Get the app for full experience
"Macam mana pertemuan kau dengan Abang Harith?" Soal Uyu. Semasa Dania pulang ke rumah Uyu, dia hanya menggunakan grab sahaja.
"Owh.. okay, tapi kejap aje aku dapat jumpa dia,"
"Laaa.. kenapa pula?"
"Abang Harith ada kerja, so aku balik pun dengan grab,"
"What?"
"Apasal kau terkejut ni,"
"Ada ke dia biar kau naik grab pula. Tak macho langsung!"
"Macho okay! Dia nak aje hantar aku balik tapi aku yang tolak. Aku tak naklah susahkan lelaki yang aku sayang tu," ucap Dania. Dia nampak begitu gembira.
"Wahh.. aku nampak dah,"
"Nampak apa?" Soal Dania tidak faham.
Uyu yang masih tersengih itu menjawab, "Nampak love banyak dalam mata kau tu,"
Dania tergelak kecil, "Apalah kau ni, mana ada. Aku cuma happy dengan setiap layanan baik Abang Harith. Dia belanja aku tau. Haa kejap, dia ada belikan kau hadiah juga,"
"Eh, yeke? Mana hadiah tu. Cepat bagi kat aku, aku nak tengok!"
"Nantilah, tak sabar pula dia. Ada dalam bilik. Kejap aku ambilkan," balas Dania. Dia tidak tahu hakikat sebenar dan siapa Tengku Harith Zaqwan dengan Tengku Arissya. Kalaulah dia tahu pasti hati itu berkecai.
Salah Dania, bukan salah Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya. Dalam cinta jangan terlalu awal meletakkan harapan pada seseorang. Berharap itu hanya akan memberi kesan yang buruk untuk hati. Luka yang bakal Dania tanggung tentunya mengundang sengsara. Mampu atau tidak dia lalui, itulah jalan seorang pencinta. Perlu tabah mendepani setiap onak dan duri.
Andai tidak mampu mengharungi suka dan duka dalam pencintaan, jangan pernah bermimpi mengenal cinta.
"Tuan!"
"Hmm..." Ucap Tengku Harith Zaqwan. Dia mamai, matanya kecil masih tidak dapat dibuka sepenuhnya.
Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi, Rokiah a.k.a Sharleez menelefon dia rupanya.
"Tuan! Ooo.. tuan.." Panggil Rokiah a.k.a Sharleez dihujung talian.
"Ada apa call aku ni? Time aku tengah tidur pula tu," balas Tengku Harith Zaqwan yang sudah terbangun lalu bersandar di katilnya.
"Sorry! Aku cuma nak bagitahu tuan yang aku dah dapat cuti,"
"Owh baguslah. Berapa hari?"
"Arissya bagi aku cuti tiga hari,"
"Okay, sempat aje tu kita teruskan rancangan kita," balas Tengku Harith Zaqwan.
"Tuan mengantuk ke?"
"Mengantuklah, dah jam berapa ni,"
"Owh tak apalah kalau macam tu aku tak jadilah cerita pasal Arissya. Tuan sambunglah tidur tu. Sorry kacau!"
"Sharleez wait!"
"Cerita dengan aku apa yang pasal Arissya tu, aku nak tahu,"
"Tadi tuan kata..."
"Aku mengantuk sebab time ni waktu tidur, tapi kalau pasal Arissya aku rela tak tidur semata-mana nak kau cerita pasal dia. Cerita cepat!"
Rokiah a.k.a Sharleez senyum, dia tahu betapa besarnya rasa cinta Tengku Harith Zaqwan pada Tengku Arissya. Beruntung gadis itu dicintai oleh seorang lelaki yang penuh dengan kasih sayang dan cinta.
Seandainya Tengku Arissya tahu besarnya pengorbanan bekas suaminya itu tentu tidak akan ada satu hari pun gadis itu berhenti menyayangi dan mencintai Tengku Harith Zaqwan.
Sharleez yakin suatu hari jika semuanya terbongkar, Tengku Arissya akan menangis menyesali semuanya. Tapi dia tidak tahu samada sempat atau tidak cinta antara Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya akan bersatu. Bahaya sentiasa berpihak pada Tengku Harith Zaqwan.
Sharleez menceritakan semuanya pada Tengku Harith Zaqwan apa yang mereka bualkan. Sesekali Tengku Harith Zaqwan tersenyum dan tergelak mendengarnya. Dia sudah dapat membuat kesimpulan awal yang Tengku Arissya cemburu dia dengan Dania.
Sebenarnya dia langsung tidak ada hati dengan Dania. Lepas ni semuanya akan selesai apabila rancangannya dengan Sharleez berjaya. Dan dia pasti dapat menarik nafas lega.
Keesokannya Tengku Harith Zaqwan menyapa Hud Mikail yang sedang menikmati sarapan pagi.
"Eh, kau ada. Bila datang sini?" Soal Tengku Harith Zaqwan.
"Semalam. Kebetulan aku balik lewat, aku balik rumah nilah. Rumah kedua aku," balas Hud Mikail membuatkan Tengku Harith Zaqwan tersengih.
"Kau apa cerita Hud dengan Ariana? Aku tak sempat nak tanya kau sebelum ni," soal Tengku Harith Zaqwan sambil menyapu jem coklat di atas roti bakarnya.
"Alhamdulillah Harith, Ariana sudi terima aku. I'm so happy,"
"Syukur alhamdulillah, aku senang mendengarnya. Aku dah dapat agak Ariana pun mesti suka kau dari awal lagi,"
"Tulah, tak sangka betul. Aku rasa macam tak percaya dia akan terima aku,"
"Kau berhak bahagia Hud dengan Ariana. Cinta lama tu lupakan, mula hidup baru," nasihat Tengku Harith Zaqwan.
"Tulah, aku yakin yang Ariana tak seperti perempuan lain. Bukan seperti Qiesya. Ada jantan lain belakang aku," balas Hud Mikail.
"Qiesya tu bukan suka kau. Dia tak jujur dalam perhubungan. Apa pun aku tetap nak pesan, hargailah Iris Ariana sebaik-baiknya,"
"Kau tak yakin ke aku mampu jaga Ariana?"
Tengku Harith Zaqwan senyum sambil mengunyah roti, "Bukan tak yakin tapi tak semua lelaki dapat menghargai pengorbanan seorang wanita.."
"Maksud kau?"
"Yelah, dalam menguruskan rumahtangga misalnya. Menjaga makan minum kita, uruskan pakaian kita, jaga anak dan bekerja. Wanita ni hebat Hud, dia mampu lakukan semua pekerjaan dalam satu masa. Jadilah lelaki yang paling baik buat bidadarimu, jangan jadi macam aku dulu," pesan Tengku Harith Zaqwan.
"Bukan salah kau, Harith. Kau digoda dan diperangkap," balas Hud Mikail supaya abang sepupunya tidak menyalahkan dirinya sendiri.
"Hmm.. entahlah. Susah betul nak berbaik dengan Arissya tu,"
"Arissya ego sebab dia rasa dulu dia tak dihargai, tu aje. Mungkin dia masih tak yakin pada cinta kau. Suatu hari dia akan faham,"
"Insya-Allah harap dia faham. Tapi kalau dia masih dengan egonya, aku rasa aku dah kena belajar lepaskan dia perlahan-lahan,"
"Kalau kau nak lepaskan Arissya, kenapa kau mesti susah payah berjuang untuk dia? Kenapa kau perlu bahayakan nyawa kau sendiri? Tak adil pada diri kau kan, sebab dia masih layan kau buruk, Harith.."
"Semuanya berpunca dari aku. Kalau pun bukan sebab aku, apa pun alasannya aku tetap akan selalu melindungi Arissya,"
Lantang Hud Mikail bersuara, "Sebab kau cintakan dia Harith! Kau buatlah apa pun hati kau tu sentiasa ada dia.."
"Aku memang cintakan Arissya tapi kalau dia tak boleh terima aku semula, itu bukan salah dia. Aku faham mungkin apa yang dia lalui dalam hati dia tu lebih dahsyat daripada aku rasakan,"
Hud Mikail melepaskan keluhan kecil, "Kau terlalu baik Harith, kau rela dilukai berulangkali walaupun cinta kau dipandang sepi. Aku tak tahulah hati kau tu di perbuat daripada apa, sampai saat ini kau selalu ada untuk Arissya,"
Tengku Harith Zaqwan senyum, "Tak ada apalah, Hud. Aku okay aje, kau tak perlulah risau ya,"
"Hmm.. okaylah, aku dah nak gerak ni. Ada nak jumpa klien kejap lagi, so aku gerak dululah ya," balas Hud Mikail.