Rate

BAB 118

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan masih tidak sedarkan diri. Sayu hati Hud Mikail melihat keadaan abang sepupunya. Selama ini abang sepupunya yang banyak bantu dia, sampai dia menjadi orang yang berjaya. Dia juga telah kehilangan kedua ibu bapanya. Kini, hanya tinggal dia di dunia ini. Namun sejak itu juga, abang sepupunyalah peneman bagi hidupnya.

Dia tahu Tengku Harith Zaqwan sangat mencintai Tengku Arissya. Dia dapat melihat semua itu. Namun kejamnya Tengku Qistina, cuba menghancurkan kesucian sebuah mahligai yang abang sepupunya bina. Entah ke mana hilangnya Tengku Qistina sekarang, pasti gadis itu sedang tertawa apabila dia berjaya hancurkan kebahagiaan Tengku Harith Zaqwan. Bukan dia tak tahu, Tengku Qistina cemburukan Tengku Harith Zaqwan hidup bahagia dengan Tengku Arissya.

Dia fikir hanya dia yang Tengku Harith Zaqwan cintakan. Dulu ya, memang ya! Tengku Harith Zaqwan sangat sedih apabila Tengku Qistina sanggup tinggalkan dia demi mengejar impiannya menjadi seorang model terkenal. Tapi sejak Tengku Arissya hadir, hidup Tengku Harith Zaqwan berubah. Tengku Arissya satu-satunya yang mampu membuat jiwa lelaki Tengku Harith Zaqwan bergetar debar. Setiap debar adalah cinta.

"Assalamualaikum.." ucap satu suara, lamunan Hud Mikail di wad itu terhenti. Dia menoleh ke belakang sambil menjawab salam itu.

"Wa'alaikumussalam.."

Berdirinya di depan pintu wad itu Iris Ariana. Senyum terus menguntum di bibir lelaki itu, sejurus selepas itu dia bingkas bangun.

"Ariana, masuklah.."

Hud Mikail memberikan satu kerusi agar Iris Ariana duduk di situ.

"Thank you, Hud.."

"Welcome.."

"I letak buah-buahan kat tepi meja kecil ni ya.." ucap Iris Ariana, Hud Mikail hanya mengangguk perlahan.

"So, you dari mana ni? Ofis ke?"

"Tak, I cuti hari ni. Ada hal nak kena settle. Kebetulan lalu kawasan sini singgah kejap tengok keadaan Harith.."

"You nampak penat, baru balik dari ofis ke?" Sambung Iris Ariana.

"Yup.. Malam ni I tidur sini temankan Harith. Malam ni giliran I yang jaga dia.."

"Owh.. sebelum ni siapa lagi yang bermalam kat hospital ni?"

"Pak Cik Karim, kadang tu Mak Cik Timah. Kami bertiga bergilir jaga Harith.." balas Hud Mikail.

Iris Ariana membuang pandang ke arah Tengku Harith Zaqwan seketika.

"Macam mana keadaan Harith sekarang ni?"

"Macam yang you tengok, Harith langsung tak bagi respond. Tak ada tanda positif yang dia akan sedarkan diri.."

"Tak apa, kita sama-sama doakan Harith. Hmm.. you dah bagitahu Datuk Mustaqim?"

"I lupalah nak bagitahu, sibuk sangat kat ofis.. tak sempat nak bagitahu.."

"Owh.. I faham.."

"You tahu tak kawan Harith call I, masa tu dia call kat nombor handphone Harith, so I angkatlah.. dia bagitahu yang dia Darius. Kawan Harith tu, you kenal?"

"Owh.. ya, I kenal. Kawan Harith kat Paris.."

"I rasa dia nak datang Malaysia, tapi dia cakap nak bincang dengan isteri dia dulu.."

"Owh.. dia tak call you lagi?"

"Tak, esok lusa kut.. bukan senang juga nak tempah tiket kan, jauh pula tu.." balas Hud Mikail. Mereka berdua rancak berbual-bual dalam bilik wad itu.. sampai tak perasan sudah hampir waktu maghrib.

"I minta diri dululah, kalau ada apa-apa pasal Harith bagitahu I ya.." ucap Iris Ariana.

"Alright, take care Ariana!" Ucap Hud Mikail senang hati dapat berbual dengan gadis yang sudah mendapat tempat istimewa di dalam hatinya.

Tidak salahkan mencintai? Dia juga ingin mencari pasangan hidup yang tak luntur setianya untuk hidup di sisinya. Dia juga punya harapan dan impian untuk ada sebuah keluarga yang bahagia.

"Dah dapat tiket ke Malaysia sayang?" Soal Darius.

"Yup, hari Khamis ni kita dah boleh terbang ke Malaysia.." balas Rubina Elizaberth.

"Abang tak ada sayap nak terbanglah," usik Darius membuatkan Rubina Elizaberth tergelak.

"Okay, seriuslah Darius! So, kita dah boleh mula berkemas pakaian. Dalam dua tiga hari lagi ni.."

"Alright, abang nak call Hud maklumkan pasal perkara ni, so you sayang pergi kemas dulu. Nanti abang datang.."

"Okay!"

Darius menelefon Hud Mikail, dia memaklumkan soal penerbangannya ke Malaysia. Hud Mikail sudah bersiap sedia, dia yang akan menjemput Darius di airport nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience