Rate

BAB 203

Romance Series 197233

"Mak aku macam mana?" Soal Remy.

"Mak kau ada masalah kesihatan, aku tinggalkan dia dihospital untuk rawatan," balas Sharkief.

"Tapi macam mana kalau anak buah bos aku tahu pasal mak aku? Dia tentu..."

"Bunuh mak kau?"

Remy mengangguk perlahan.

"Anak buah bos kau sorang lagi tu tentu Gee kan?"

"Dari mana kau tahu?"

Sharkief tersengih sinis, "Aku tahulah."

"Kau tahu tak, kalau bukan sebab tuan aku mak kau tu takkan selamat. Gee mesti cari mak kau dan bunuh dia," sambungnya.

"Sampai bila kau nak kurung aku kat sini? Tolong lepaskan aku!" Pinta Remy supaya dilepaskan.

"Jangan harap kau akan dibebaskan sebelum kau bertanggungjawab di atas semua perbuatan jahat kau!"

"Tapi aku tak nak masuk penjara!" Jerit Remy kuat.

Sharkief ketawa sinis, "Buat jahat tapi tak nak masuk penjara? Mustahil tu Remy."

"Tolong lepaskan aku. Aku nak jumpa mak aku.."

"Boleh tapi ada syaratnya," ucap Sharkief.

"Apa syaratnya?"

"Tunggu tuan aku datang sini, dia akan bagitahu kau.."

Tengku Harith Zaqwan masih kekal sabar melayani kerenah Tengku Qistina yang begitu merimaskannya.

"Hello, kau pergi mana? Aku call tak jawab!" Marah Tengku Qistina. Faqrul bergagap-gagap menjawabnya.

"Sorry bos, aku busy kerja.."

"Ada apa kau call aku ni bos?" Sambungnya bertanya.

"Aku nak kau jaga rumah aku sepanjang aku tak ada. Mungkin aku kat sini dalam dua tiga hari lagi kut," pesan Tengku Qistina.

"Bos buat apa kat sana lama-lama? Ke bos dengan buah hati ehem-ehem..."

"Kenapa kau punya otak blue sangat ni? Aku datang sini bercuti, bukannya buat benda tak senonohlah bodoh!"

Kotor betul pemikiran Faqrul, tak pasal-pasal kena basuh dengan Tengku Qistina.

"Err.. sorry bos, aku terlepas cakap.."

"Eh, dahlah!"

"Malam ni kau tidur rumah aku sampai aku balik dari Langkawi," sambungnya.

"Gee mana bos?"

"Gee tengah cari Remy,"

"Remy? Kenapa dengan Remy bos?"

"Remy hilang!"

"Hilang?"

"Dia cakap dengan aku nak balik kampung. Tapi tak ada pun dia dekat sana. Mak dia pun tak ada," balas Tengku Qistina.

"Ni yang aku risau bos, kalau dia dah kena tangkap polis macam mana?"

"Mulut kau tu jaga sikit ya. Remy tu bijak, tak macam kau bodoh. Aku minta buat kerja senang pun tak boleh harap!" Marah Tengku Qistina.

"Aku bukannya tak boleh harap bos, cuma belum tiba masanya aku nak beraksi,"

"Cakap besar kau ni. Dahlah, ni haa.. ingat pesan aku. Kau kena pastikan pintu bilik aku tu selalu terkunci. Jangan biarkan sesiapa masuk. Faham!"

"Faham bos! Aku akan...."

"Hello bos! Bos!" Tiba-tiba panggilan telefon ditamatkan oleh Tengku Qistina.

"Kenapa ni sayang? Cakap dengan siapa tadi?" Soal Tengku Harith Zaqwan yang tiba-tiba muncul di situ.

"Err... Owh I cakap dengan pekerja I, dia call I tanya pasal kerja.."

"Pasal kerja? Eh, dia tak tahu ke yang kita tengah bercuti. Kacau daun ajelah!" Balas Tengku Harith Zaqwan buat-buat marah. Sebenarnya tadi dia sempat dengar perbualan itu.

Jadi bukti yang dia cari ada dalam bilik Tengku Qistina. Tak sabar rasanya dia mahu mendapatkan bukti itu.

"You janganlah marah sayang. Pasal kerja tu I dah settle dengan pekerja I tu. So, now jom kita breakfast okay. I laparlah," renggek Tengku Qistina.

"Okay, jom!"

Sekejap saja lagi Tengku Harith Zaqwan akan meminta supaya Sharleez bersedia. Malam ini dia perlu beraksi, untuk mendapatkan bukti yang dia cari selama ini.

Tengku Emir Danish menerima panggilan daripada Tengku Delisha pada pagi itu. Dia sangkakan isterinya yang menelefonnya.

Setiap kali dia mengenangkan apa yang berlaku pada malam itu, darahnya naik. Kalau bukan kerana Tengku Harith Zaqwan sudah pasti dia akan membuat perhitungan dengan perempuan itu.

"Hai sayang!"

Terjengul wajah Tengku Delisha dihadapan pintu bilik ofisnya. Terkedu Tengku Emir Danish melihatnya. Cepat betul perempuan itu ke ofisnya.

"Buat apa kau datang sini?" Marah Tengku Emir Danish.

"I nak jumpa youlah," balas Tengku Delisha menapak menghampiri lelaki pujaannya.

"Kau ni memang tak tahu malu!"

"Yup, sebab I cintakan you sayang.." balas Tengku Delisha selamba.

"Aku tak pernah jumpalah perempuan sebodoh kau dalam dunia ini. Dah tahu orang tak nak, yang terhegeh-hegeh tu kenapa hah?"

"Tak kisahlah you nak cakap apapun Emir, I still cintakan you. I sanggup tau bermadu. I datang sini pun nak bincang pasal kita," balas Tengku Delisha.

"Enough Delisha!"

"Kau keluar sekarang!" Jerit Tengku Emir Danish marah.

"Emir pleaseeee..."

"Keluar!" Jerit Tengku Emir Danish kuat.

Tengku Delisha akur, dia terpaksa keluar dari bilik ofis Tengku Emir Danish.

"Tak apa Emir, aku takkan putus asa selagi tak dapat kau!" Ucap Tengku Delisha tersenyum sinis. Dengan apa cara sekalipun, dia akan berusaha mendapatkan cintanya semula.

Jika salah seorang daripada mereka harus mati, dia juga tidak kisah. Dia mahu menjadi seperti kakaknya yang begitu berani. Buktinya kakaknya sendiri sudah kembali mendapatkan Tengku Harith Zaqwan.

Tapi dia perlu berbincang dengan kakaknya terlebih dahulu, untuk merancang perancangan lain yang lebih teliti. Dia yakin kakaknya pasti akan dapat membantunya.

Jam sudah menunjukkan pukul dua petang. Tengku Harith Zaqwan yang sudah kembali ke biliknya segera menghubungi Sharleez.

"Boleh tuan, no problem."

"Bagus! Sekejap lagi aku akan hantar lokasinya. Tapi ingat, kau tetap kena berhati-hati. Di sana ada Faqrul,"

"Baik tuan!"

"Tapi pastikan kau minta kebenaran daripada Tengku Arissya dulu," pesan Tengku Harith Zaqwan.

"Rasanya tidak perlu tuan. Aku akan melakukan kerja ini jam dua tiga pagi. Waktu pagi macam ni biasanya penghuni rumah ni sudah tidur," balas Sharleez.

"Baiklah, tapi kau tetap kena berjaga-jaga. Jangan sampai ada yang syak.."

"Baik tuan!"

Sharleez senyum setelah menamatkan panggilan itu, dia tidak sabar mahu beraksi pada malamnya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan bukti itu secepat mungkin. Peluang yang dia miliki tidak akan dia sia-siakan begitu saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience