Rate

BAB 232

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan sedang berusaha belajar seni mempertahankan diri, kini Khira dihadapannya. Cabaran pertama, sesi pemanasan.. sekadar bermain menggunakan kayu panjang, dia berusaha mengikuti setiap tunjuk ajar Khira. Coach taekwondonya. Dia agak sedikit merasa gugup, apatahlagi berlatih dengan seorang perempuan.

Gadis Jepun itu tidak dinafikan sangat cantik, bentuk badannya ramping seperti kerengga. Tinggi, hidung mancung dan berkulit putih. Mana-mana lelaki yang melihatnya pasti akan tertawan dengan rupa parasnya, akan cair. Tapi yang dia bangga dengan gadis itu, gadis itu berbeza. Dia sangat tegas dan bukan jenis yang gedik. Dia sangat disiplin pada tanggungjawabnya.

"Harith fokus!" Jerit Khira. Dia tidak suka main-main dalam latihan. Tapi kelekaan Tengku Harith Zaqwan mengundang amarahnya.

"I'm so sorry..."

Tengku Harith Zaqwan kembali fokus belajar seni mempertahankan diri. Khira mengajarkannya lebih kepada untuk melindungi diri daripada musuh. Cara bertumbuk dengan betul.

"Okay, cuba you tumbuk I.."

"Err.. ta... tapi.. macam mana kalau terkena you?" Soal Tengku Harith Zaqwan takut. Mana mungkin dia tegar menumbuk seorang perempuan.

Khira melepaskan keluhan, dia kemudiannya tersenyum sinis, "Pengecut!"

"Tapi tak mungkinlah I akan tumbuk you, kalau..."

"Kalau tumbukan you terkena muka I?" Khira menghabiskan ayat Tengku Harith Zaqwan yang tergantung itu.

"Of course.."

"You tak payah berlagak gentlemenlah, sekarang ni kita dalam latihan taekwondo. You tak boleh ingkar pada arahan I sebagai coach taekwondo you. So, now tumbuk I.." ucap Khira. Tapi Tengku Harith Zaqwan masih merasa takut untuk melepaskan tumbukan ke arah Khira.

"Tumbuk I sekarang..." Ucap Khira lagi.. Tengku Harith Zaqwan masih takut-takut.

"Harith now!" Jerit Khira... Tengku Harith Zaqwan mengelengkan kepalanya perlahan.

"Harith I said now!!!" Tempik Khira.. Tengku Harith Zaqwan marah. Nada suaranya tinggi.

"I bukan pengecut, tapi I tak sampai hati, you perempuan!"

"Kenapa kalau I ni perempuan? You takut kenapa? I said tumbuk I Harith. Tumbuk!"

"Khira enoughlah!"

"Harith now!" Jerit Khira lagi, namun dia gagal membuatkan lelaki itu melawan ketakutannya. Barangkali keyakinannya sudah luntur oleh rasa ketakutan.

Tengku Harith Zaqwan terduduk penat, dia meraup rambutnya yang sudah basah itu kerana berpeluh. Khira pantang pada manusia yang mudah menyerah.

Selantang mungkin Khira bersuara, suaranya seakan bergema di bilik itu.. tempat latihan taekwondo.

"I tak sangka you seorang lelaki yang pengecut!"

"I bukan pengecut.."

"Alasan!"

"You perempuan, Khira. I takut kalau tumbukan I terkena you. You juga yang akan sakit.."

Khira yang masih berdiri dan berpeluk tubuh itu tersengih sinis, "Apa yang kau tahu tentang sakit? Kau tahu apa?"

Tengku Harith Zaqwan diam membisu.

"Manusia macam kau tak tahu erti sakit pun. Sebab manusia yang benar-benar sakit adalah manusia yang bangkit dari setiap kesakitan tu. Ini ke lelaki yang Adrian Smith bagitahu aku, yang dia sanggup korbankan apa saja termasuk nyawa dia demi melindungi Tengku Arissya? Inikah lelakinya? Lelaki pengecut! Aku minta kau tumbuk aku pun kau tak mampu. Lemah!"

Kata-kata sinis Khira membuatkan Tengku Harith Zaqwan bengang, dia bingkas bangun, "Stop it! Kau tak tahu apa-apa pun.."

"Aku cukup kenal sifat manusia macam kau ni Harith. Jangan katakan nak berjuang pertahankan orang yang kau sayang.. diri sendiri pun belum tentu kau mampu lindungi.."

"Khira!!!" Tempik Tengku Harith Zaqwan marah.

Mata Khira merenung tajam Tengku Harith Zaqwan, "Kau dengar sini, kalau kau tak nak Tengku Arissya mati.. kau harus lawan semua ketakutan dalam diri kau, baru kau mampu untuk melindungi orang-orang yang kau sayang. So, now tumbuk aku!"

"Kau dah tak ada masa Harith. Now Harith. Now!" Sambungnya lantang...

Tengku Harith Zaqwan geram, kali ini dia memperkemaskan setiap apa yang diajarkan Khira, lalu dia melepaskan tumbukan ke arah Khira berulang kali, Khira pula berusaha menepisnya. Mereka berlawan sesama sendiri. Tengku Harith Zaqwan akhirnya jatuh menongkat kedua belah tangannya di hadapan Khira.. nafasnya turun naik kerana penat.

Khira senyum kali ini sambil bertepuk tangan, "Good job men.."

"Next latihan jumpa kau esok kat sini juga.." Ucap Khira setelah mengambil beg sandangnya, dia sudah berlalu pergi dari tempat itu....

"Perempuan gila!" Ucap Tengku Harith Zaqwan penat. Dia akhirnya terbaring disitu... sambil matanya memandang kosong jauh ke hadapan...

"Arissya aku takkan biarkan sesiapapun menyakitimu kali ini, meskipun kita tak lagi bersama..." ucapnya perlahan.

Demi Tengku Arissya, Tengku Harith Zaqwan rela melakukan apa saja. Mukanya ada calar luka angkara Khira. Itu sesuatu yang normal, rasa sakit dan luka-luka dibadan ketika belajar seni mempertahankan diri. Sudah adatnya begitu. Kerana selepas ini dia harus berdepan dengan musuh, bukan kawan.. tapi lawan. Lawan yang kekuatan fizikalnya tidak dapat dijangka sehebat mana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience