Rate

BAB 268

Romance Series 197165

Sharleez menapak ke hospital, tergesa-gesa dia. Semasa dia masuk ke bilik wad, dia terkedu. Sudah ada Tengku Elvia di situ dengan wajah sugulnya. Tapi kenapa?

"Hai, awal you ke sini? Why?" Soal Sharleez cuba berlagak tenang.

"Kak Arissya pengsan, nurse bagitahu dia keluar wad seperti mencari seseorang..."

Kali kedua Sharleez terkedu, sepertinya dia sudah dapat membuat kesimpulan awal.

"Cari siapa?" Soal Sharleez berani bertanyakan siapa gerangannya yang Tengku Arissya cari.

"Entah, I tak tahu. Bila nurse yang jaga Kak Arissya call, I terus datang sini..."

"So, macam mana keadaan Arissya?"

"Masih tak sedarkan diri, tapi kata doktor jangan risau. Mungkin ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Doktor nasihatkan supaya Kak Arissya banyakkan rehat. Kalau boleh elak dari menerima ramai pelawat," balas Tengku Elvia.

Mata Sharleez liar mencari jam tangan itu, namun tak ditemuinya. Di mana letaknya? Dia yakin jam itu ada, apatah lagi setelah mengetahui cerita yang disampaikan Tengku Elvia.

"Owh ya, I ada jumpa jam tangan.."

"Errr.. owh ya? Mana I tengok, lagipun Adrian bagitahu jam tangan dia hilang. I tengah cari juga ni mana hilangnya jam tangan tu.."

"Ni jam tangan tu," ucap Tengku Elvia mengambil jam tangan tu daripada handbagnya lalu diberikan pada Sharleez.

"Laaa.. sini rupanya. You jumpa kat mana? Puas I cari jam tangan ni. Adrian mesti suka dapat tahu jam dia dah jumpa..." Ucap Sharleez selamba. Bijak dia berlakon tapi lakonnanya jadi hambar kali ini apabila Tengku Elvia mengutarakan soalan yang mengejutkan.

"You yakin jam tangan ni milik Adrian?"

"Yup, I yakin.. why Elvia?"

"Sebab jam tangan tu ada dalam genggaman Kak Arissya.."

"Hah? Yeke? Mungkin dia pegang jam tangan tu nak bagi atau tanya sesiapa kut. Tapi tak sempat terus pengsan..."

"Hmm mungkin.." balas Tengku Elvia. Hatinya masih khuatir melihat keadaan kakaknya yang kelihatan agak lemah.

"Elvia I kena gerak ni, ada kerja sikit nak buat. Jumpa lagi ya.."

"Alright. Take care!" Balas Tengku Elvia. Sharleez segera berlalu pergi dari situ.

Hampir sejam kemudian, Sharleez sampai dirumah Tengku Harith Zaqwan.

Sepanjang dia berada dirumahnya, Hud Mikail tidak datang ke rumahnya. Dia lega. Dia juga sudah maklumkan pada orang gajinya supaya rahsiakan kepulangannya di Malaysia.

"Nah, jam tangan tuan!" Serah Sharleez pada Tengku Harith Zaqwan.

"Jumpa kat mana?"

"Hospital dan yang mengejutkan, jam tangan ni ada dalam genggaman tangan Tengku Arissya.."

Tengku Harith Zaqwan terkedu, dia memandang wajah Sharleez meminta penjelasan.

Sharleez menceritakan semuanya.

"Jadi, Arissya dah tahu aku balik ke Malaysia?"

"Tak kut, setakat jam tangan je manalah dia tahu tuan. Dia tak tahu jam tangan siapa.."

"Malangnya dia tahu, Leez..."

"Why dia tahu?"

"Sebab jam tangan tu hadiah dia pada aku, jam tangan tu ditempah khas. Harganya puluhan ribu. Hanya ada satu dalam dunia ni.."

Sharleez terdiam kali ini.

"Patutlah Arissya pengsan. Macam mana kalau Arissya tahu tuan ada sini?" Soal Sharleez.

"Harap taklah.."

"Tapi kalau tahu pun apa salahnya tuan.."

"Bukan masanya lagi, aku balik atas tujuan untuk memastikan keadaan Arissya selamat, tu je. Selain tu, aku tetap berpegang pada janji.."

Sharleez mengangguk faham. Cakap banyak mana pun tak guna. Dia sangat berharap supaya Tengku Harith Zaqwan bertemu dengan Tengku Arissya. Hanya Tengku Arissya yang mampu menghadapi lelaki yang sudah keras hatinya itu.

"Macam mana keadaan Arissya?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Belum sempat Sharleez menjawab pertanyaan itu, ada panggilan daripada Tengku Elvia.

"Elvia ada apa call I ni?"

"Kakak! Kak Arissya. Kakak sesak nafas, dia sakit secara tiba-tiba. Doktor tengah check dia. I risau ni.. boleh tak you tolong datang sini, I...."

Tuttt tuttt...
Panggilan ditamatkan...

"Why Leez?"

"Arissya sakit teruk, sesak nafas. Elvia nampak cemas... Lepas tu Elvia diam macam tu aje, aku tak tahu kenapa tuan.."

"Kita ke hospital sekarang!" Ucap Tengku Harith Zaqwan berlari ke arah keretanya.

"Tuan tapi.."

"Tapi apa!!!" Jerkah Tengku Harith Zaqwan kuat.

"Okay fine, kita pergi hospital!" Balas Sharleez siap baling anak kunci kereta ke arah tuannya. Hebat, ia berjaya ditangkap Tengku Harith Zaqwan. Jarang balingan dapat ditangkap.

Tengku Harith Zaqwan yang memandu, tapi memang kecut perut Sharleez. Laju sungguh kereta yang dipandunya. Nak lagi kereta sport. Kereta sport itu milik suaminya, Adrian Smith, dia bertukar kereta pada hari itu. Memang lajulah.

"Tuan nak mati awal ke?" Soal Sharleez sinis.

"Kau diamlah!"

"Kalau ya pun risaukan Arissya janganlah bawa aku sekali masuk kubur tuan. Aku dahlah tak merasa lagi jadi seorang ibu, ada anak.."

Tengku Harith Zaqwan diam, dia perlahankan kelajuan kereta itu. Namun jantungnya sakit memikirkan keadaan Tengku Arissya. Dia benar-benar risau.

Akhirnya mereka sampai ke destinasi yang ingin ditujui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience