BAB 258

Romance Completed 198147

Tengku Harith Zaqwan jauh mengelamun. Selepas solat di masjid, dia menapak perlahan di sekitar situ. Jauh dia memandang ke hadapan dengan pandangan yang kosong.

Dia akui rasa rindu semakin mencengkam jiwanya. Dia teramat merindui Tengku Arissya. Dan entah bila dia harus menipu hatinya sendiri. Sebenarnya dia masih memikirkan kata-kata Hud Mikail padanya.

Andai kata suatu hari dia pulang ke Malaysia, pada ketika itu Tengku Arissya sudah menjadi milik lelaki lain, adakah pada saat itu hatinya mampu menerima segala ketentuan Allah dengan penuh redha? Sedangkan cintanya pada Tengku Arissya tidak pernah sirna.

Tengku Harith Zaqwan memejamkan matanya seketika, terniang-ngiang kenangan masa lalunya bersama Tengku Arissya. Bagaimana saat dia merasa cemburu apabila Tengku Arissya bersama lelaki lain. Dia tahu waktu tu dia melampau. Biadap dengan isterinya sendiri.

“Apa abang cakap ni?”

“Kau tak payahlah nak tunjuk baik depan aku, lagipun aku dah kenal siapa kau. Kau ni tak ubah seperti seorang perempuan murahan!”

“Sampai hati abang panggil Arissya perempuan murahan. Semurah tu rupanya harga diri Arissya pada abang. Terima kasih atas segalanya.."

Tengku Arissya tidak menunggu lama, dia terus naik ke tingkat atas untuk ke biliknya. Dia menangis mengenangkan harga dirinya telah dipijak oleh suaminya sendiri. Sakit hatinya, terasa seperti dihiris sembilu.

“Arghhhh! Apa aku dah buat ni! Bodohlah kau ni Harith!” Bentak Tengku Harith Zaqwan kasar. Dia betul-betul tertekan.

Tengku Harith Zaqwan duduk di sofa sendirian, dia cuba mencari ketenangan. Cuba berbaik sangka, mungkin lelaki itu kawan isterinya ditempat kerja.

Dia menapak naik ke tingkat atas apabila sudah mencapai ketenangan dalam diri. Dia mahu memujuk hati yang telah dilukainya itu.

"Sayang..."

Tengku Arissya masih menangis rupanya, menyembamkan mukanya ke bantal. Tengku Harith Zaqwan cuba menyentuh tubuh itu agar berpaling menghadapnya.. tapi Tengku Arissya marah, "Abang pergilah! Jangan kacau boleh tak. Pergi!"

"Sayang abang minta maaf. Maafkan abang sebab cakap macam tu tadi. Abang tak sengaja..."

"Tak sengaja? Alasan!"

"Sayang jangan nangis. Abang tahu abang salah. Abang minta maaf. Abang janji tak buat lagi.." pujuk Tengku Harith Zaqwan. Dia menarik tubuh kecil itu menghadapnya.. lalu memeluk isterinya erat.

"Maafkan abang ya. Abang memang tak patut cakap macam tu.." balas Tengku Harith Zaqwan mengakui kesilapannya. Dia merenggangkan pelukan itu. Wajah Tengku Arissya dipandang, dia menyeka air mata itu perlahan.

"Dah jangan nangis lagi. Bangun sayang.. sini!" Ucapnya sambil menarik tangan itu supaya isterinya betulkan posisi duduknya. Duduk dekat dengannya. Tengku Arissya melentokkan kepalanya di dada sasa milik suaminya. Dia diam tanpa kata.

"Abang marah Arissya sebab tadi abang tengok Arissya keluar dengan lelaki lain, nampak mesra sangat. Bergelak ketawa. Siapa lelaki tu?"

"Faqrul.."

"Faqrul. Siapa dia tu?"

"Kawan baik Arissya. Dia pensyarah kat situ juga. Keluar dengan dia pun bukannya selalu, tadi keluar atas sebab nak bincang pasal aktiviti yang kami bakal adakan di universiti nanti.."

"Owh yeke? Sayang dengan dia tak ada apa-apa kan?"

"Mana ada apa-apa. Arissya ada abang sorang aje.." balas Tengku Arissya membuatkan Tengku Harith Zaqwan senyum. Dia sangat menyayangi Tengku Arissya. Cemburu yang hadir itu tandanya sayang.

Tengku Harith Zaqwan kembali membuka matanya, ya! Dia masih ingat dia sangat cemburu ketika bekas isterinya itu keluar bersama lelaki lain. Dan dia merasakan sakit yang sama hari ini. Bezanya lelaki itu bukan Faqrul tapi Airel Azumi.

Sebenarnya dia pernah ada perselisihan faham dengan lelaki itu sebelum ini. Tentang perempuan. Lelaki itu pernah belajar di universiti yang sama dengannya seketika. Mereka tidak berkawan tapi pernah saling mengenali. Perempuan yang dicintai Airel Azumi mencintai dia, tapi Airel Azumi salah faham terhadapnya. Menganggap yang dia merampas perempuan itu darinya. Sedangkan perempuan yang bernama Riesya itu yang terhegeh-hegeh menggodanya. Sampai ke hari ini salah faham itu masih berterusan. Dia dianggap sebagai perampas.

Kalaulah ditakdirkan oleh Allah, dia pulang ke Malaysia dan menemui Airel Azumi pasti akan berlaku perang dunia ketiga. Memang akan timbul konflik lain yang sangat dahsyat. Apalagi sekiranya jika ada yang memberitahunya bahawa dia merupakan bekas suami Tengku Arissya.

Ya, bekas suami! Bukan lagi suami. Sudah tentu Airel Azumi akan cuba merebut hati itu. Kalau tidak mereka tidak akan serapat itu. Hatinya menyakini akan perkara itu.

'Ya Allah! Aku tak sanggup kalau Arissya jadi milik lelaki lain. Aku mahu memilikinya semula.. tapi masihkah ada cinta di hati Arissya untuk aku?' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan melepaskan keluhan kecil, namun berat. Hatinya tiba-tiba terluka. Rasa sedih apabila mengenangkan masa lalu. Hatinya kembali merintih seakan ingin memberitahu kesayangannya yang dia tidak pernah menduakan cintanya.

'Sayangg.. abang tak pernah menduakan cinta kita. Sumpah sayang, abang tak pernah sentuh perempuan lain dalam hidup abang. Abang selalu jaga diri abang, tapi Tengku Qistina sengaja memerangkap abang supaya sayang tinggalkan abang. Kadang abang rasa semua ni mimpi je, tapi hakikatnya tak. Bila abang tersedar dari tidur, abang pandang sebelah abang. Arissya tak ada. Biasanya setiap pagi, ada Arissya disebelah abang.. yang selalu peluk abang. Ceriakan hidup abang. Abang tak kuat sayang. Hilang Arissya terasa gelapnya dunia abang. Abang sakit sayang, sebab terpaksa tahan rasa rindu pada Arissya. Bukan senang abang nak melangkah sampai tahap ni. Bila abang ingat balik semua yang kita pernah lalui, abang rasa mahu mati. Hilang Arissya itu sungguh berat, sayang. Abang bukan hilang Arissya aje, tapi abang juga kehilangan mama untuk selama-lamanya.

Sayang tahu tak, abang tak salah. Abang setia dengan Arissya sejak dari dulu. Tapi Tengku Qistina yang menghancurkan semuanya. Abang tahu Arissya tak pernah suka pada lelaki yang kaki perempuan, yang menduakan cintanya, apalagi yang sentuh perempuan lain. Abang tahu Arissya jijik dengan lelaki yang macam tu tapi percayalah, abang tak pernah melakukan hal yang terkutuk tu. Arissya perempuan pertama yang abang sentuh dalam hidup abang, juga yang terakhir.

Sayangg.. sungguh abang tak kuat. Pernah abang rasa mahu meraung, menjerit, sebab nak luahkan semua yang terpendam di dada ni tapi abang memilih diam memendam. Sebab abang tahu perempuan yang abang cinta dah tak percayakan abang lagi. Dia dah benci abang. Pandang muka abang pun dah tak nak.

Sayang tahu tak, abang nak sangat bersama Arissya lagi. Menjalani kehidupan berdua, kerana keindahan yang kita kecapi dulu terlalu sementara, sayang. Abang mahu mengulanginya lagi. Tapi masihkah ada cinta di hati Arissya untuk abang, walaupun cuma secebis rasa cinta?

Sayang abang paling takut kalau sayang dah tawar hati dengan abang, tapi apa yang abang takutkan tu memang dah jadi. Cuma lepas sayang dah tengok abang terlantar kat hospital hari tu.. sayang memang dah berubah, bahasakan diri ni sebagai "abang" balik, tapi tahu tak sayang disebalik semua tu abang rasa takut. Abang takut Arissya marah abang lagi. Bencikan abang lagi. Sebab tu abang pergi jauh tinggalkan Arissya. Abang takut nak rebut hati Arissya sebab takut segala usaha abang tetap sama.

Abang akui penat, dada abang sesak. Banyak sangat luka di hati abang sayang. Dibenci oleh orang yang sangat kita cintai itu adalah satu kesakitan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. Sebab tu abang pergi sayang. Bukan marahkan Arissya, jauh sekali membenci sayang. Cuma sekarang ni banyak ketakutan tu wujud dalam hati abang. Dan salah satu sebabnya kerana janji. Abang pernah berjanji lepas dah selesai semuanya abang akan pergi jauh, itu yang abang buat sekarang ni. Abang pergi jauh tinggalkan Arissya.

Tapi tak semua orang memahami hati abang. Hud marah abang, dia cakap abang bodoh. Abang bodoh tak kejar Arissya. Rebut hati Arissya semula. Tapi dia tak faham satu benda sayang, dia tak rasa 'sakit' tu macam mana tanpa faham semua yang abang dah lalui. Dia tak rasa 'penat' abang tu macam mana. Tapi abang cuba fahamlah kan. Abang tak pernah pun marah Hud. Abang faham yang jalan cinta dia mudah, tak serumit kita sayang.

Entahlah, abang tak tahu nak luah apa kat sayang. Abang nak berdepan dengan sayang nak luahkan semua ni tapi abang rasa abang tak mampu dah. Abang takut abang menangis depan sayang kuat-kuat. Abang lelaki, abang kena kuat. Abang malu nak menangis macam tu depan sayang. Abang bukan lagi budak kecil. Abang kena belajar menyembunyikan tangisan tu. Hmm.. abang mampu cakap dalam hati je sayang. Abang minta maaf sayang sebab jauh tinggalkan sayang. Abang tak tahu sejauh mana takdir cinta kita. Abang tak tahu nak buat apa. Mungkin abang perlukan masa sayang. Tapi abang pun tak tahu, jika abang terus di sini, tentu akan ada lelaki lain yang cuba merebut hati sayang tu...

Mungkin saat sayang dah jatuh cinta pada lelaki lain, abang memang dah tak boleh buat apa lagi dah. Entahlah sayang, abang tak tahulah nak cakap apa. Abang tak ada jawapan yang baik untuk diberikan...'

Ucap hati Tengku Harith Zaqwan bersama deraian air mata. Tengku Harith Zaqwan segera menyeka air matanya. Setidaknya dengan cara meluah dalam hati begitu, dia rasa lebih tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience