Rate

BAB 62

Romance Series 197233

"So, anak kita tu memang nak tangguhkan perkahwinan dia dengan Tengku Elvia?" Soal Datuk Qaid tergamam bila mendengar penjelasan daripada isterinya. Baru hari ini Datin Falida sempat bercakap dengan suaminya.

"Dah itu yang Emir nakkan, I sebagai ibu dia ikut ajelah. Asalkan anak kita tu bahagia.."

"Tapi you tak rasa ke yang semua tu membazir masa aje. Tidak ada salahnya kalau Emir tu kahwin dulu, lepas dah kahwin pun boleh handle syarikat kita," balas Datuk Qaid seakan tidak bersetuju dengan penangguhan perkahwinan itu.

"Entahlah, perkara ni pun dah ada kata putus. I pun malas nak cakap lagi.."

"You pun satu Falida, tak bincang dengan I dulu sebelum bersetuju dengan kemahuan Emir tu," balas Datuk Qaid seakan menyalahkan isterinya.

"I bukannya tak nak bincang dengan you sebelum buat keputusan, tapi tulah si Emir tu beria-ria nak fokus kerja dulu. Katanya nak bantu you. Elvia tu pun sekarang busy dengan kerja bantu Mustaqim," balas Datin Falida.

Datuk Qaid melepaskan keluhan kecil, "Hmm.. yelah apa boleh buat keputusan dah diberi. Tak apalah, tapi janganlah pula ambil masa yang lama untuk dia orang kahwin. I tak nak kisah lama berulang lagi.."

"You janganlah risau Qaid. I dah pesan awal-awal dengan Emir tentang perkara tu.."

"Kalau macam tu baguslah. Owh.. ya dari tadi I tak nampak kelibat anak kita tu, mana dia?" Soal Datuk Qaid.

"Keluar dinner dengan Elvia, kejap lagi tu baliklah," balas Datin Falida yang sedang membelek-belek Majalah Wanita.

"Bila Emir nak masuk ofis? Jawatan tu dah lama kosong.."

"Tadi Emir bagitahu I esok dia akan masuk ofis. I rasa Emir shopping sekali tu pergi beli baju kerja," balas Datin Falida.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience