Rate

BAB 92

Romance Series 197233

"Arissya tunggu!"

"Awak rupanya. Ada apa?" Soal Tengku Arissya.

"Kita keluar petang ni nak? Jalan-jalan kat kawasan Menara Eiffel.."

"Hmm.. saya tak boleh janji, takut ada urusan lain.."

"Hmm.. tak apalah.." balas Aakif Aryanz, ada mendung di wajah lelaki itu. Tengku Arissya perasan, dia rasa bersimpati pula pada kawannya itu.

"Kalau tak ada apa-apa saya whatsapp awak petang ni. Okay?"

Aakif Aryanz senyum, "Okay Arissya. Aryanz tunggu whatsapp Arissya.."

"Okaylah saya pergi dulu," balas Tengku Arissya sudah pergi dari situ. Aakif Aryanz tersengih.

'Aku takkan lepaskan kau! Kau akan jadi milik aku. Sekarang, masa untuk aku pikat hati kau dulu..' desis hati kecil Aakif Aryanz sebelum berlalu pergi dari situ.

"Bro!" Ucap Zulfiqar. Dia ke tempat kerja Tengku Harith Zaqwan seorang diri.

"Mana Aryanz?" Soal Tengku Harith Zaqwan tanpa melihat muka Zulfiqar.

"Entahlah dia tu, pergi kejar perempuan kut. Nak buat macam mana kalau dah tergila-gilakan perempuan tu.." balas Zulfiqar.

"Perempuan mana pula?"

"Entah, nama perempuan tu Tengku Arissya.."

Tengku Harith Zaqwan terkedu mendengar nama itu. Tapi tangannya pantas mengeluarkan kertas kecil dan pen daripada apron yang dipakainya untuk mengambil pesanan. Kemudian, pandangannya dialihkan pada Zulfiqar. Terkedu dia buat kali kedua melihat muka Zulfiqar yang lebam itu.

"Kenapa dengan muka kau tu bro? Teruk betul!"

"Owh.. ni.. aku terlanggar pintu. Sakit juga!"

"Terlanggar pintu? Owh.. patutlah lebam.." balas Tengku Harith Zaqwan perlahan tetapi hatinya penuh dengan kemarahan. Jiwanya sedang terbakar.. api telah marak di daerah jiwanya.

Tiada lagi keraguan, syak wasangka.. ini adalah kenyataan yang benar. Lelaki malam tadi yang cuba untuk buat benda tak elok pada Tengku Arissya adalah Aakif Aryanz dan Zulfiqar. Tengku Harith Zaqwan cuba menahan rasa marahnya.

"Bro.. kau okay ke?"

"Okay, kau nak order apa?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Dia tidak boleh berada lama di situ.. dia bimbang penumbuk melayang di muka Zulfiqar sekali lagi. Mana mungkin dia lupa.. dia sempat menghadiahkan satu penumbuk di muka Zulfiqar sebelum dia mahu mencabut topeng muka itu.

Nampaknya dia perlu lebihkan masa untuk menjaga Tengku Arissya, terutamanya setiap waktu malam. Dia perlu jadi spy. Dia tak boleh membiarkan kesayangannya sendirian. Dia juga sedang memegang amanah. Amanah Datuk Mustaqim dan Tengku Elvia untuk menjaga Tengku Arissya. Buat masa sekarang dia akan rahsiakan dulu apa yang terjadi semalam kepada Tengku Elvia.

Pada petangnya Tengku Arissya whatsapp Aakif Aryanz. Tidak ada kerja apa-apa yang perlu dia buat, jadi lebih baik dia keluar jalan-jalan. Apa salahnya dia keluar dengan Aakif Aryanz, lelaki itu pun baik. Tidak pernah mengambil kesempatan padanya.

"Arissya!" Panggil Aakif Aryanz sudah melambai-lambai tangannya. Tengku Arissya bingkas bangun, dia menghampiri lelaki itu.

"Jom!"

"Nak jalan-jalan kat mana?"

"Kita naik ke Menara Eiffel nak? Tingkat atas lagi.. jomlah. Seronok lagi tinggi.." ucap Aakif Aryanz gembira. Tengku Arissya dapat melihat kegembiraan lelaki itu.

"Tapi kena bayar.."

"Tak apa Aryanz belanja. Jom! Kita makan-makan kat atas tu sekali.."

"Eh, tak apalah.."

"Tak apa.. Aryanz ada je duit. Dah, jom pergi!" Balas Aakif Aryanz gembira. Tengku Arissya senyum. Baik sungguh hati lelaki itu. Sudah dua kali lelaki itu belanjanya, dia pasti akan membalas kebaikan Aakif Aryanz.

Petang itu bukan main suka Aakif Aryanz, dia rasa gembira dapat menghabiskan masanya dengan Tengku Arissya. Tanpa sedar dia terlupa bahawa duit yang dia gunakan itu semakin susut. Bila-bila masa saja dia boleh merempat.

Sampai ke malam Tengku Arissya berjalan-jalan dengan Aakif Aryanz pada hari itu. Tengku Harith Zaqwan dari petang dia menunggu Tengku Arissya.. dia tunggu di kawasan rumah sewa gadis itu tapi tidak kelihatan. Dia resah.. tapi azan maghrib sudah memanggilnya untuk menunaikan solat maghrib. Dia melangkahkan kakinya ke masjid. Setelah itu, dia akan kembali ke kawasan rumah sewa Tengku Arissya.

"Awak kita solat dulu kat masjid ni, lagipun takut tak sempat.." ucap Tengku Arissya yang sudah menuju untuk pulang ke rumah sewanya.

"Err.. solat kat rumah tak sempat ke?"

"Tak, maghrib kan masa singkat.." balas Tengku Arissya. Aakif Aryanz terpaksa akur. Dia mana pernah solat, dah lama dia tinggal. Dia dah lupa bagaimana untuk solat.

Tengku Arissya masuk ke masjid itu, Aakif Aryanz pula melencong ke lain.. dia duduk bersembunyi di kawasan tepi masjid. Beberapa minit kemudian, Tengku Arissya keluar dari masjid itu.. dia terlanggar susuk tubuh seorang lelaki.

"Sorry.."

"It's okay.." balas Tengku Harith Zaqwan tanpa melihat siapa yang meminta maaf. Dia langsung tak tahu gadis yang melanggar bahunya itu Tengku Arissya.

"Jom, dah siap?"

"Dah, jomlah. Kita terus baliklah," ucap Tengku Arissya.

"Tapi Aryanz laparlah. Jom kita dinner nak?"

"Tapi..."

"Please Arissya. Aryanz ada gastrik, kalau tak makan awal teruklah sakit ni.." Aakif Aryanz memberi alasan.

Tengku Harith Zaqwan masih setia menunggu Tengku Arissya. Masih tidak kelihatan gadis itu pulang. Resah semakin bermukim di jiwanya.

Tengku Arissya tergelak, boleh tahan lawak juga Aakif Aryanz. Asyik mengusiknya saja. Tengku Harith Zaqwan menanti bagai nak gila.. risaukan Tengku Arissya tetapi dia boleh bergelak tawa dengan Aakif Aryanz di salah sebuah restoran. Cinta yang bagaimanakah ini? Sulit untuk ditafsirkan. Jelaslah, Tengku Arissya sudah keliru. Permata dianggapnya sebagai kaca, kaca yang akan melukainya suatu hari nanti dianggapnya pula sebagai permata.

Selesai makan Tengku Arissya pulang ke rumahnya. Baru saja Tengku Harith Zaqwan mahu menyapanya, kelihatan ada Aakif Aryanz. Dia pantas bersembunyi disebalik tiang. Hancur luluh hati Tengku Harith Zaqwan melihat kemesraan itu. Mampukah dia pisahkan dua hati yang sedang berputik cinta itu? Kuatkah dia untuk terus melalui rasa sakit akibat terbunuh oleh rasa cemburu dijiwanya? Ya Allah.. kuatkanlah hatiku ini.

Aakif Aryanz sudah tidak kelihatan, Tengku Harith Zaqwan munculkan dirinya di situ.

"Arissya!"

Tengku Arissya berpaling ke belakangnya, dia tergamam. Tengku Harith Zaqwan ada di situ rupanya.

"Awak buat apa kat sini malam-malam ni?"

"Kenapa baru balik? Pergi mana tadi?"

"Hak saya nak pergi ke manapun, yang awak ni sibuk pasal saya apahal. Suka hati sayalah!" Ucap Tengku Arissya. Dia tidak suka Tengku Harith Zaqwan mencampuri urusan hidupnya.

"Abang bukan sibuk, abang memang kena tahu ke mana Arissya pergi. Ini negara orang bukan tempat kita. Arissya tu perempuan, kalau jadi apa-apa macam mana?"

"Takkan jadi apa-apalah!" Marah Tengku Arissya.

"Habis tu yang malam semalam tu apa?" Soal Tengku Harith Zaqwan geram.

"Boleh tak jangan sibuk pasal saya. Saya pergi bukannya sorang-sorang. Berdua!" Kali ini Tengku Arissya betul-betul marah sehingga mengaitkan Aakif Aryanz.

"Berdua? Siapa?" Soal Tengku Harith Zaqwan buat tak tahu.

"Aakif Aryanz.."

"Siapa lelaki tu?"

"Siapa dia tak penting, tapi saya nak awak tahu dia akan jadi seseorang yang paling saya sayangi dan cintai lepas ni.." kenyataan Tengku Arissya telah meranapkan segala impian Tengku Harith Zaqwan untuk hidup kembali bersama cintanya.

Tergamak Tengku Arissya menghancurkan hatinya pada malam ini.. begitu sakit, pedih dan seksa sekali jiwanya. Terasa ingin meraung menjerit kuat agar rasa sakit itu hilang. Namun apakan daya.. rasa itu cuma terpendam kemas di dadanya.

Tengku Harith Zaqwan tersengih, "Really Arissya? Wow! So.. great. Cepatnya hati tu berubah. Abang ingatkan selama ni cinta Arissya cuma untuk abang sorang.."

Tengku Arissya tersenyum sinis, "Sebab tu jangan terus bermimpi dan simpan impian, semuanya boleh berubah dalam sekelip mata.."

"Ya, betul semuanya boleh berubah dalam sekelip mata, tapi itu hati Arissya.. tidak hati abang sayang. Rasa cinta ini tak pernah berubah. Tapi abang tak kisah siapapun yang Arissya sayang dan cintai, cuma abang suka untuk berpesan jangan jadikan orang lain sebagai korban semata-mata untuk menutupi luka lama.."

"So, awak nak cakap yang saya hipokrit sayang lelaki tu? Sayang dia sebab simpati. Macam tu ke?" Marah Tengku Arissya.

"Fikir sendiri Arissya. Lagi satu abang nak pesan, tolong hati-hati. Kadang-kala orang yang paling kita percaya tulah yang akan menghancurkan hidup kita. Abang tak nak Arissya menyesal seumur hidup.."

"Kenapa kurang ajar sangat ni!" Jerit Tengku Arissya.

"Arissya.. memang bagus rasa ego tu ada dalam diri, tapi kalau terlebih banyak ego tu abang takut Arissya pula yang akan musnah. Sebab ego ni akan buat kita jadi buta untuk melihat kebenaran, kita asyik salahkan apa yang benar.." balas Tengku Harith Zaqwan segera melangkah pergi dari situ. Sakit betul hati Tengku Arissya. Menyampah betul dia dengan Tengku Harith Zaqwan. Baru saja hatinya sejuk, mahu berdamai dengan Tengku Harith Zaqwan kerana membantunya malam semalam.. tapi kini semakin bercambah taugeh kemarahan.

Tengku Harith Zaqwan berjalan sendirian ditepi jalan, terbayang di matanya kemesraan Tengku Arissya dan Aakif Aryanz. Tadi sengaja dia ingin mengundang kemarahan gadis itu. Geram juga dia dengan sikap ego Tengku Arissya.

Berkali dia meminta di dengarkan, berkali juga dia memberi nasihat tersirat tapi Tengku Arissya terlalu degil. Sukar untuk berdamai dengannya. Nampaknya sampai bila-bila pun hati itu akan keras sekeras kerikil. Dia akui kian diambang rasa putus asa tapi.. dia perlu cekalkan hati untuk bertahan. Selepas ini dia tidak akan berjuang seorang diri lagi di sini kerana Tengku Elvia akan ke sini. Dia berharap semuanya akan dipermudahkan oleh Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience