Rate

BAB 292

Romance Series 197233

LIMA BULAN KEMUDIAN...

Tengku Harith Zaqwan baru saja selesai mandi, dia bangun agak lewat pada hari itu kerana malam semalam dia sibuk menguruskan kerjanya, lagipun hari ini merupakan hari minggu. Dia memang cuti pada hari itu, tapi kali ini cutinya panjang. Dia akan bercuti selama satu bulan untuk menjaga kesayangannya. Soal syarikatnya, Hud Mikail akan menguruskannya untuk sementara waktu. Mengambil alih semua kerjanya, dia juga sekarang tidak perlu risau kerana dia sudah memiliki pekerja baru iaitu Sharleez.

Sudah beberapa bulan Sharleez belajar selok belok perniagaan, nampaknya dia sudah bertukar bidang baru. Manakala suaminya pula sudah menjadi bodyguard Tengku Harith Zaqwan, sudah tidak bekerja sebagai penyiasat yang selalu berdepan dengan mara bahaya. Semuanya sudah berubah.

Tengku Elvia juga tidak lama lagi bakal menimbang cahaya mata kedua. Bukan main gembira Tengku Emir Danish menerima berita itu, mana tidaknya kali ini dia bakal menimbang cahaya mata seorang puteri. Jadi, akan lengkaplah sepasang.

Dan Tengku Harith Zaqwan juga merasakan bahagia yang sama, tidak lama lagi dia juga bakal menimbang cahaya mata. Sekarang ni Tengku Arissya juga tengah pregnant, usia kandungnya sudah mencecah empat bulan. Sungguh, dia teramat bahagia apabila menerima berita itu. Dia sendiri tidak menyangka isterinya pregnant, dia sangat bersyukur dengan anugerah Allah.

Disebabkan beberapa bulan dia sudah terlalu sibuk menguruskan kerjanya, seringkali meninggalkan isterinya dirumah, jarang ada masa. Maka, atas sebab itulah dia bercuti selama satu bulan semata-mata untuk menemani isterinya, meluangkan masa bersama menikmati setiap kenangan yang terindah. Bukankah kita perlu menghargai orang yang kita sayang? Kerana cinta itu bukan sekadar cinta, tapi cinta itu adalah rasa tanggungjawab. Bertanggungjawab terhadap orang yang kita cintai.

Tengku Harith Zaqwan turun dari tingkat atas, bau daging goreng bawang menusuk ke hidungnya. Dia segera menuju ke arah dapur.

"Ya Allah, sayang buat apa ni?"

"Eh, abang! Dah bangun?"

"Sayang kenapa buat kerja berat ni, abang kan dah cakap jangan....." belum sempat Tengku Harith Zaqwan menghabiskan ayatnya Tengku Arissya memotong..

"Masak untuk breakfast ni bukan kerja beratlah abang, ni tanggungjawab Arissya sebagai isteri abang..."

"Abang tahu tapi semalam kan sayang sakit perut, tu abang risau. Kita boleh aje breakfast kat luar..."

"Tapi abang kan tengah tidur tadi, tu Arissya masak awal pagi lagi. Tak apalah, jom kita makan. Arissya dah siap masak ni, abang suka kan daging goreng bawang..." ucap Tengku Arissya lembut sambil menarik pergelangan tangan suaminya supaya duduk di kerusi itu untuk menikmati sarapan pagi berdua.

"Sayang abang minta maaf ye. Abang terbabas, bangun lewat hari ni. Lepas subuh tadi abang terlelap..."

Tengku Arissya senyum, "It's okay abang. Arissya tak kisah pun. Arissya tahu abang penat, semalam pun abang balik lewat.."

"Thanks sayang. Tapi abang dah settle semua semalam kerja abang, abang akan cuti selama sebulan untuk temankan sayang kat rumah ni.."

"What? But why abang sampai sebulan nak temankan Arissya?" Soal isterinya terkedu mendengar semua itu.

Tengku Harith Zaqwan tersengih, sambil menjamah lauk yang isterinya masak, "Kenapa? Sayang tak suka ke abang temankan?"

"Tak adalah cuma Arissya hairan kenapa lama sangat, Arissya okay aje kat rumah ni. Bukan abang banyak kerja ke kat ofis tu?"

"Kerja takkan habis, kalau ikutkan kerja abang tu memang ke sudah tak dapat luangkan masa dengan sayang. Abang tak nak Arissya rasa keseorangan, lagipun sekarang sayang tengah pregnant, kalau boleh abang nak jaga sayang. Luangkan masa bersama. Setidaknya abang boleh bantu sayang buat kerja rumah..." jelas Tengku Harith Zaqwan panjang lebar yang sudah mengunyah makanannya.

Kali ini Tengku Arissya tersenyum. Beruntung dia dapat suami macam Tengku Harith Zaqwan, begitu menjaganya.

"Okay tak apa kalau macam tu. Thanks abang.. Arissya sayang abang!"

"Abang pun sayang Arissya. Makan dulu sayang ye, ni abang ambilkan lauk.." ucap Tengku Harith Zaqwan mengambil lauk lalu diletaknya di dalam pinggan kesayangannya.

"Terima kasih abang. Abang boleh tak nak pergi rumah papa petang ni? Arissya rindulah dengan papa.."

"Boleh sayang, petang ni kita ke rumah papa ye.." jawab Tengku Harith Zaqwan sambil menikmati makanan berdua.

"Sedaplah sayang masak, abang rasa macam nak tambah lagi sepinggan..." usik Tengku Harith Zaqwan, isterinya memang pandai masak. Dia suka.

"Abang nak tambah banyak pinggan pun boleh, abang makanlah banyak-banyak..."

"Nanti abang gemuk tak sado Arissya lari tinggal abang pula, cuak abang..." usik Tengku Harith Zaqwan lagi, kali ini Tengku Arissya tergelak kecil.

"Abang ni Arissya bukannya macam tu, tak kisahlah abang gemuk ke kurus kering ke macam lidi, Arissya tetap cintakan abang sampai bila-bila..."

"Betul ni?"

Tengku Arissya mengangguk perlahan.

"Kalau macam tu abang nak tambah lagi sepingganlah, abang nak habiskan lauk ni. Malam ni lepas balik dari rumah papa kita dinner kat luar aje, abang belanja..."

"Okay abang, tambahlah. Arissya suka abang berselera makan..." ucap Tengku Arissya. Sebagai seorang isteri, barangkali ketika sang suami mencintai masakkan isterinya, itulah kebahagiaan baginya.

Selesai menikmati makanan, Tengku Harith Zaqwan yang membasuh semua pinggan yang dimakannya dan mengemas meja makan. Dia dari awal suruh isterinya berehat diruang tamu atas sofa.

Sungguh, dia tak sampai hati melihat isterinya bersusah payah untuknya menyediakan makanan. Dia sendiri dapat melihat kesukaran isterinya berjalan, dengan perutnya yang semakin membesar. Kadang dengan alahan lagi, selalu muntah-muntah. Betapa besar rupanya pengorbanan seorang isteri itu saat memberikan zuriat untuk suaminya. Namun, sudah pasti pahala untuk seorang isteri itu syurga baginya.

"Sayang are you okay?"

"Biasalah abang lepas makan, rasa mual macam nak muntah..."

"Alahan lagi ke sayang?"

"Hmmm.."

"Sini kat abang..." ucap Tengku Harith Zaqwan yang sudah mendekati isterinya yang bersandar di sofa. Isterinya kemudiannya melentokkan kepalanya di dada sasa milik suaminya.

"Sayang sabar ye.. abang tak tahu sangat pasal perempuan pregnant ni, tak banyak ilmu tapi abang janji akan ada dengan sayang sampai anak kita lahir..."

"Thanks abang.. Arissya cuma penat aje sikit, ni kan anak pertama. Pengalaman pun tak ada, tak apalah Arissya dah bersyukur sangat abang sudi temankan Arissya..."

"Welcome.. Ye abang faham. Tak apa abang ada, kalau sayang nak abang urut pinggang ke atau lengguh abang urutkan. Sayang cakap aje ye, jangan diam kalau sakit. Nanti abang risau..."

"Ye Arissya cakap kat abang kalau sakit..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience