Rate

BAB 191

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan segak berpakaian pada malam itu. Bukan main wangi dia.

Sampai saja dikawasan rumah Tengku Elvia, kelihatan sudah ada beberapa buah kereta disitu. Termasuklah kereta milik Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan senyum. Dia masuk ke halaman rumah itu, indah terhias lampu cantik lip lip.

"Eh, Harith. Come!" Sapa Datuk Mustaqim. Datuk Qaid yang ada di situ juga tersenyum. Dia juga mengenali Tengku Harith Zaqwan. Bekas menantu kawan baiknya.

"Papa.. uncle.."

"Wah.. segaknya Harith malam ni," puji Datuk Mustaqim.

"Biasa saja papa.."

"Uncle apa khabar, sihat? Lama tak jumpa.." sapa Tengku Harith Zaqwan.

"Uncle sihat, lama tu sebab tak ada projek baru masuk. Biasa dapatlah jumpa dengan Harith,"

"Lepas ni kena saling bekerjasamalah untuk dapatkan projek baru ni," sampuk Datuk Mustaqim mengusik. Mereka bertiga tergelak.

Gelak tawa itu di dengari oleh Tengku Arissya yang sedang melayani tetamu jemputan. Sekilas Tengku Arissya berpaling, debar dihatinya kencang. Bukan main handsome bekas suaminya pada malam itu. Siapa saja boleh jatuh hati melihat kekacakan itu.

Tengku Harith Zaqwan berpaling ke sebelah kanannya, dia dapat rasa ada yang sedang melihatnya dari kejauhan.

Benar! Ada Tengku Arissya yang sedang memandangnya dari jauh. Tengku Harith Zaqwan menghadiahkan senyuman. Makin berdebar jantung milik Tengku Arissya. Cepat-cepat dia menghala pandangannya ke arah lain.

Tengku Emir Danish mendekati Tengku Harith Zaqwan yang sedang bercakap dengan papa dan bapa mentuanya.

"Eh, Harith. Apa sembang aje ni, jomlah makan-makan.."

"Ya tak ya juga, Harith silalah menjamu selera.." sampuk Datuk Qaid.

"Okay uncle, papa.. Harith ke sana dulu.."

"Silalah makan ya, layan diri. Aku nak ke depan kejap layan tetamu.." ucap Tengku Emir Danish yang kelihatan sangat sibuk.

"Baiklah," balas Tengku Harith Zaqwan , dia mengambil makanan yang terhidang di atas meja panjang itu.

Selesai mengambil makanan, Tengku Harith Zaqwan duduk keseorangan di situ. Di sudut paling sepi.

"Ya Allah.. akak buat apa kat sini?" Ucap Tengku Elvia yang sudah mendekati kakaknya.

"Apa?"

"Tu tengok sana, sian Abang Harith makan sorang-sorang. Pergilah temankan.."

"Eh, tak naklah!"

"Kakak pergilah," balas Tengku Elvia sedikit menolak bahu kakaknya. Tengku Arissya menapak ke arah Tengku Harith Zaqwan perlahan.

Belum sempat Tengku Arissya sampai sana, Kak Kiah sudah duduk dihadapan Tengku Harith Zaqwan.

"Tuan sorang aje?" Soal Rokiah a.ka. Sharleez.

"Hmm.. kau buat apa kat sini. Dibuatnya ada orang tahu pasal kita habislah,"

"Tak apa line clear tuan!"

"Sharkief macam mana, kau ada contact dia.."

"Dia macam biasalah tuan, fokus pantau Tengku Delisha.."

"Good!"

"Pastikan semuanya okay. Aku nak bagitahu kau sesuatu ni, Tengku Qistina sudah mendekati aku. Dia datang memutarbelitkan fakta. Dia masih menyangka aku hilang ingatan. Mungkin Arissya tidak memaklumkan apa-apa pada Faqrul.."

"Hah? Biar betul?"

"Perlahankan suara kau!" Marah Tengku Harith Zaqwan sambil matanya AWAS melihat di sekelilingnya.

"Dia sudah kembali ke Malaysia dan berani mendekati aku. Aku rasa dia tidak tahu rancangan kita dan ini bagus!"

Rokiah a.k.a Sharleez tersengih, "Mestilah.. aku pun buat kerja juga tuan.."

"Tapi satu yang merisaukan,"

"Keselamatan Tengku Arissya?"

"Yup, jadi kau kena pantau dia sebaiknya. Aku tak nak berlaku kes penculikan. Aku tak nak Arissya menderita macam apa yang aku tanggung selama ni. Apapun yang terjadi kau tak boleh tinggalkan Arissya. Terus berjuang!"

"Tuan aku janji akan buat apa saja. Aku rela hilang nyawa dalam misi kali ni,"

"Tidak Leez! Aku tak nak apa yang aku ada hilang. Kau dan Sharkief akan selamat, aku akan pastikan," balas Tengku Harith Zaqwan serius. Dia tidak akan sesekali membiarkan apa yang dia ada hari ini hilang lagi. Dia akan mempertahankannya selagi nyawa masih di kandung badan.

"Kau buat aku terharu tuan," balas Rokiah a.k.a Sharleez. Tuannya memang baik hati. Mereka terus berbual seketika di situ.

"Eh, apa akak ni masih tercegat kat sini,"

"Tu dia dah ada peneman,"

Tengku Elvia melihat kemesraan Tengku Harith Zaqwan dengan Rokiah a.k.a Sharleez. Dia tiba-tiba tergelak.

"Kakak cemburu?"

"Eh, mana ada.."

"Hmm yelah tu, entah-entah hati tu dah terbelah dua. Tulah, orang dah cakap jangan lepaskan Abang Harith tu. Dia baik. Dahlah baik, handsome pula tu. Tapi akak degil, tengok sekarang Kak Kiah pula tackle Abang Harith tu. Elvia tak tahu.." balas Tengku Elvia segera berlalu pergi dari situ.

"Hai, Arissya!" Sapa Ariana Iris.

"Hai, tak sangka jumpa you kat sini.." balas Tengku Arissya.

"I datang sebab Elvia ajak, tadi ada terserempak dengan dia.."

"Owh.. patutlah,"

"Sayangg.." sapa Hud Mikail, tak perasan dia yang Tengku Arissya ada di situ.

"Sayang?"

Hud Mikail tersengih, "Actually kami berdua dah bertunang.."

Tengku Arissya senyum, "I betul-betul tak sangka korang berdua ni ada hubungan yang special, apapun congratulations!"

"Thanks, inilah namanya jodoh," balas Hud Mikail.

"Eh, Hud!" Sampuk Tengku Harith Zaqwan menepuk bahu Hud Mikail dari arah belakang.

"Laaa.. ada juga kau kat sini, ingatkan...."

"Tak dijemput kan.. ada aje. Elvia jemput aku.."

Hud Mikail senyum.

"Daripada sembang ada baiknya you berdua makan, jom ikut I ke sana.. boleh sembang sambil makan," sampuk Tengku Arissya.

Mereka berempat ke meja makanan mahu menjamu selera. Tengku Harith Zaqwan diam saja dikerusi, lagipun dia sudah kenyang. Dia tidak mahu menganggu pasangan itu sedang menikmati makanan.

Tengku Harith Zaqwan terpandangkan bidadarinya dihujung kerusi berhadapannya, tetapi kesayangannya membelakanginya. Dia segera bingkas bangun duduk dekat dengan Tengku Arissya.

"Hai Arissya.."

"Hmm..."

"Arissya apa khabar, sihat? Macam mana handle ofis sekarang, mesti dah mahir kan. Hmm.. lama abang tak dengar khabar dan keadaan Arissya sekarang ni, baru sempat tanya bila jumpa ni,"

"Alhamdulillah sihat. Everything okay Harith. You pula?

"Abang busy sikit handle bisnes. Tapi nasib baik Hud ada, bantu abang juga.."

Masing-masing mendiamkan diri untuk beberapa minit sebelum Tengku Harith Zaqwan mengajukan soalan peribadi.

"Arissya dah ada someone special?"

"Tak penting untuk you tahu,"

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Kalau Arissya dah ada someone special abang doakan Arissya bahagia.."

"Abang nak sangat tengok Arissya bahagia.." sambung Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya terdiam. Ada rasa sebak dijiwanya mendengar kalimah pedih itu.

"Arissya.. abang nak Arissya tahu, apapun yang abang lakukan dan apapun yang terjadi selepas ni, semuanya abang buat demi Arissya. Abang nak minta maaf dari awal ya. Maafkan abang.." ucap Tengku Harith Zaqwan lagi.

Kali ini Tengku Arissya rasa hairan, kenapa dengan bekas suaminya. Cakap merapu aje.

"Kenapa minta maaf dari awal? You tak salah apa-apapun,"

Tengku Harith Zaqwan tidak menjawab soalan itu, dia hanya tersenyum.

Keesokannya.. Tengku Qistina seawal pagi lagi ke ofis Tengku Harith Zaqwan.

"Hai, sayang!" Sapa Tengku Qistina. Awalnya tadi dia sudah bergaduh dengan setiausaha Tengku Harith Zaqwan gara-gara menghalangnya masuk ke bilik itu.

Naik pening Tengku Harith Zaqwan dengan perempuan gedik nak mampus! Tapi terpaksa dia menghadapnya.

"Hmm.. you buat apa kat sini?"

"I nak ajak you breakfast, jom temankan I.."

"Tapi I.."

"Kejap aje pleaseee.."

"Okay I temakan," balas Tengku Harith Zaqwan.

Mereka berdua bergandingan ke salah sebuah kopitiam untuk menikmati sarapan pagi.

"Sayang you tahu tak, I rasa seronok dapat keluar breakfast dengan you.."

"Keluar breakfast je pun,"

"You ni! Tak suka ke keluar dengan I?" Balas Tengku Qistina seakan merajuk manja. Sudahlah pakaiannya menjolok mata. Jahitan yang tak cukup kain sememangnya merimaskan mata seorang lelaki yang baik.

"Suka aje, cuma yang I tak sukanya you datang ofis I.."

"Dah tu you selalu tak ada bila I cari, you pergi mana semalam?" Soal Tengku Qistina.

"Suka hati I nak pergi mana, you janganlah busy body pula.." balas Tengku Harith Zaqwan geram. Ambik kau!

Tengku Qistina sakit hati, entah kenapa dia merasakan sikap Tengku Harith Zaqwan padanya sangat berbeza sekarang ini.

"I sayang you, sebab tu I nak tahu ke mana you pergi. Dibuatnya jadi apa-apa kat you macam mana,"

'Selama ni kau juga yang seksa aku.. buat aku menderita! Pisahkan aku dari Arissya, sampai aku rasa ingin mati kehilangan cinta aku. Dasar perempuan jahat!' Bentak hati Tengku Harith Zaqwan menahan amarahnya.

Barangkali Tengku Qistina terlupa akan kenyataan ini:

Barangsiapa yang memisahkan isteri dari suaminya, iaitu pasangan suami isteri. Orang itu akan mendapat laknat Allah di dunia dan juga akhirat. Dihukum. Mencerai beraikan rumahtangga orang.

Dan Allah akan mengharamkan orang itu melihat wajah-Nya pada hari akhirat kelak. Dia tidak akan tengok wajah Allah. Maknanya orang itu akan dimasukkan ke dalam neraka. Dia tidak akan masuk syurga, dia akan masuk neraka, perbuatannya itu dikira sebagai dosa besar dan dia takkan tengok wajah Allah di hari akhirat kelak.

"Okay I faham, tapi lepas ni you call ajelah kalau nak jumpa I.."

"Opss! I lupalah you," jawab Tengku Qistina mengada.

"Belum tua lagi dah nyanyuk," ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan.

"Apa you cakap sayang?"

"Tak, I cakap lain kali call ajelah.."

"Of course sayang I akan call you.." balas Tengku Qistina.

Sejujurnya Tengku Harith Zaqwan menyampah dengan Tengku Qistina, tapi apakan daya. Kali ini dia sendiri yang perlu berlakon. Dia takut sebenarnya.. tapi dia terpaksa meneruskan lakonan ini, agar segera bukti ditemukan. Setidaknya dia dapat hint untuk mendapatkan bukti itu dengan cara mendekati Tengku Qistina.

Ada satu lagi bukti, dia perlu menemukan telefonnya. Telefon yang dirakam bagaimana dia diseksa.. diikat, dipukul dan disepak kejam. Dalam tu ada bukti percakapan dia dengan penjahat-penjahat itu yang disimpan. Dia yakin Tengku Qistina ketua penjahat tu dan dialah yang mengupah Faqrul dan konco-konconya yang lain demi mencapai tujuannya.

Dia yakin juga yang Tengku Qistina menyimpan bukti itu. Telefon miliknya.. dia akan cuba mendapatkannya. Tapi dia punya satu cara saja, iaitu menggoda Tengku Qistina. Mengajak atau memujuk perempuan itu ke rumahnya. Dia terpaksa buat-buat tidur dengan Tengku Qistina. Hal itu sangat hina, tapi itu saja caranya. Mungkin dari situ dia dapat menyelongkar bilik Tengku Qistina dan mencari di mana keberadaan telefon itu.

Tengku Arissya termenung sendirian. Entah kenapa kata-kata Tengku Harith Zaqwan semalam sering bermain diruang fikirannya. Apa maksud Harith? Dia langsung tidak mengerti. Kenapa mesti meminta maaf, aneh sekali sikapnya.

Deringan telefonnya mengejutkan Tengku Arissya dari lamunannya.

"Kat ofis, kenapa?"

"You free tengah hari ni, I nak ajak you keluar lunch," balas Faqrul.

"Okay, kita jumpa kat tempat biasa aje,"

"Kat restoran lain tak boleh ke?"

"You tak payahlah datang sini jemput I, I boleh aje pergi sendiri. You terus je ke restoran tu," tegas Tengku Arissya. Kebetulan moodnya tidak berapa naik, memang mendapatlah si Faqrul.

"Perempuan tak guna! Bercakap dengan aku selalu aje nak cari gaduh, dulu tak ada pula. Elok aje layankan aku. Semua ni mesti sebab si Harith tulah," ucap Faqrul perlahan. Sakit betul hati dia apabila mengenangkan Tengku Harith Zaqwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience