Rate

BAB 53

Romance Series 197165

Tengku Emir Danish bertemu secara tidak sengaja dengan bakal bapa mentuanya pada pagi itu di salah sebuah Kopitiam di Bangi. Tengku Elvia pula sibuk menyiapkan kerjanya di ofis kerana waktu tengah hari dia akan menemui salah seorang kliennya.

Datuk Mustaqim tergelak besar mendengar pujian daripada bakal menantunya itu, "Uncle ni dah tua, kalau handsome pun tak ada yang berkenan. Lainlah kalau macam Emir masih muda dan kuat.."

"Owh.. ya macam mana dengan kaki Emir, dah sembuh sepenuhnya ke?" Sambungnya.

"Syukur alhamdulillah uncle, melalui beberapa rawatan di luar negara kaki Emir sudah pulih sepenuhnya," balas Tengku Emir Danish bersyukur dengan keadaannya sekarang.

"Alhamdulillah, uncle tumpang gembira untuk Emir.."

"Kesembuhan Emir ni pun sebab uncle dan Elvia yang banyak membantu, kalau tak Emir tak tahulah berapa tahun lagi dapat berjalan semula," balas Tengku Emir Danish.
Datuk Mustaqim tersenyum, "Semuanya atas kesungguhan Emir juga, bukan kerana uncle dan Elvia.."

Tengku Emir Danish hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Masing-masing mendiamkan diri seketika.

Tengku Emir Danish kembali bersuara, "Hmm.. uncle, let me tell you something.."

"What?"

Tengku Emir Danish menarik nafas panjang sebelum menyuarakan rasa hatinya.

"Uncle selama four years Emir di Melbourne menerima rawatan di sana dan sekaligus menyambung pengajian dalam bidang perniagaan, setiap kali Emir rasa putus asa Elvia yang selalu ada dengan Emir, so Emir rasa dah tiba masanya untuk kami bersatu dalam satu ikatan yang sah.."

Datuk Mustaqim terkedu, kelu lidahnya untuk bersuara. Hanya sepasang matanya saja memandang seraut wajah Tengku Emir Danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience