Rate

BAB 261

Romance Series 197233

"Okay, I ni dulu Elvia orang kepercayaan arwah Tengku Suria. So, I pernah ditugaskan untuk jaga tuan kejap. I balik ke Malaysia, waktu tu tuan masih belajar di universiti..."

"Owh.. patutlah you rapat dengan Abang Harith, dah lama kenal rupanya.." balas Tengku Elvia.

"Ya, ramai yang tak tahu I ni sebenarnya siapa. Dulu I ada kat luar negara. Tolong jaga rumah arwah di sana..."

Tengku Elvia mengangguk faham.

"Time I jaga tuan tu, adalah satu kes tuan ditumbuk sampai berdarah. So, I cari tahu siapa pelakunya. Dah memang tugas I untuk melindungi dia.."

"Siapa tumbuk Abang Harith?"

"Airel Azumi.."

"What? Sebab apa?"

"I mula siasat pasal tu, rupanya sebab berebut perempuan..."

"Abang Harith berebut perempuan? Hisyh, dahsyat!"

"Elvia I belum habis cakap lagi.."

"Okay sorry.."

"Dia macam ni, bermulanya pergaduhan tu sebab kat university tu ada sorang perempuan ni, perempuan ni memang cantiklah. Nama dia Riesya. Dia jadi kegilaan ramai lelaki, antaranya Airel Azumi tu. Memang Airel tu tergila-gilakan Riesya.."

"Owh okay... So, apa kaitan dengan Abang Harith dan pasal yang kes bertumbuk tu?"

"Perempuan tu sukakan tuan I, Harith. Dia pantang nampak Harith mesti nak dekat. Nak godalah apa, Harith pula rimas. Dia bukannya jenis suka melayan..."

"Owh.. lepas tu apa jadi?"

"Jadi si Airel ni dia salah anggap, dia fikir yang Harith sukakan Riesya. Nak rebut Reisya dari dia. Start dari situlah Airel bermusuh dengan Harith, dia pukul Harith sampai berdarah gara-gara cemburu..."

"Ya Allah kesiannya. Airel tu pun nak cemburu apanya, Abang Harith mana layan si Riesya tu. Hisyh!" Marah Tengku Elvia geram.

"I tak berdiam diri, I jadi pelindung pada tuan I. I jaga dia seperti yang diamanahkan oleh Tengku Suria. Sebab Airel tu orangnya panas baran, time dia tak mengamuk memanglah, cuba kalau dia mengamuk mesti akan tahu perangai dia sebenar.."

"So, you jaga Abang Harith time tulah ya? Sampai bila? Settle ke salah faham tu..."

"Salah faham tu sampai ke hari ini, dan ada lagi yang lebih dahsyat terjadi tau.."

"Apa dia?"

"Disebabkan Harith tak layan Riesya, Riesya kecewa. Dia menghancurkan masa depannya sendiri. Dia ke club, pergi malam pagi baru balik. Minum minuman syaitan. Sampai satu hari tu ditakdirkan Riesya kemalangan dalam keadaan dia mabuk. Dia meninggal di tempat kejadian. Kemalangan yang sangat ngeri, keretanya terbakar.."

"Ya Allah..." Tiba-tiba Tengku Elvia rasa sebak.

"Masa kemalangan tu, dikatakan sebelum kemalangan tu Riesya ada jumpa dengan Harith, jadi benda ni makin rumit. Bila Airel dapat tahu dia salahkan Harith atas kematian Riesya. Dan sampai ke hari ni dia berdendam dengan Harith. Dia menganggap yang si Harith tu penyebab kematian Riesya..."

"Lepas Riesya meninggal, Airel tu masih belajar ditempat yang sama ke dengan Abang Harith?"

"Tak, Datuk Iqbal hantar Airel study luar negara..."

"Tapi salah faham tu masih berlanjutan sampai ke hari ini ke?"

"Masih berlanjutan.."

"Nasib baik Abang Harith tak ada kat sini, kalau tak nahaslah dia dikerjakan si Airel tu..."

"Yup, I pun tak boleh bayangkan kalau itu yang terjadi.."

"Airel tu jenis panas baran ke?"

"I tak tahu details, tapi ramai kawan dia cakap yang dia jenis panas baran.."

"Kalau macam tu bahayalah Kak Arissya berkawan dengan dia," balas Tengku Elvia mula risaukan kakaknya.

"Tak tahulah sejauh mana Airel tu sekarang, mungkin dulu aje kut dia ada sifat panas baran tu. Sekarang dia dah berubah ke siapa tahu kan..." Jawab Sharleez.

"Eh, kejap! Hmm.. Ariel tak kenal you ke?"

"Tak, sepanjang I melindungi tuan I.. I melakukan penyamaran. So, dia tak kenal I ni siapa.."

"Kenapa you sampai menyamar bagai ya?"

Sharleez tersengih, "I ni ibarat sesumpah Elvia, akan selalu bertukar warna. Kerja macam I ni silap hari bulan boleh melayang nyawa. Ke mana pun I pergi, I kena sentiasa berwaspada.."

"Owh okay I faham.. hmm tapi kan Leez, apa yang merisaukan I sekarang ni takut akak I tu buka pintu hati dia untuk Airel..."

"Hmm entahlah, I pun tak tahu nak cakap apa tapi memang mereka nampak mesra tadi. Nampak gayanya tuan I terpaksa kuburkan niat dia nak berjuang untuk dapatkan akak you tu.."

"I sakit hati betullah dengan Abang Harith tu, dah kata cinta kat akak I tapi dia still kat luar negara. Entah apalah dengan dia tu.."

"Bukan you aje tak faham, I ni pun tak tahu nak cakap apa. Tuan I tu tak boleh di duga. So, kita tengok ajelah wayang yang tengah hot sekarang ni.."

"Yup, tengok ajelah..."

"Tapi yang Elvia pelik ni, dia tak tahu ke yang akak dah kahwin eh? Dan siapa bekas suami akak tu.."

"Setahu I, semua orang tahu yang Arissya pernah berkahwin tapi tak semua tahu siapa bekas suaminya... Mungkin Airel tak tahu.." balas Sharleez.

"Oh my God! Kalaulah Airel tahu yang Abang Harith bekas suami Kak Arissya, tentu berlaku perang dunia ketiga..."

"I tak rasa dia tahu, maybe Arissya tak bagitahu. But one day, I tak tahulah macam mana kan.."

"Elvia sorry, I have to go now. Suami I tu pun dah cari I. Apapun kita discuss kemudian kalau ada apa-apa. You just call me..." Ucap Sharleez. Tengku Elvia mengangguk faham.

"Okay. Thanks Leez!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience