Rate

BAB 44

Romance Series 197165

"Ya, papa. Ada apa?" Soal Tengku Arissya perlahan.

"Betul ke Arissya pengsan tadi? Dah okay ke tu?" Soal Datuk Mustaqim. Suaranya penuh dengan nada kerisauan.

"Papa tahu dari mana ni?"

"Elvia bagitahu papa, dia tahu pun Harith yang sampaikan.."

"Papa Arissya dah okay, baru je ni makan ubat. Papa janganlah risau.." balas Tengku Arissya supaya papanya tidak risau keadaannya.

"Macam mana papa tak risau Arissya kat sana sendirian. Kalau sakit ke apa tak ada orang nak jaga. Tu pun nasib baik Harith ada kat sana tadi, kalau tak entah apalah yang akan jadi pada anak papa ni.."

"Papa I'm fine. Don't worrylah. Arissya boleh jaga diri sendiri, tak perlu nak harapkan sesiapa untuk jaga Arissya.."

"Arissya tu perempuan, tinggal sorang-sorang kat sana mestilah papa risau. Ni bila nak balik Malaysia? Sampai bila nak jauh dari papa dan Elvia ni?"

"Papa please jangan layan Arissya macam budak kecil, Arissya tahu jaga diri sendiri. Soal nak balik ke Malaysia tu Arissya masih belum fikir lagi.."

"Hmm yelah, Arissya berehatlah dulu. Kalau ada apa-apa jangan lupa contact papa atau Harith ya.."

"Papa ni suka aje minta Arissya contact Harith, kan dia dengan Arissya dah bercerai. Kami berdua dah berpisah. Kalau boleh janganlah cakap pasal dia depan Arissya. Makin stresslah..." Marah Tengku Arissya. Sejak akhir-akhir ini sakit kepalanya tidak mahu berdamai dengannya. Susah juga dia mengawal sakit kepalanya, apalagi bila dia jadi tertekan.

"Okay-okay, sorry. Arissya rehatlah ya. Jaga diri baik-baik.." balas Datuk Mustaqim tidak mahu anaknya tertekan.

"Macam mana dengan kakak pa?" Soal Tengku Elvia yang ada di sebelah papanya sedang mengunyah snek.

"Alhamdulillah dah okay sikit, dia baru lepas makan ubat.."

"Alhamdulillah, lega Elvia dengar. Harap akak cepat sihat. Nasib baik Abang Harith call bagitahu, kalau tak sampai sudah kita tak tahu apa yang jadi pada akak tu.."

"Takkanlah Elvia tak tahu kakak tu macam mana, degil orangnya," balas Datuk Mustaqim, faham benar dia dengan sikap anak sulungnya yang keras kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience