Rate

BAB 158

Romance Series 197165

Faqrul sudah pulang ke Pulau Langkawi, rindunya semakin membuak pada Tengku Arissya. Jadi tengah hari itu dia ke ofis Tengku Arissya tanpa memaklumkannya terlebih dahulu.

"I nak jumpa dengan Tengku Arissya, dia ada?" Soal Faqrul dikaunter depan.

"Encik dah buat temujanji ke?"

"Tak, tapi I ni kawan baik dia. So, I rasa tak perlu kut nak buat temujanji jumpa dia," balas Faqrul angkuh.

"Encik perlu buat temujanji dahulu, lagipun sekarang bos busy,"

"Hey, kau ni. Menjawab pulak!" Marah Faqrul.

"Kenapa ni?" Soal Datuk Mustaqim yang tiba-tiba muncul di situ.

"Lelaki ni.." belum sempat setiausaha yang ada di situ menjawab, Faqrul terus menyampuk setelah menyedari lelaki itu adalah papa Tengku Arissya.

"Uncle sorry, hmm Faq sebenarnya nak jumpa dengan Arissya. Ada nak bagi something dekat dia," balas Faqrul.

Datuk Mustaqim mengangguk faham, "Owh yeke? Hm tapi Arissya sekarang tengah busy. Dibiliknya ada klien,"

"Tak apa uncle, Faq tunggu.."

"Boleh, but uncle tak tahu bila siap tu lagi,"

"It's okay Faq tunggu aje kat sofa ni," balas Faqrul tetap dengan keputusannya.

"Kalau macam tu okaylah, uncle minta diri dulu," balas Datuk Mustaqim. Faqrul hanya mengangguk faham.

Datuk Mustaqim sudah mengenali kawan anaknya itu, tetapi tidak terlalu mengenali hati budinya. Hanya biasa-biasa saja.

Tengku Arissya masih di dalam biliknya, begitu serius nampaknya wajah dia yang sedang berbincang soal perniagaan. Menunjukkan satu persatu kertas, fail.

Selesai semuanya, hampir sejam akhirnya klien Tengku Arissya keluar dari bilik ofisnya. Dia lega kerjanya sudah selesai.

Kedengaran bunyi intercom, segera Tengku Arissya jawab.

"Puan Arissya ada yang nak jumpa,"

"Siapa?"

"Entah, lelaki. Dari tadi lagi dia tunggu Puan Arissya," .

"Suruh dia masuk," balas Tengku Arissya tidak dapat meneka siapa yang datang.

"Masuk!"

Tengku Arissya mengangkat wajahnya, dia terkedu. Terjengul wajah Faqrul dengan penampilan barunya itu.

"Hai, Arissya!"

"Owh you, laaa.. bila balik dari Langkawi?"

"Dah dua hari, tapi tak sempat datang sini jumpa you,"

"Really? Duduklah. Macam ada hal penting aje ni," balas Tengku Arissya. Faqrul senyum setelah melabuhkan punggungnya di sofa. Tengku Arissya bingkas bangun, dia menuju ke arah sofa itu lalu duduk.

"Tak ada, I cuma rindukan you aje. Tu yang I datang sini, lagi satu I ada nak bagi hadiah dari Langkawi untuk you,"

"Wow! Interesting.. tak sabar nak tengok hadiahnya. Mana?"

"Kejap. Manalah pula budak tu," balas Faqrul sambil segera menelefon seseorang.

Tiba-tiba seorang budak lelaki bertopi masuk ke bilik itu, menghantar sejambak bunga besar siap ada bakul.

"Tadaaa.. just for you," ucap Faqrul.
Budak lelaki itu segera keluar dari situ selepas menerima bayaran.

"Flower! Cantik.."

"I harap you suka, ni bunga dari Langkawi. Mahal tau," balas Faqrul.

'Perlu ke nak bagitahu hadiah yang dia bagi ni mahal? Hisyh Faq ni. Aku tak fahamlah dengan dia ni,' desis hati Tengku Arissya. Sempat lagi dia mengata.

"Ni pula hadiah untuk perkahwinan adik you," ucap Faqrul memberi sebungkus kotak kecil.

"Thanks Faq. Nanti I sampaikan hadiah ni pada Elvia,"

"Welcome," balas Faqrul gembira apabila dia lihat gadis pujaannya suka dengan pemberiannya.

"So, you busy tak sekarang ni? I nak ajak you keluar minum petang kejap. Boleh?" Sambungnya.

"Owh.. I tak boleh keluar sesuka hati, I kena tunggu sejam lagi.. lagipun I ada kerja nak settle kejap," balas Tengku Arissya.

"Kalau macam tu I tunggu, lagipun dah lama tak borak dengan you. I rindu you,"

"You ni macamlah kita ni duduk jauh, asyik cakap rindu kat I aje," perli Tengku Arissya.

Faqrul tergelak, "Sajalah, tak salahkan?"

"Hmm.. tak. Okaylah I nak settle kerja kejap, lepas tu kita keluar minum petang," balas Tengku Arissya kembali ke meja kerjanya. Faqrul mengangguk faham. Dia gembira ajakannya tidak ditolak kali ini.

Selesai menyiapkan kerjanya dan berbual-bual dengan Faqrul, Tengku Arissya terus balik ke rumahnya. Dia nampak sangat penat.

"Arissya, biar Kak Kiah bawa beg tu," ucap Rokiah menyambut Tengku Arissya di depan muka pintu.

"Eh, tak apalah. Kak Kiah ambil bunga ni aje,"

"Besarnya bunga ni," ucap Kak Kiah. Tengku Arissya senyum.

"Kak Kiah suka bunga ni?"

"Suka,"

"Kalau suka ambil aje bunga ni," balas Tengku Arissya sambil berjalan perlahan ke ruang tamu rumahnya.

"Aik? Biar betul ni Arissya. Bunga ni nampak mahal. Belum tentu Kak Kiah mampu beli,"

"Kak Kiah ambil ajelah, Arissya tak nak bunga ni.."

"Siapa bagi kat Arissya ni? Cantiklah.." Soal Rokiah sedang mencari rahsia.

"Kawan Arissya, dia baru balik dari Langkawi. So, dia bagilah.."

"Owh.. kalau macam tu Kak Kiah letak sinilah, kat ruang tamu ni,"

"Tak perlulah letak sini, buat sakit mata aje. Kak Kiah letak buat perhiasan dalam bilik aje,"

"Okay, terima kasih Arissya.."

"Sama-sama,"

"Arissya nak minum ke? Kak Kiah buatkan air,"

"Tak apalah, Arissya dah nak naik tingkat atas. Nak segarkan badan ni, lagipun seharian kat ofis tu dah belengas badan.."

"Okay, kalau macam tu Kak Kiah sediakan makan malam ajelah," balas Rokiah.

Setelah Rokiah melihat Tengku Arissya ke tingkat atas, dia menyeluk telefon di dalam poket seluarnya.

"Hah? Bunga? Dari siapa bunga tu?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Dia agak terkedu.

"Entahlah, tuan. Katanya dari seorang kawan,"

"Reaksi Arissya terima bunga tu macam mana? Ada tak dia cium-cium bunga tu dan senyum-senyum?" Soal Tengku Harith Zaqwan mundar mandir di bilik ofisnya. Dia masih banyak kerja yang belum selesai untuk diuruskannya.

"Tak ada, sebaliknya Arissya bagi bunga tu pada aku, tuan.."

"Eh, kejap tuan! Owh ya... aku baru ingat, Arissya ada bagitahu yang bunga tu dari kawan dia yang baru balik dari Langkawi," sambung Rokiah.

"Tak guna! Dari Faqrul rupanya. Memang dia betul-betul nak tackle Tengku Arissya,"

"Tuan don't worry, Sharkief tak pernah lalai dari tanggungjawabnya. Dia masih memantau setiap pergerakan Faqrul,"

"Siasat sampai ke lubang cacing siapa yang dia selalu contact tu, sebab aku seperti dapat agak siapa orangnya. Cuma tak berani untuk menunding jari sepenuhnya pada insan itu,"

"Orang yang tuan maksudkan tu aku tak pasti masih ada diluar negara atau sudah pulang, tapi kemunculan dia pasti akan mengundang bala!" Ucap Rokiah lantang, dia dapat tahu tentang orang itu pun melalui hasil penyiasatan Sharkief.

Sebelum ini dia yang handle, jadi spy. Tapi disebabkan dia perlu menyamar sebagai orang gaji, terpaksalah Sharkief mengambil posisinya.

"Aku sangat bimbangkan keadaan Tengku Arissya. Kalau betul Faqrul ada niat yang tak baik pada dia, bila kita sudah dapat pastikan semuanya. Aku akan rasa lebih lega, kita boleh bertindak segera,"

"Tidak semudah tu, tuan! Tuan juga tetap perlu berhati-hati. Jangan sampai peristiwa lampau berulang,"

Tengku Harith Zaqwan terdiam seketika, mana mungkin dia akan melupakan segala penderitaannya itu.

"Aku bukan seorang pendendam, tapi aku takkan lupakan segala penderitaan yang mereka berikan pada aku. Aku mahu mengheret mereka ke muka pengadilan,"

Rokiah yang menyamar sebagai Sharleez itu sebak, terdiam dia untuk seketika. Mana mungkin dia lupa penderitaan Tengku Harith Zaqwan. Dia tahu semuanya yang orang lain tidak pernah ketahui, bahkan orang yang terdekat dengan mereka sekalipun.

"Aku janji tuan, aku takkan biarkan tuan menderita lagi. Aku dan kembar aku tu akan berjuang berhabis-habisan demi tuan, bahkan nyawa pun sanggup kami berdua korbankan demi tuan,'

"Jangan cakap macam tu Leez, kau orang berdua sangat bermakna untuk aku. Tak apa, kita bertiga berjuang bersama. Bila kita bekerjasama semuanya akan jadi mudah,"

"Wonderpet.. wonderpet..." Balas Rokiah membuatkan Tengku Harith Zaqwan tergelak.

"Dahlah, kau ni Leez buat lawak pula. Ingat, jaga Tengku Arissya baik-baik,"

"Jangan risau tuan, Tengku Arissya tu takkan lari ke mana-mana. Dia akan selalu ada dengan aku dua puluh empat jam kat rumah ni,"

"Baguslah kalau macam tu," balas Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya baru selesai mandi, dia duduk dibirai katil. Entah kenapa hatinya merindui Tengku Harith. Sejak akhir-akhir ini lelaki itu seperti tidak mempedulikan dia.

'Agaknya dia sibuk layan si Dania tu tak, hmmm..' Desis hati Tengku Arissya.

Tengku Arissya bingkas bangun, dia duduk di balkoni. Dari tingkat atas dia memandang langit yang akan menginjak senja itu. Terasa jiwanya sedang menangis saat ini. Entah mengapa begitu rapuh, terasa semuanya kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience