Rate

BAB 285

Romance Series 197165

"Abang, wait!"

"Why dear?" Soal Tengku Harith Zaqwan kembali berpaling ke belakang.

Tengku Arissya membetulkan tali leher suaminya.

"Senget abang pakai nektai, macam mana nak handsome ni.." ucap Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Kalau abang handsome, takut orang tu pula cemburu..."

"Mestilah, abang tu milik Arissya. Suami Arissya.."

"Abang setia dengan sayang je. Tak ada pun nak berlaku curang dekat kekasih hati abang ni," jawab Tengku Harith Zaqwan.

"Good, love you!" Ucap Tengku Arissya nakal, siap cium pipi suaminya.

Tengku Harith Zaqwan senyum sambil berkata, "Kalau hari-hari macam ni kan, abang boleh kena diabetes. Sayang sweet sangatlah..."

"Abang ni, dah lewat kan. Pergi kerja drive elok-elok tau..."

"Seganlah tu abang cakap macam tu.." ucap Tengku Harith Zaqwan. Kali ini Tengku Arissya senyum.

"Okaylah, abang pergi kerja dulu ye. Rehatlah puas-puas, esok sayang dah start kerja.."

"Okay bos!" Balas Tengku Arissya yang sudah menyalami tangan suaminya.

Tengku Harith Zaqwan yang ada mesyuarat pada pagi itu, bergegas turun ke tingkat bawah tanpa sarapan pagi. Memang pagi itu dapur tak berasap. Kereta Tengku Elvia juga sudah tidak kelihatan di garaj kereta.

Tengku Afiera sudah menapak ke katilnya, merebahkan tubuhnya seketika untuk berehat. Sekejap lagi dia akan keluar beli nasi lemak berdekatan rumahnya, lagipun hanya dia sorang yang ada dirumah.

Tengku Harith Zaqwan sudah memulakan kerjanya pada pagi itu, dia nampak busy. Sedang asyik membelek fail-fail yang berlambak di atas mejanya. Ada fail-fail yang perlu dia tandatangani juga pada hari itu.

Ketukan pintu mengejutkan Tengku Harith Zaqwan, namun dia tenang berkata, "Masuk!"

"Sorry bro kacau kau, aku nak minta cuti emergency hari nie boleh tak?" Ucap Hud Mikail, wajahnya nampak cemas.

"Kau nampak cemas ni, apa jadi ni?"

"Isteri aku accident," ucapnya. Terbeliak mata Tengku Harith Zaqwan, dia langsung tidak menyangka Iris Ariana kemalangan. Dia sudah bingkas bangun dan menghampiri Hud Mikail.

"Kat mana isteri kau sekarang?"

"Hospital, aku baru nak gerak pergi sana.."

"Owh.. okay kau pergilah cepat tengok isteri kau. Kau kena ada dengan dia.."

"Tapi anak aku macam mana? Dia masih kat nursery, aku takut tak sempat nak ambil.."

"Aku tolong ambil, nanti aku hantar anak kau minta Arissya jagakan. Dia belum masuk ofis lagi hari ni.."

"Okay thank's Harith.."

"Welcome, nanti send location nursery anak kau tu. Okay, go...." Ucap Tengku Harith Zaqwan khuatir.

Hud Mikail seperti kehilangan arah bila dengar isterinya kemalangan, suami mana yang tak risau. Apalagi kesayangan hati. Dia berharap semuanya akan baik-baik saja.

Tengku Harith Zaqwan menelefon isterinya, fokusnya langsung hilang mendengar berita itu. Kalau tak disebabkan dia ada meeting sekejap lagi, dia tentu akan ke hospital juga.

"What? Bila abang?"

"Abang tak tahu details, tapi Hud dah ke hospital sekarang..."

"Abang risau pula Arissya dengar. Harap semua okay..."

"Abang pun harapkan benda yang sama. Tapi abang kena ambil anak Hud kat nursery nanti, lepas meeting rasanya sempat kut.."

"Abang don't worry, Arissya tolong ambilkan Dhel, abang fokus meeting okay.."

"Tak menyusahkan sayang ke?"

"Abang Arissya kan tak ada buat apa-apa, so biar Arissya ambil Dhel dan jaga dia. Bawa dia balik rumah dulu.."

"Alright dear. Thank's. Kejap lagi kalau Hud dah send location abang bagi sayang..."

"Welcome, okay abang..."

Perbualan mereka tamat di situ. Tengku Harith Zaqwan kembali fokus pada kerjanya sebelum masuk meeting.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience