Rate

BAB 154

Romance Series 197233

Seminggu kemudian..

Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia masih menghabiskan waktu indahnya bersama di Korea. Datuk Qaid dan Datin Falida yang sponsor bulan madu mereka berdua, manakala Datuk Mustaqim pula menghadiahkan kepada anak dan menantunya sebuah rumah banglo mewah. Jadi, selepas ini mereka akan tinggal berasingan.

Datuk Qaid dan Datin Falida, juga Datuk Mustaqim tidak keberatan jika keduanya duduk dirumah berasingan, lagipun rumah banglo yang Datuk Mustaqim hadiahkan itu tidaklah terlalu jauh jaraknya dari rumah banglo miliknya yang dia duduki sekarang.

Sejak Tengku Elvia berbulan madu, jadi sebahagian tugas itu diambil oleh Tengku Arissya. Berlambak kerjanya di ofis, dia sangat sibuk buat masa sekarang. Datuk Mustaqim pula sibuk handle projek baru dengan rakan baiknya yang lain. Kadang-kala outstation dua tiga hari, tinggal Tengku Arissya saja dirumah itu sendirian.

Tengku Arissya akui dia agak sunyi dan ada juga perasaan takut, tapi apabila mengenangkan jiran-jirannya disebelah rumahnya sedikit ketakutan itu dapat diatasi.

"Arissya tak tidur lagi?" Soal Datuk Mustaqim yang terserempak dengan anak perempuannya di tingkat atas.

"Arissya dahaga, nak turun bawah minum air.."

"Owh okay. Hmm.. Arissya boleh papa nak cakap sikit?"

"Boleh, apa dia?"

"Kita cakap kat ruang tamu ya. Kejap lagi papa turun bawah," balas Datuk Mustaqim.

"Okaylah pa.. Arissya tunggu kat bawah,"

Datuk Mustaqim yang baru saja pulang dari tempat kerja itu mandi terlebih dahulu sebelum menemui anaknya untuk berbincang sesuatu.

Tengku Arissya pula sudah terpacak diruang tamu, sementara menunggu papanya dia menonton televisyen.

Beberapa minit kemudian Datuk Mustaqim kelihatan sudah menapak ke tingkat bawah, Tengku Arissya menekan butang off televisyen itu.

"Paa.. banyak ke kerja kat ofis tu? Papa selalu balik lewat sekarang ni," ucap Tengku Arissya sebelum Datuk Mustaqim melabuhkan punggungnya di sofa.

"Banyaklah juga, tu yang kadang papa risaukan Arissya,"

Tengku Arissya senyum, "Nak risau apa paa?"

"Risau Arissya sorang-sorang kat rumah nilah,"

"Tak apa jiran kat sebelah kan ramai,"

"Ramai jiran pun kalau jadi apa-apa mana nak dengar, lagipun rumah ni besar," balas Datuk Mustaqim.

"Papa janganlah risau, Arissya kan dah besar. Tahu jaga diri sendiri, lagipun sebelum masuk tidur semua pintu Arissya kunci,"

Datuk Mustaqim senyum, "Anak papa ni selalu tak nak mengalah. Kalau papa cakap apa-apa mesti dia juga yang nak menangnya,"

Kali ini Tengku Arissya tergelak kecil.

"Owh ya papa nak cakap apa dengan Arissya?"

"Papa agak sibuk sejak akhir-akhir ni, jadi papa rasa nak ambil orang gaji. Nak cari pembantu rumah yang boleh uruskan rumah ni,"

"Untuk masak maksud papa?"

"Masak dan mengemas rumah, tapi pembantu rumah tu mestilah tinggal kat sini,"

"What?"

"Why dear? Tak salahkan, kalau papa minta pembantu rumah tu tinggal kat sini, setidaknya anak papa ni tak rasa sunyi time papa keluar bekerja,"

"Tapi Arissya kan bekerja juga, petang baru balik paa. Rugilah paa. Arissya sendiri boleh uruskan rumah kita ni.."

"Itu bukan masalahnya, papa mahu ada seseorang yang temankan anak papa ni dirumah," balas Datuk Mustaqim.

"Arissya kurang setujulah paa," kali ini Tengku Arissya berterus terang.

"Kali ni Arissya kena dengar cakap papa. Wajib!"

"Hmm.. okaylah, tapi papa nak ambil siapa sebagai pembantu rumah ni?"

"Kali ni papa akan cari sendiri,"

"Okaylah, tapi kan papa semalam Arissya ada dengar berita, pembantu rumah larikan sejumlah duit yang banyak. So, Arissya rasalah kan. Papa kena fikir lagi sekali nak ambil pembantu rumah tu,"

Datuk Mustaqim tergelak besar. Bukan dia tak tahu perangai anaknya. Sengaja anaknya ingin menakutkan dia dengan cerita sebegitu.

"Yeke? Tapi papa tetap dengan keputusan papa," balas Datuk Mustaqim buat Tengku Arissya terdiam.

"Owh kalau macam tu tak apalah, apa boleh buat dah itu yang papa nak," jelas ada rajuk dari suara itu namun Datuk Mustaqim tetap dengan keputusannya. Dia tidak mahu anaknya mendapat susah dikemudian hari.

"Arissya masuk tidur dulu ya papa. Good night, papa. Love you!" Sambungnya.

"Good night, dear. Love you too," balas Datuk Mustaqim.

Tengku Harith Zaqwan mundar-mandir. Dia resah. Dia sedang menunggu satu panggilan penting.

Telefonnya berdering, segera Tengku Harith Zaqwan menjawab panggilan itu, "Bagaimana Datuk, Arissya setuju tak?"

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Arissya ikut saja kemahuan saya," balas Datuk Mustaqim.

"Lega Harith dengar. Kalau macam tu Harith carikan segera pembantu rumah yang perfect ten untuk Arissya,"

Datuk Mustaqim senyum. Dia senang mendengarnya. Lagi mudah meminta bantuan daripada Tengku Harith Zaqwan.

Selesai bercakap dengan Datuk Mustaqim, Tengku Harith Zaqwan menelefon seseorang.

"Kief, bagitahu Sharleez bersedia. Esok lusa dah boleh ke rumah Datuk Mustaqim,"

"Sebagai apa bos?"

"Sebagai perempuan yang polos. Pembantu rumah di rumah Datuk Mustaqim. Ingat, jangan tunjuk wajah sebenar Leez,"

"Make up ke bos?"

"Pakai tudung tanpa gincu. Tak payah nak free hair. Ni dalam tugasan. Aku tak nak sampai Arissya syak siapa sebenarnya Sharleez. Faham!" Tegas kedengaran suara Tengku Harith Zaqwan.

"Aku faham bos!"

"Ada apa-apa lagi bos?"

"Kenalkan Sharleez sebagai Rokiah, Kak Kiah. Berasal dari kampung, anak yatim piatu..."

"Baik bos!"

"Bagus. Apa-apa maklumkan pada aku!"

"Aku menurut perintah bos," balas Sharkief tegas.

Tengku Harith Zaqwan lega. Selepas ini Tengku Arissya tidak akan merasa sunyi lagi, ada pembantu rumah yang akan menemaninya setiap hari. Dia yakin Sharleez boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

"Hello, kau kat mana?"

"Tengah settle kerjalah,"

"Ada arahan dari bos kita,"

"Baik, apa kerja aku kali ni?"

"Kau kena jadi pembantu rumah di rumah Datuk Mustaqim,"

"Apalah bos tu, minta aku jadi pembantu rumah pula," rungut Sharleez. Dia sentiasa sukakan pekerjaan yang lebih mencabar.

"Bukan sekadar pembantu rumah, tanggungjawab kau untuk jaga Tengku Arissya. Anak kepada Datuk Mustaqim," balas Sharkief.

"Okay, aku akan jalankan tanggungjawab aku tu. Apa yang bos nak?"

"Kenalkan diri kau sebagai Rokiah, Kak Kiah. Berasal dari kampung, anak yatim piatu. Pakai tudung tanpa gincu. Tak payah nak free hair. Ni dalam tugasan. Bos tak nak sampai Tengku Arissya syak siapa sebenarnya kau. Faham!" Ulangi Sharkief sepertimana yang Tengku Harith Zaqwan arahkan.

"Okay, I'm ready!"

"Good, dua tiga hari lagi kau akan jumpa dengan Datuk Mustaqim. Bos tak ikut sama, takut ada yang tahu,"

"Okay Kief.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience