguh dia dilindungi. Dia masih berdiri teguh di situ, tapi matanya seakan berpinar ingin rebah ke bumi.

"Tengku Arissya okay?" Soal Adrian Smith apabila dia melihat gadis itu memegang kepalanya. Belum sempat menjawab Tengku Arissya jatuh. Nasib baik Tengku Harith Zaqwan menyambutnya, jika tidak pasti kepalanya akan terhentak kuat.

"Arissya... Arissya wake up!" Ucap Tengku Harith Zaqwan tapi tetap kaku.

"Kau jangan risau, aku dah call ambulans.."

Beberapa minit kemudian ambulans datang, Tengku Harith Zaqwan mengangkat tubuh kecil itu masuk dalam ambulans. Diikuti oleh Sharleez, Adrian Smith yang mengangkatnya.

"Kuat ya sayang. Aku minta maaf terlewat sampai. Jangan tinggalkan aku..." Pesan Adrian Smith pada Sharleez. Masih sempat dia bersweet bagai.

Datuk Mustaqim segera ke hospital melihat anaknya. Hud Mikail dan tunangnya juga ke sana untuk melihat keadaan Tengku Arissya. Sharkief juga turut sama ada disitu. Dialah orang yang paling bersedih dan risau. Risaukan Sharleez, bimbang berlaku sesuatu yang buruk.

Manakala Tengku Elvia tidak diberitahu oleh papanya akan keadaan Tengku Arissya, lagipun anaknya baru lepas beranak. Risau sekiranya memberi kesan buruk pada emosinya.

Tengku Arissya hanya dimasukkan ke wad biasa. Sharleez pula masih diruangan bilik pembedahan... Hanya tinggal Sharkief diruangan menunggu. Adrian Smith baru selesai dibalai polis, dia segera ke hospital. Dia mahu melihat keadaan gadis pujaannya.

Tengku Harith Zaqwan juga ada disitu. Dia tidak tahu Tengku Arissya sudah dimasukkan ke wad biasa.

Sharkief nampak marah, tiba-tiba dia meluru ke arah Adrian Smith dan menumbuknya.

"Eh, kenapa dengan kau ni?" Marah Adrian Smith menolak tubuh itu.

"Kau janji nak jaga kakak aku, tapi apa yang kau buat? Kenapa dia sampai masuk hospital?" Marah Sharkief tidak puas hati.

"Aku ingat siapalah yang dia kenal sekarang, rupanya kau!" Sambungnya.

Sharkief masih mahu menumbuk Adrian Smith, namun kali ini Tengku Harith Zaqwan menghalang.

"Sudah Kief, kau tumbuk dia buat apa? Dia tak salah!" Tengking Tengku Harith Zaqwan. Sharkief diam.

Seorang nurse datang ke situ memberi amaran supaya jangan membuat bising.

"Maaf, kami tak buat bising lagi.." ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Kau ingat aku tak risaukan Sharleez ke? Hei, dia tu nyawa aku tahu tak. Aku sayangkan kakak kau tu.." ucap Adrian Smith perlahan meluah perasaan.

"Kalau kau sayang kenapa dia perlu melalui semua sakit tu!"

"Aku dah berusaha Kief, bila aku sampai dia dah lemah. Mana aku tahu apa yang bakal terjadi. Kau pun tahu kan kerja dia bahaya," balas Adrian Smith.

"Tiga das tembakan, tiga biji peluru timah kena di isi dagingnya. Kau rasa dia mampu bertahan ke? Kakak aku tu perempuan, bukannya lelaki bodoh!" Marah Sharkief menekan nada suaranya. Dia mengalahkan Adrian Smith di atas semua yang terjadi.

"Aku yang salah Kief. Aku ni tuan dia, yang arah dia buat kerja sorang-sorang. Kau tak perlulah salahkan Adrian..."

Kali ini Sharkief terdiam.

"Kalau kau nak cari gaduh, bertumbuk ke apa. Tumbuk aku. Tumbuk aku!" Marah Tengku Harith Zaqwan. Geram pula dia.

"Err.. ak.. aku.. aku minta maaf tuan. Aku terlalu ikutkan emosi, aku lupa yang kerja kita semua bahaya. Aku cuma takut kehilangan kakak aku..."

"Kau jangan risau, Leez kuat orangnya. Aku yakin dia mampu bertahan. Cuma sekarang ni aku nak tanya kau mana Arissya?"

"Tengku ada dibilik wad dua puluh lapan.."

"Aku tengok dia kejap. Jangan gaduh lagi.. nanti kang dua-dua aku tumbuk!" Balas Tengku Harith Zaqwan segera berlalu pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience