Rate

BAB 170

Romance Series 197233

Tengku Arissya mendekati Tengku Harith Zaqwan. Satu tamparan hinggap di sebelah kanan pipi lelaki itu. Kuat.

"Tamparan ni hadiah untuk kau sebab dah tipu aku!"

Panggg!

Satu lagi tamparan hinggap disebelah pipi kiri Tengku Harith Zaqwan, juga kuat. Membekas lima jari. Hud Mikail memejamkan matanya seketika, pedih dia menyaksikannya. Tapi itulah harga yang perlu dibayar di atas penipuan Tengku Harith Zaqwan.

"Dan itu untuk apa yang kau dah buat pada Dania!" Jerit Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan bungkam. Sepasang matanya hanya melihat wajah Tengku Arissya yang penuh dengan kemarahan.

"Aku tak sangka selama ni kau tipu aku! Kalaulah aku tahu, aku takkan sebodoh ni, tertipu oleh lelaki macam kau..."

"Arissya please dengar dulu penjelasan abang,"

"Shut up!" Tempik Tengku Arissya.

"Kau tahu tak aku menyesal jaga kau masa kat hospital dulu, kalau aku tahu macam ni cara kau layan aku, aku biar aje kau mati," kali ini suara Tengku Arissya perlahan. Air matanya mengalir.

"Arissya..." Ucap Tengku Harith Zaqwan pedih.

Tergamak orang yang dia cintai mengungkapkan sesuatu yang menghancurkan hatinya. Tengku Arissya langsung tidak mempedulikan hati dan perasaannya.

"Arissya apa yang Harith lakukan tu bersebab. You tak boleh salahkan dia sepenuhnya. Dengar dulu penjelasan dia," sampuk Hud Mikail.

"You pun sama aje Hud. Bersepakat dengan dia ni, kenapa you tak bagitahu I semua ni dari awal? Kenapa you pun sama turut perbodohkan I?"

"Abang yang tak izinkan,"

"But why? Kenapa mesti kau nak tipu aku!" Tempik Tengku Arissya sekali lagi. Dia benar-benar sudah tertekan.

Matanya tiba-tiba berpinar. Sakit kepalanya menyerang. Tengku Arissya terhuyung-hayang.

"Sayang, kenapa ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan panik. Dia semakin mendekati bekas isterinya. Cuba untuk menolong tapi ditepis kasar tangannya.

"Jangan sentuh aku!"

Tengku Harith Zaqwan menjauhi seketika, namun dia berjaga-jaga. Selangkah Tengku Arissya mahu melangkah tubuh itu melayang jatuh. Nasib baik Tengku Harith Zaqwan sempat menyambut tubuh kecil itu.

"Sayang.. kenapa ni? Ya Allah.."

"Harith kita bawa Arissya ke hospital sekarang,"

"Baik," balas Tengku Harith Zaqwan. Dia segera mengangkat Tengku Arissya.

Hud Mikail pula menolong membuka pintu dan dialah yang memandu, membawa Tengku Arissya ke hospital. Tengku Harith Zaqwan ada diseat belakang, dia menjaga bidadarinya.

"Hud boleh cepat tak? Aku risau ni!"

"Sabarlah bro, jalan jammed ni.."

"Tapi Arissya tak bangun-bangun lagi ni. Aku takut," ucap Tengku Harith Zaqwan seakan ingin menangis.

"Sabar Harith, semuanya akan okay.."

Hampir setengah jam perjalanan mereka hampir sampai, tapi tiba di tempat itu jalan jammed makin teruk.

"Kenapa pula ni?"

"Jalan jammed teruklah kat sini," balas Hud Mikail.

"Dah nak sampai ke ni? Bukan ke sini dah dekat kawasan hospital?"

"Dah, tapi aku rasa agak jauh juga tu," balas Hud Mikail. Tengku Harith Zaqwan buka pintu kereta belakang.

"Hey Harith, kau dah gila ke? Kau nak buat apa tu?"

"Jammed ni mungkin ambil masa yang lama, aku tak nak Arissya dalam bahaya. Aku nak pikul dia, bawa dia ke hospital sekarang juga," balas Tengku Harith Zaqwan. Dia memikul Tengku Arissya seperti orang menggalas beras di belakang.

Semua yang ada di sekitar situ memandang ke arah Tengku Harith Zaqwan pelik. Pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"Nurse! Nurseeeee!!!!" Jerit Tengku Harith Zaqwan apabila beberapa minit kemudian dia berjaya bawa Tengku Arissya ke hospital.

Beberapa orang nurse segera ke situ menolong.

Tengku Harith Zaqwan mahu masuk ke bilik rawatan tapi dia dihalang. Dia duduk di atas kerusi ruangan menunggu. Nafasnya tercunggap-cunggap, peluhnya menitis ke dahi. Siapa tak penat, pikul Tengku Arissya hingga sampai ke hospital sambil berlari. Boleh bayangkan tak penatnya macam mana. Allah saja yang tahu.

Hud Mikail baru sampai dikawasan hospital. Dia tak habis fikir, abang sepupunya memang gila. Tak pernah dibuat orang macam tu. Dah macam cerita Korea. Sebegitu besarnya rasa cinta Tengku Harith Zaqwan pada Tengku Arissya.

Tiba-tiba bunyi telefon Hud Mikail berdering. Dia segera menjawabnya.

"Ya, sayang.. I ada kat hospital," ucap Hud Mikail. Iris Ariana terkedu. Sangkanya kekasihnya jatuh sakit.

"You sakit ke?"

"Bukan I, tapi Tengku Arissya,"

"Habis tu macam mana?"

"I still kat dalam kereta, tadi jalan jammed. So, Harith yang bawa Arissya,"

"Bawa naik motor ke?"

"Tak sayang, you tahu tak I tak boleh bayangkan tadi, Harith pikul Arissya sampai berlari-lari bawa ke hospital dekat sini. Tadi dia jadi tontonan, dah macam cerita Korea sayang," balas Hud Mikail.

"Ya Allah.. sampai macam tu sekali,"

"Sebab cinta,"

"Yup, I faham tapi tulah Arissya dia masih tak dapat terima lagi kehadiran Harith dalam hidup dia,"

"Lagi teruk, I pun dah tak yakin yang Arissya akan terima Harith lagi dah, lepas apa yang jadi hari ini," balas Hud Mikail.

"Jadi apa?"

"Sayang I tak boleh borak lama ni, nanti I cerita semuanya dekat you. I tengah cari parking ni," balas Hud Mikail.

"Okay, take care!"

Hud Mikail jumpa tempat parking, settle parking dia segera masuk ke hospital tersebut mencari Tengku Harith Zaqwan. Kelihatan abang sepupunya tunggu diruangan menunggu.. tapi nampak seperti dia baru selesai bercakap dengan seseorang melalui telefon.

"Kenapa Elvia?" Soal Datuk Mustaqim. Kebetulan papanya masuk ke bilik ofisnya.

"Kakak kat hospital sekarang," balas Tengku Elvia setelah mendapat panggilan daripada Tengku Harith Zaqwan.

"What, apa yang dah jadi?"

"Kakak cuma pengsan je," balas Tengku Elvia.

"Kalau macam tu kita pergi sekarang," balas Datuk Mustaqim sangat risaukan keadaan anaknya.

"Tapi takkanlah kita berdua nak tinggalkan ofis ni pa,"

Ada benarnya kata-kata anaknya, "Kalau macam tu Elvia saja yang pergi tengokkan akak kat hospital, lepas tu maklumkan pada papa,"

"Baik papa," balas Tengku Elvia segera menapak keluar dari bilik ofisnya. Sempat semasa dalam perjalaanan ke hospital dia menelefon suaminya meminta izin untuk ke hospital.

"Macam mana keadaan Arissya doktor?" Soal Tengku Harith Zaqwan apabila doktor keluar dari bilik rawatan.

"Encik suaminya ke?"

"Bekas suami,"

"Owh ya, keadaan Puan Arissya agak lemah. Dia mengalami tekanan yang agak serius dan perlukan istirehat yang secukupnya," balas doktor itu.

"Untuk semalaman kami terpaksa tahan bekas isteri tuan di hospital ni," sambung doktor lagi.

"Hmm okay doktor. Boleh saya jumpa bekas isteri saya?"

"Silakan, tapi tolong jangan bagi dia tertekan,"

"Baik,"

Doktor pun segera berlalu pergi dari situ. Sebelum sempat Tengku Harith Zaqwan dan Hud Mikail masuk ke bilik wad, Tengku Elvia sampai.

"Abang Harith!"

"Elvia," ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan yang sudah menoleh ke belakang.

"Macam mana keadaan akak?"

Tengku Harith Zaqwan menjelaskan apa yang doktor bagitahunya tadi. Lega Tengku Elvia, kakaknya tidak bebas daripada penyakit berbahaya.

"Jomlah kita masuk ke dalam," ucap Tengku Harith Zaqwan.

Mereka bertiga masuk ke dalam bilik wad itu, Tengku Arissya masih belum sedarkan diri. Sayu hati Tengku Elvia melihat keadaan kakaknya. Bibir itu agak pucat.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon di dalam handbag Tengku Arissya, Tengku Elvia mara ke depan. Dia mengambil handbag kakaknya dan segera menjawab panggilan itu.

"Hello, Arissya,"

"Sorry, ni bukan Arissya. Ni adik dia,"

"Elvia?"

"Yup,"

"Arissya mana? Maaflah, rasa pelik bila adik dia yang jawab panggilan ni," ucap Faqrul.

"Kakak pengsan, dia ada kat hospital sekarang ni,"

"Hah? Biar betul ni, boleh tahu tak hospital mana?"

Segera Tengku Elvia maklumkan keberadaan kakaknya di hospital. Faqrul yang sudah selesai bercakap dengan Tengku Elvia segera menapak keluar dari tempat kerjanya. Dia perlu menemui kesayangannya. Inilah masanya dia mengambil berat supaya hati Tengku Arissya terbuka untuknya.

"Siapa call?"

"Faqrul," balas Tengku Elvia.

'Cis! Jantan tu mesti datang sini. Sebab tadi Elvia bagitahu alamat hospital ni, aduh.. masalah ni!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Hampir setengah jam mereka di situ, sempat mereka bertiga berbual-bual. Faqrul masih belum sampai ke hospital, mungkin jalan jammed.

"Macam mana akak boleh pengsan kat ofis abang?" Soal Tengku Elvia.

"Dia datang jumpa abang dalam keadaan emosinya tak stabil. Dia sangat marahkan abang," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Marah? Kenapa akak marahkan abang?"

"Pertamanya sebelum dia masuk ke bilik ofis abang, dia dengar perbualan abang dengan Hud,"

"Perbualan apa yang mengundang kemarahan kakak?"

"Abang tipu dia amnesia, sedangkan abang tak pernah pun hilang ingatan,"

"What?"

"Selama ini abang tak pernah pun hilang ingatan Elvia, abang tipu semua orang, termasuklah Hud juga," balas Tengku Harith Zaqwan. Biarlah dia jujur dengan Tengku Elvia.

"Kenapa abang sanggup buat semua ni? Dah tentulah akak marah,"

"Abang ada alasan tersendiri Elvia, kalau abang jelaskan pun tak siapa akan faham,"

"Jadi abang harap biarlah hanya abang je tahu apa yang sedang abang lakukan ni, abang juga berharap Elvia tak bagitahu sesiapa pasal ni," sambung Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi kenapa?"

"Jangan tanya sebabnya Elvia," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Hmm tapi cara abang tetap salah. Abang tak sepatutnya tipu akak, abang tahu tak Elvia yakin akak sebenarnya masih sayangkan abang. Cuma dia ego untuk mengakui,"

"Sayang mana pun Arissya pada Abang Harith, sayang lagi Abang Harith pada dia,"

"Tadi abang kata akak datang jumpa abang dalam keadaan marah, apa sebab pertama kedatangan kakak?" Soal Tengku Elvia.

"Sebab yang utama mesti ada kaitan dengan Dania,"

"Dania? Apa kaitannya dengan Dania, bukan Dania dah balik Langkawi selepas settle urusan majlis perkahwinan Elvia ke?"

"Untuk pengetahuan Elvia, Dania ada kat sini, rumah kawan baiknya Uyu,"

"Eh kejap, peninglah. Apa sebenarnya yang jadi?" Soal Tengku Elvia. Tengku Harith Zaqwan menceritakan segala-galanya dari awal.

"Ya Allah.. jadi Dania suka abang?"

"Betul, itu abang yakin.."

"Jadi mungkin Dania kecewa, so dia luahkan perasaan kecewa dia tu pada Kak Arissya. Sebab pagi tadi akak bagitahu dia masuk ofis lambat,"

Tengku Harith Zaqwan terkedu, dia langsung tidak menyangka hal itu terjadi. Apalah agaknya yang sudah Dania bagitahu bekas isterinya itu.

"Ada kemungkinannya betul,"

"Mesti Arissya anggap abang permainkan hati dan perasaan Dania, sedangkan abang anggap dia cuma sebagai adik," sambung Tengku Harith Zaqwan.

"Elvia yakin sebab itulah punca kemarahan akak,"

"Elvia apapun yang jadi, Abang Harith sayangkan Arissya. Apapun yang abang lakukan semuanya demi Arissya," balas Tengku Harith Zaqwan.

Jari jemari Tengku Arissya bergerak perlahan. Dia terbatuk-batuk. Tengku Elvia mendekati kakaknya, begitu juga dengan Tengku Harith Zaqwan.

"Arissya, you macam mana. Okay tak?"

"Kau buat apa kat sini?" Soal Tengku Arissya marah. Dia memandang Tengku Harith Zaqwan dengan penuh kebencian.

Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Semua mata memandang ke arah itu. Terkedu. Faqrul rupanya.

"Arissya, you macam mana? You sakit apa ni?"

Faqrul memang tak ada adab. Masuk sesuka hati dia, dah macam Tengku Arissya tu isteri dia.

"I okay, thanks datang sini.."

"Kenapa you sampai boleh pengsan, you sakit kepala lagi ke? Siapa buat you macam ni?" Soal Faqrul menunjukkan kekhuatirannya melebihi Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya mengalihkan pandangannya pada Tengku Harith Zaqwan.

Faqrul menoleh ke arah Tengku Harith Zaqwan, tidak semena-mena pipi itu ditumbuk. Ada lelehan darah ditepi bibir itu. Tengku Harith Zaqwan memejamkan matanya seketika. Mana mungkin dia lupa tumbukan itu.

"Sebab kau Arissya jatuh sakit!" Marah Faqrul. Hud Mikail terkedu. Dia mahu membela abang sepupunya. Namun dada itu disekat oleh Tengku Harith Zaqwan agar tidak mara.

"Kau tu apahal nak jadi hero? Kau tahu tak kedatangan kau tak diundang. Kau ingat kau tu penting sangat ke dalam hidup Arissya?" Marah Tengku Harith Zaqwan.

Sebelum sempat Faqrul menjawab, Tengku Arissya lebih dulu menjawab.

"Faq penting dalam hidup aku Harith. Kau tahu sebab apa?"

"Dia tak hipokrit macam kau! Dia jujur. Dia tak pernah sakitkan hati aku macam kau sakitkan hati aku. Dia lelaki yang baik dan sangat memahami aku," sambungnya. Hud Mikail dan Tengku Elvia terkedu.

Faqrul tersenyum sinis, "Kau dengar kan apa yang Arissya cakap tadi tu.. so, kau ke aku yang perlu pergi dari sini sekarang?"

"Kau dengar sini Faqrul. Aku sayangkan Arissya, kalau kau khianati dia sampai kiamat pun aku takkan maafkan kau.."

"Aku boleh pergi, tak apa. Aku mengalah. Sebab aku tak nak Arissya sakit, tapi ingat apa yang aku cakapkan tu!" Balas Tengku Harith Zaqwan sedih. Dia berlalu bersama hati yang kecewa.

Hud Mikail juga ikut serta keluar dari bilik wad itu.

"Akak tak sepatutnya cakap kat Abang Harith macam tu,"

"Biarlah, biar dia tahu sakitnya perasaan ni," balas Tengku Arissya marah.

Faqrul senyum sinis. Dia suka mendengar semua ini. Rancangannya pasti akan berjaya. Dia akan buktikan pada bosnya, yang dia akan dapat memiliki Tengku Arissya tidak lama lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience