Rate

BAB 219

Romance Series 197165

"Lepaskan Remy!" Pinta Sharleez keras memberi arahan, namun matanya AWAS memerhati gerak-geri Gee yang sedang memaut leher Remy dan mengacukan picu pistol ke arahnya.

Gee ketawa, "Tak sangka kau datang sini juga.."

"Leez kau tak patut datang sini!" Jerit Remy bersama sejuta debaran. Kini dia pasrah. Jika dia menemui ajalnya malam ini, mungkin itu sudah ketentuan takdir.

"Aku datang demi rasa tanggungjawab. Kau sebahagian dari kami. Mak kau. Mak kau sangat perlukan kau.." ucap Sharleez mengingatkan Remy pada emaknya.

"Owh.. jadi kau yang culik mak Remy sebelum aku? Patutlah aku cari tak jumpa. Memang tak guna!" Jerit Gee marah.

"Aku tak culiklah bodoh! Aku jaga dia supaya dia tak jatuh ke tangan kau manusia iblis!"

"Arrgghh! Kau ni memang nak mati ditangan aku malam ini!" Tengking Gee kuat. Dia mudah panas. Dia ibarat bara api, sekali nyalaannya membara. Dia akan meradang gila.

Sharleez tersengih sinis, "Aku ada sembilan nyawa, satu pun masih belum terusik. Kau nak bunuh aku? Jangan mimpilah!"

Gee marah, dia seakan ingin menekan picu pistol itu ke arah kepala Remy.

"Kalau kau tak mati biar Remy yang mati malam ni. Settle!"

Wajah Sharleez semakin tegang, dia risau jika lelaki dihadapannya bertindak gila.

"Jangan! Kau tak boleh bunuh Remy. Remy tak boleh mati!"

Gee ketawa terbahak-bahak, "Kau ni memang gila!"

Sharleez cuba mencari akal, dia mahu mematahkan kekuatan Gee. Berusaha mencari kelemahannya. Matanya dalam diam AWAS memandang disekelilingnya. Dan dia temui ranting kayu yang agak besar saiznya. Mungkin dia boleh mengangkat naik ke udara ranting itu, lalu dihalakan pada Gee. Mungkin ranting sebesar itu tidak akan membuatkan Gee terjatuh, tapi setidaknya fokusnya akan hilang. Waktu itu dia akan lawan sehabis mungkin.

"Kau tengok ni! Kau tengok ni betina!" Jerit Gee kuat sambil mengacukan picu pistol ke arah Remy.

"Sekejap!" Ucap Remy.

"Apa lagi?"

"Leez aku nak kau bagitahu mak aku, aku sayang dia. Sampaikan salam sayang dan kemaafan aku pada mak aku ya.."

Sharleez hanya diam membisu, perasaannya sedikit goyah. Hakikatnya dia manusia biasa yang juga punya rasa takut. Tapi dia tidak akan membiarkan Remy mati sama seperti bekas teman lelakinya. Dia akan menyelamatkan nyawa lelaki itu. Dan segalanya sudah dia serahkan pada Allah.

"Banyak pula drama kat sini. Sepatutnya kau ucap selamat tinggal ke apa baru betul," sampuk Gee sudah bersedia menembak kepala Remy.

Sharleez sudah bersedia dengan segala kemungkinan, jika dia terlambat bertindak pasti buruk padahnya.

"Satu, dua.... ti...."

Sebelum sempat Gee menekan picu pistolnya sepantas kilat Sharleez mengangkat ranting kayu itu menggunakan kakinya sekuat tenaga, lalu diarahkan tujuannya pada Gee. Lelaki itu terdorong ke belakang dan melepaskan sasaran tembakan ke udara.

"Berlindung Remy!"

Remy berlari menyembunyikan dirinya berdekatan motorsikal berkuasa tinggi milik Sharleez.

Sharleez pantas bertindak dengan menendang dada itu kuat. Gee terjatuh terlentang, namun satu hal yang membuatkan Sharleez terlupa. Ditangan Gee masih tergenggam pistol.

Gee berpusing ke depan sepantas kilat dan menekan picu pistolnya. Jelas bunyi tembakan dilepaskan. Satu peluru sudah menembusi isi daging dibahagian lengan Sharleez. Dia mengaduh sakit.

"Leez!"

Remy mara ke hadapan, dia mahu membantu. Namun sifat kebinatangan Gee lebih buas menyebabkan dia menembak Remy juga dibahagian kaki. Remy terjatuh. Lumpuh pergerakannya.

"Arggghhh..."

"Kenapa kau datang bodoh!" Jerit Sharleez geram.

"Aku nak selamatkan kaulah!"

"Bijaklah sikit dalam bertindak. Bukan waktu yang tepat!" Marah Sharleez. Kini keduanya tewas kerana Gee sudah berdiri dan mengacukan pistol ke arah mereka berdua sambil tersengih.

Gee kemudiannya ketawa, dia fikir dia sudah berjaya menangkap Remy dan Sharleez. Tapi dia silap apabila tiba-tiba peluru timah mengenai terus ke bahagian jantungnya. Dia akhirnya terjelepuk jatuh.

"Kau?" Soal Sharleez terkedu. Membulat matanya.

"Imposibble!" Sambung Sharleez.

Remy hanya diam membisu. Dia tidak mengenali lelaki itu. Tapi jelas lelaki itu handal, sasarannya tepat mengenai jantung milik Gee.

Sharkief yang baru muncul disitu mara ke hadapan, sangkanya lelaki itu yang ingin membunuh Remy dan Sharleez. Dia siap mengacukan pistol dikepala lelaki itu. Lelaki itu hanya diam saja.

"Kief jangan!"

"Dia yang tolong bunuh Gee. Aku kenal siapa dia.." sambungnya. Sharkief mengangguk perlahan.

"Kau okay, Leez?"

"Sikit saja ni," ucap Sharleez sambil tersenyum walaupun dibahagian lengannya sudah berbalut akibat ditembak Gee.

"Satu peluru tidak akan melukai gadis idaman aku ni. Aku tahu kau bukan gadis biasa," balas lelaki itu sambil mengukir senyum memandang Sharleez.

"Adrian Smith bukan ke kau dah...."

"Aku masih hidup. Semua orang sangkakan aku dah mati, tapi memang itulah yang aku nak. Kalau tak bahaya untuk diri aku.."

"So, kau buat apa kat Malaysia?"

"Aku cari cinta aku. Aku cari kau. But actually, Rubina Elizaberth minta aku ke sini.."

"Adrian jangan mulakan. Owh.. kau kenal Rubina Elizaberth?"

"Sepupu aku. Suaminya nama Darius.."

"Owh.. I know. Best friend tuan aku, Tengku Harith Zaqwan.."

"Yup, tapi kau tak boleh bagitahu kehadiran aku ke sini.."

"Kenapa?"

"Kalau tak tentu tuan kau tak nak aku tolong. Darius yang minta aku ke sini. Dia tahu segala perancangan tuan kau tu. Dia buat semua ni demi persahabatan.."

"Macam mana dia boleh tahu?"

"Hud Mikail menceritakan semuanya pada Darius.." balas Adrian Smith. Sharleez mengangguk faham.

Kehadiran Adrian Smith mungkin akan banyak membantu tuannya. Lelaki yang sedang berada disebelahnya itu bukanlah calang-calang orang. Dia handal bertumbuk dan menembak tepat pada sasarannya itu sudah menjadi makanannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience