Rate

BAB 30

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan tekun berkerja. Kawan barunya semua berkulit putih. Dia terpaksa speaking. Biasalah hidup di negara orang perlu tahu cara percakapan mereka.

Banyak juga untuk hari pertama dia menimba ilmu, memperolehi pengalaman baru dalam kerjaya barunya di Eiffel Cafe. Kawan barunya juga tidak lokek mengajarkan dia. Alhamdulillah, dia bersyukur mampu melakukan pekerjaan itu dengan baik. Tempat kerjanya memang dekat dengan Menara Eiffel Tower, jadi senang juga untuk dia memantau Tengku Arissya.

Tengku Arissya termenung sendiri pada petang itu di bawah Menara Eiffel, dia sedang menyoal hatinya ke mana hilangnya Tengku Harith Zaqwan.

'Kenapa aku tak nampak kelibat dia lagi kat sini? Ada apa-apa jadi pada dia ke? No! Imposibble. Dia bukannya tak biasa sebelum ini melancong ke luar negara. Tapi... hmm dia tak pernah pergi ke Kota Paris. Dulu pun Tengku Harith Zaqwan melancong di Melbourne aje. Jap! Ni mesti dia dah balik Malaysia tak? Aku tanya adik akulah..' Desis hati Tengku Arissya yang penuh dengan persoalan. Dia sudah mencapai telefonnya mahu text Tengku Elvia bertanyakan mengenai bekas suaminya itu tapi segera terhenti bila dia teringkatkan sesuatu.

"Tengku Arissya no! Kau tak boleh..."

"Tak boleh apa?" Soal satu suara seorang lelaki. Tengku Arissya menoleh di sebelah kanannya. Berdiri Aakif Aryanz yang sedang tersenyum memandangnya.

"Hai sorang aje ke?" Sambungnya.

"Hmmm..." Balas Tengku Arissya tidak berminat untuk berbual.

"Boleh Aryanz duduk kat situ tak?" Soal Aakif Aryanz. Tidak lagi ber'saya' dan ber'awak' dengan Tengku Arissya.

Tengku Arissya berganjak ke sebelah tepi, "Duduklah.."

"Thank you. Em.. selalu ke Arissya datang sini?"

"Selalulah juga lepas habis kelas mengajar.."

"Patutlah Arissya suka ke sini, cantik dan tenang pemandangannya.."

Tengku Arissya sebenarnya tidak selesa dengan lelaki itu. Apatahlagi lelaki itu tidak segan silu memanggil dia dengan panggilan nama. Dia lebih suka lelaki itu ber'saya' dan ber'awak' saja.

"Dah selesai ke kerja awak kat sini?" Soal Tengku Arissya.

"Belum lagi. Hari ni baru mula meeting untuk bincang pasal bisnes seterusnya." Balas Aakif Aryanz.

Tengku Arissya tidak biasa dengan lelaki itu, mereka berdua baru saja saling mengenali. Hanya Aakif Aryanz yang banyak bercakap dengannya, kalau tidak mana dia ada idea untuk berbual-bual dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience