Rate

BAB 19

Romance Series 197233

"Hai.. sorang aje?" Soal Tengku Harith Zaqwan yang sudah duduk di salah sebuah bangku berhadapan Tengku Arissya. Dia teringin juga ingin menikmati kopi yang lazat di Kota Paris.

"Dah tu ada nampak berdua ke?" Balas Tengku Arissya geram.

"Dengar cerita coffee kat sini lazat. Betul ke?"

"Kalau dah dengar orang cerita macam tu, macam tu jugalah rasa coffee kat sini. Tak payah buat-buat tanya, rasa sendiri okay." Balas Tengku Arissya. Wajahnya masam mencuka.

Tengku Harith Zaqwan akui, adakalanya dia rasa tersinggung dengan kata-kata Tengku Arissya tapi apakan daya.. hati gadis itu masih terluka kerana dia. Jadi apapun layanan bekas isterinya kepada dia.. dia menerima dengan hati yang lapang.

Dia ke Kota Paris sebenarnya ingin menunaikan wasiat yang ditinggalkan arwah mamanya Tengku Suria. Kini dia sebatang kara, dia sudah kehilangan keluarganya. Mula-mula Allah ambil papa dia, lepas tu Allah ambil mama dia. Tapi Tengku Arissya masih tak tahu apa yang sedang dan selama ini dia lalui.

Sungguh menderita hati dan jiwanya. Allah Maha Mengetahui segala isi hatinya. Dia akui, dia memang tertekan sebelum ini.. asyik bergaduh dengan Tengku Arissya. Dia balik lewat pagi. Dia langsung tak ada masa dengan bekas isterinya.. tapi semuanya bersebab. Sebab yang dia tak boleh jelaskan pada Tengku Arissya dan ditambah pula dengan masalah kes khalwatnya dengan Tengku Qistina.. lagilah tekanan itu berganda. Berat untuk dia lalui semuanya.. tapi hanya pada Allah dia serahkan hatinya.

Mata Tengku Harith Zaqwan berkaca, hampir saja air matanya jatuh bila mengenangkan semua yang dia lalui sebelum ini. Namun.. cepat-cepat dia meraup mukanya berulang kali agar air matanya tidak menitis. Dia lelaki.. dia perlu kuat menghadapi semua masalah hidup di dunia ini.

"Breakfast sama-sama ya.." Ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Breakfast ajelah saya dah kenyang. Bye!" Balas Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan diam saja disitu. Tidak mengapalah dia breakfast sorang-sorang pun. Dia akan cuba memahami hati Tengku Arissya dengan sebaik-baiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience