Rate

BAB 128

Romance Series 197165

"Arissya jom masuk!" Ucap Hud Mikail.

"You masuklah dulu, I masuk kejap lagi," balas Tengku Arissya. Hud Mikail hanya mengangguk faham.

Entah kenapa Tengku Arissya rasa berdebar. Jantungnya kencang. Barangkali dia tidak bersedia menemui Tengku Harith Zaqwan. Rasa gugup secara tiba-tiba walaupun dia tahu pada hakikatnya lelaki itu lupa ingatan.

Tengku Arissya baru saja mahu berlalu pergi dari situ, namun belum sempat dia melangkah Iris Ariana yang tiba-tiba muncul di situ menyapanya.

"Hai, Arissya. You nak ke mana tu?"

"Err.. I ada hal kejap, nak keluar. Hud ada kat dalam tu," balas Tengku Arissya tergesa-gesa berlalu pergi dari situ.

Iris Ariana masuk ke bilik wad itu, kelihatan ada Hud Mikail sedang bercakap dengan Tengku Harith Zaqwan, dia terkedu.

"Hai, Harith. You dah sedar.." Ucap Iris Ariana teruja melihat Tengku Harith Zaqwan sudah sedarkan diri.

Tengku Harith Zaqwan memandang Iris Ariana dengan pandangan yang aneh.

"You siapa?"

Iris Ariana terkedu buat kali kedua, Tengku Harith Zaqwan tak kenal dia? Mustahil.

"I Iris Ariana, you tak kenal I?" Soal Iris Ariana. Kali ini Hud Mikail terus menyampuk.

"Ariana, jom kita keluar kejap boleh?"

"Tapi..."

"Sekejap je. Jom!" Ucap Hud Mikail, mereka berdua keluar bilik wad itu seketika.

"Harith tak kenal I, Hud. Tak mungkin dia...."

"Harith mengalami amnesia anterograde. So, dia tak dapat mengingati apa-apa. Tapi mungkin untuk sementara aje, itu kata doktor," balas Hud Mikail. Iris Ariana terkedu. Besarnya ujian yang perlu Tengku Harith Zaqwan tempuhi.

"Ya Allah.. I tak sangka yang Harith boleh lupa ingatan,"

"I pun tak sangka, tapi nak buat macam mana.. ni semua ujian kita kena redha," balas Hud Mikail juga turut bersedih.

"Patutlah Arissya keluar tadi, dia cakap ada hal. Mungkin dia tipu I kut.."

"Tipu you?"

"Tipu I yang dia nak keluar, tapi sebaliknya mungkin hati dia rasa sedih bila tahu Harith lupa ingatan," balas Iris Ariana. Hud Mikail hanya mengangguk perlahan.

Tengku Arissya menangis di dalam keretanya berdekatan hospital itu. Dia bukannya ada hal lain tapi jiwanya gementar. Ada juga rasa sedih terpalit dihatinya. Sebab dia Tengku Harith Zaqwan jatuh sakit, hari ini apabila lelaki itu sedarkan diri masalah lain pula yang timbul. Memang dia rasa lega apabila doktor mengatakan yang Tengku Harith Zaqwan mengalami amnesia anterograde, tapi itu tak bermakna dia tidak bersedih. Bayangkan, lama dia menunggu bekas suaminya sedarkan diri tapi.. apakan daya di saat lelaki itu membuka matanya semula, lelaki itu sudah kehilangan ingatannya. Pedihnya tatkala diri tak lagi dikenali. Allahu..

Tengku Arissya menyembamkan mukanya di steering keretanya, dia menangis teresak-esak. Tiba-tiba ada satu ketukan pintu kedengaran di cermin keretanya yang tertutup. Tengku Arissya segera lap air matanya..

"Elvia.."

Tengku Elvia membuka pintu kereta milik kakaknya, segera dia memboloskan dirinya ke dalam kereta itu.

"Kenapa kakak menangis ni?"

"Mana ada menangis," balas Tengku Arissya langsung tidak melihat wajah Tengku Elvia disebelahnya.

"Kalau tak menangis kenapa mata dan hidung tu merah?"

"Akak kat sini kenapa? Tak jenguk Abang Harith ke?"

"Dah tapi..."

"Tapi apa? Mesti ada sebab kan kakak ada kat sini. Abang Harith dah sedar ke? Ke dia halau akak?" Soal Tengku Elvia jauh dia membuat andaian.

"Tak! Macam mana dia nak halau akak kalau dia amnesia, tak ingat apa-apa.." Tengku Arissya berterus-terang. Membulat mata Tengku Elvia terkedu.

"Abang Harith dah sedarkan diri ke akak?" Beria-ria Tengku Elvia bertanyakan kakaknya.

"Alhamdulillah sudah sedarkan diri..."

"Alhamdulillah, lega Elvia dengar. Ini satu permulaan yang baik," balas Tengku Elvia.

"Elvia tak dengar ke akak cakap tadi yang Harith mengalami amnesia anterograde," ucap Tengku Arissya geram. Dia nampak agak tertekan.. kepalanya pun tengah sakit sekarang tu..

"Akak please jangan ikutkan emosi tu. Ya, tak apalah nak buat macam mana dah Abang Harith mengalami amnesia anterograde. Asalkan dia dah sedarkan diri, itu yang penting akak.."

"Hmm.."

"Akak, pleaselah happy. Muka tu masam aje dah macam buah kedondong, tak cantiklah kak. Senyumlah sikit..." Pujuk Tengku Elvia..

"Tengok tu, tak senyum-senyum lagi.." sambungnya. Kali ini Tengku Arissya mengukir senyum.

"Haa.. kan cantik senyum!"

"Hmm... Elvia buat apa kat sini? Tak masuk ofis lagi ke?"

"Belum lagi, papa suruh rest aje dulu. So, lepas nilah Elvia sambung kerja kat syarikat kita tu," balas Tengku Elvia.

"Hmm.. okaylah tu rehat dulu.."

"Akak jom masuk kat dalam wad, kita tengok Abang Harith," ajak Tengku Elvia.

"Elvia pergilah, akak nak..." Belum sempat Tengku Arissya bercakap, Tengku Elvia pantas memotong.

"Akak tak perlu berdalih, jomlah kita tengok keadaan Abang Harith. Akak mesti rindu kan. Jom!" Kali ini Tengku Elvia betul-betul memaksa kakaknya.

Semasa mereka berdua mahu masuk ke hospital, mereka terserempak dengan Hud Mikail dan Iris Ariana.

"Hud, dah nak balik ke?" Soal Tengku Arissya.

"I nak keluar makan dengan Ariana, lepas tu terus masuk ofis aje dulu. Petang ni I datang sini jenguk Harith lagi okay," balas Hud Mikail.

"Alright.."

Tengku Arissya sudah menapak masuk ke ruangan hospital, jantungnya berdebar namun digagahkan juga hatinya untuk ke wad Tengku Harith Zaqwan.

Pintu wad terkuak, Tengku Elvia mendahului diikuti oleh Tengku Arissya.

"Assalamualaikum Abang Harith, hai!" Sapa Tengku Elvia ceria. Tengku Harith Zaqwan hanya diam membisu. Dia cuma nampak hairan. Barangkali dia tidak mengenali siapa yang menyapanya itu.

"Abang Harith tak kenal Elvia ke?"

Tengku Harith diam lagi. Kali ini Tengku Elvia memperkenalkan dirinya.

"Abang Harith, I Tengku Elvia. Adik kepada Tengku Arissya.."

Tengku Elvia menarik lengan kakaknya supaya ke hadapan, "Akak sini tunjuk muka comel tu.."

"Abang Harith nilah kakak I, nama dia Tengku Arissya. Bekas isteri abang, ingat tak?"

"Bekas isteri?"

"Tak, tak perlu fikir apa yang adik I cakapkan. You tentu penat kan, so you kena banyak rehat okay," sampuk Tengku Arissya. Kali ini Tengku Arissya menarik pergelangan tangan Tengku Elvia kasar, mengajaknya keluar dari bilik wad itu.

"Kakak sakitlah!"

"Elvia apa cakap merapu depan Harith tadi!" Marah Tengku Arissya seakan berbisik, namun tegas.

"Elvia cuma perkenalkan diri, lepas tu kenalkan akak. Biar Abang Harith ingat kita,"

"Tak perlu buat semua tu! Siap bagitahu yang akak bekas isteri dialah apa. Tak perlu! Harith tak ingat, so tak perlu peningkan kepala dia banyak fikir..." Marah Tengku Arissya.

"Tapi akak.."

"Enough!"

"Alright, I'm so sorry.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience