Rate

BAB 263

Romance Series 197165

Seperti biasa setiap waktu pagi dan petang Airel Azumi akan menjemput Tengku Arissya. Hubungan mereka sudah semakin rapat. Tengku Arissya juga sudah menunjukkan keselesaannya dengan Airel Azumi. Adess! Sudah mampukah gadis itu melupakan Tengku Harith Zaqwan?

Jika dilihat sepanjang Tengku Arissya memulakan hidup barunya, dia langsung tidak bertanyakan mengenai Tengku Harith Zaqwan, bahkan tidak menyebut sedikit pun nama itu. Masihkah ada cinta di hatinya untuk Tengku Harith Zaqwan? Atau hati itu sudah merelakan segala rencana takdir yang telah tertulis untuknya?

Hati perempuan itu kadang memang sukar diramal ya. Sulit difahami. Terkadang tidak tahu apa mahunya, apa ingin dan dambanya. Seperti Tengku Arissya, dia nampak selesa dengan Airel Azumi, mulai rapat berkawan dan saling mengenali hati masing-masing tapi entah bagaimana hatinya. Untuk siapa hatinya? Ada waktunya dia sangat rapat dengan Airel Azumi, ke hulu hilir bersama namun dalam masa yang sama dia seperti berhati-hati dalam berkawan dengan lelaki itu. Seakan mahu menjauhinya. Meletakkan jarak di antara mereka.

"Okay thanks, Rel.."

"Welcome. Owh ya esok I jemput you, nanti petang I hantar you kat bengkel ambil kereta.."

"Okay, Rel. See you tomorrow!" Balas Tengku Arissya. Dia berasa lega kerana keretanya sudah dapat diambil di bengkel.

Tengku Arissya menapak masuk menuju ke ruang tamu. Bibik yang sedang berada di dapur keluar ke ruang tamu.

"Cik mahu bik buatkan air?"

"Boleh juga," balas Tengku Arissya. Dia nampak penat hari itu. Biasanya dia akan segera ke biliknya tapi pada petang itu dia melentokkan kepalanya di sofa.

Bibik yang sudah tahu minuman apa yang perlu dia sediakan, sudah ke dapur menyiapkannya.

"Nah, ini minumannya cik.."

"Thanks bibik.."

"Mahu bibik urut? Soalnya, cik nampak penat hari ini.." ucap bibik yang masih berdiri di situ.

"Tak apa saya okay. Bibik boleh sambung buat kerja.." balas Tengku Arissya. Bibik hanya mengangguk faham sebelum berlalu pergi ke dapur menyiapkan kerjanya, memasak untuk makan malam..

Keesokannya Tengku Arissya tidak dapat bangun, kepalanya terasa berat. Kepalanya terasa sakit. Tubuhnya lemah. Mukanya pucat lesi. Dia terpaksa panggilkan bibik.

"Bik, tolong saya ambilkan air. Saya nak telan ubat. Saya betul-betul tak sihat..."

"Cik harus makan dulu, nggak bisa kalau dibiarin perutnya kosong. Bibik bikin breakfast ya?"

Tengku Arissya hanya mengangguk faham. Dia kembali baring apabila bibik keluar dari biliknya untuk menyiapkan sarapannya.

Dia kemudian mencapai telefon, mahu mendail nombor Airel Azumi. Ingin memaklumkan yang dia tidak masuk ofis pada hari itu.

"I bawa you pergi klinik ya, I datang jemput you..."

"No, thanks.. I dah ada ubat, I telan ubat yang ada ni aje dulu.."

"Tapi you tak sihat Arissya, mana boleh makan ubat aje. Kena check sakit kepala you tu.." ucap Airel Azumi suka memaksa.

"I just nak maklumkan tu aje, tak payah ambil I pagi ni. Soal nak jumpa doktor tu I boleh pergi sendiri..." Balas Tengku Arissya geram.

"Tapi kereta you siap petang ni Arissya. You nak pergi naik apa?"

"Family I ada, you tak payahlah risau. Adik I Elvia boleh bawa aje I pergi klinik.."

"Okaylah, tapi kalau dia busy ke apa you boleh call minta tolong I hantarkan. I sentiasa ada untuk you," balas Airel Azumi.

"Okay thanks.." balas Tengku Arissya, segera dia mematikan panggilan itu.

Airel Azumi yang baru saja siap mandi dan duduk dibirai katil, dia kadang tak faham dengan perangai Tengku Arissya. Kadang gadis itu sangat rapat dengannya, tapi ada waktunya gadis itu seakan mencipta jarak antara mereka berdua.

Mungkin dia perlu berani meluahkan isi hatinya. Tidak perlu menunggu terlalu lama, biar Tengku Arissya tahu yang dia begitu mencintai.

Beberapa minit kemudian, bibik menghantar makanan pada Tengku Arissya. Dia breakfast dan kemudiannya makan ubat sakit migrainnya. Sudah lama sakitnya tidak menyerang kepalanya, tapi kali ini ia datang semula. Dia benar-benar terasa sakit, badannya juga panas. Rasa berbahang, mungkin dia nak demam.

"Cik kalau mahu apa-apa, bilang aja sama bibik ya.." balas bibik yang sudah mahu ke tingkat bawah.

Tengku Arissya berehat, dia baring dan cuba untuk terlelap seketika. Akhirnya mampu juga dia memejamkan matanya.

Pada petangnya Airel Azumi mengupah seseorang untuk menghantar kereta milik Tengku Arissya di rumahnya. Sampai saja di halaman rumah itu, Airel Azumi memberi salam. Bibik yang membuka pintu.

"Ya mas, cari Cik Arissya ya?"

"Ya, saya datang nak hantar kereta Arissya. Dia ada?"

"Lagi sedang baring di ruang tamu, mas.."

"Boleh tak saya nak jenguk dia?"

"Bisa aja tapi sebentar mahu minta ijin duluan.."

Bibik segera meminta keizinan, Tengku Arissya memberi keizinan Airel Azumi masuk.

Tinggal Airel Azumi seorang diri kerana orang yang dia upah untuk menghantar kereta milik Tengku Arissya sudah pulang menaiki grab.

"Hai, you okay tak ni?" Sapa Airel Azumi. Tengku Arissya tersenyum...

"I'm okay.."

"Yeke?" Ucap Airel Azumi sejurus itu tangan lelaki itu mahu menyentuh dahinya, seakan ingin mengetahui suhu badan gadis itu. Namun pantas tangan itu ditepisnya.

"Err... Why Arissya? I just nak tahu badan you panas ke tak.."

"Rel, I tak suka cara you tu. I tak suka disentuh. I dengan you perlu ada batas..."

"Okay, I'm so sorry.."

Tengku Arissya hanya melepaskan keluhan kecil.

"So, you masih tak ke klinik?"

"Belum lagi.."

"Jom I hantarkan you, you nampak pucat. Lemah..."

"It's okay, Rel. I cuma sakit kepala aje, lepas ni I okaylah balik..."

"You ni bukan main degil ya? I ajak ke klinik pun tak nak..."

Tengku Arissya sengih, "I memang degil. Lagi satu, I okay aje. You tu risau lebih kat I.."

"I risau bersebab..."

"Sebab apa?"

"Sebab I sayangkan you. I sedih bila tahu you sakit macam ni.."

"I okay.." balas Tengku Arissya menganggap Airel Azumi menyayanginya sebagai kawan sekerja.

Tidak lama mereka berdua berbual-bual, selepas selesai Airel Azumi minum minuman yang bibik hidangkan dia segera pulang. Sebenarnya Tengku Arissya tidak selesa lelaki itu berlama dirumahnya, tidak manis.

Malam itu demam Tengku Arissya semakin teruk, suhu badannya tinggi. Panas membahang. Dia juga mengalami sesak nafas. Kepalanya juga terasa sangat sakit. Dia berusaha bangun, dia mahu menuruni tangga dari tingkat bawah tapi sampai saja di beberapa puntung anak tangga, Tengku Arissya tergolek jatuh. Kepalanya terhentak pada tangga kayu yang keras itu, darah banyak mengalir keluar.

Bibik yang tersedar pada waktu itu terkejut melihat majikannya terbaring dengan berlumuran darah. Dia segera mendapatkan Tengku Arissya yang sudah tidak sedarkan diri.

"Arissya!!!" Jerit Tengku Harith Zaqwan. Jantungnya kencang. Dia mimpikan Tengku Arissya. Nafasnya tercunggap-cunggap. Dia mimpi buruk. Ngeri.

'Sayangg... kenapa ya hati ni tidak tenang? Apa sebenarnya perkara buruk yang sudah berlaku? Ya Allah... Lindungilah Tengku Arissya Binti Datuk Mustaqim jika sekarang dia berada dalam kesusahan, ku mohon Ya Allah...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience