Rate

BAB 46

Romance Series 197165

Tengku Elvia sudah tidak sabar menanti kepulangan seseorang. Matanya melilau mencari kelibat sebatang tubuh itu.

"Hai Miss Tengku Elvia. Cari siapa tu?" Sapa satu suara dari arah belakang. Tengku Elvia berpaling ke belakang, dia terkedu. Atas bawah dia meneliti sebatang tubuh itu. Terutamanya dibahagian kedua belah kaki lelaki itu.

"Tengku Emir Danish?"

"Suprise!"

"I really happy, kaki you dah sembuh sepenuhnya.." balas Tengku Elvia. Tengku Emir Danish senyum.

"How are you dear?"

"Alhamdulillah, i'm fine.." balas Tengku Elvia.

"Masih sama I punya buah hati, cantiklah!" Puji Tengku Emir Danish.

"You tu pun makin handsome, dah jadi Abang Sado kut.."

Selama 4 tahun Tengku Emir Danish berada diluar negara. Dia ke sana untuk membuat rawatan susulan kakinya akibat kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh. Dia juga ke sana menyambung pengajiannya dalam bidang perniagaan. Kini dia kembali semula ke Malaysia untuk menunaikan janjinya pada Tengku Elvia. Dia akan mengahwini gadis itu.

Tengku Elvia merupakan anak kawan baik papanya. Mereka saling mengenali apabila Tengku Elvia ke rumahnya kerana ada majlis makan malam. Datuk Mustaqim yang meminta Tengku Elvia berkawan dengannya. Sewaktu itu dia tidak stabil emosinya, dia menjadi seorang lelaki pembengis. Suka marah-marah. Tengku Elvia yang selalunya terkena tempiasnya. Namun gadis itu tetap sabar berkawan dan melayaninya. Kehadiran Tengku Elvia telah menjadikan dirinya seorang lelaki selembut daun yang santun. Gadis itu telah banyak mengubah hidupnya. Membangkitkan semangatnya yang hilang. Kasih sayang, kesabaran dan kesetiaan Tengku Elvia bersamanya telah membuatkan dia jatuh cinta pada gadis itu. Cinta yang luar biasa.

Dia masih ingat lagi sewaktu dia sakit, dia ditinggalkan oleh tunangnya sendiri Tengku Delisha. Tekanan makin menghempap jiwanya, dia semakin merasakan dirinya tidak berguna. Hanya Tengku Elvia yang sudi berkawan dengannya dan menjaganya sampai dia mampu bergerak. Namun.. untuk berjalan dengan sempurna dia perlu menjalani rawatan susulan ke luar negara. Atas kehendak keluarganya dan pujuk sayang Tengku Elvia dia akhirnya menerima cadangan itu, sekaligus menyambung pengajiannya dalam bidang perniagaan.

"Kenapa Tuan Emir senyap je ni. Okay tak?" Soal Tengku Elvia. Tengku Emir Danish tersengih. Wajah itu dipandang sayang.

"I'm okay dear. Cuma teringat kisah lama. I rasa agak sebak," balas Tengku Emir Danish.

"Yang lepas tu tak perlulah dikenang, lagipun dah banyak perubahan ada pada you. Kaki you pun dah okay sepenuhnya, dah boleh berjalan. I tumpang gembira untuk you.."

"Sebab youlah I sembuh. Kalau you tak hadir dalam hidup I belum tentu I akan sembuh macam ni. I ke luar negara pun sebab family I dan you yang pujuk, kalau tak mana mahunya I.." balas Tengku Emir Danish.

"Untuk sembuh kadang kita perlu melakukan pengorbanan, walaupun I tahu rindu tu menghiris kalbu.." ucap Tengku Elvia diiringi senyuman Tengku Emir Danish.

"Thank you so much dear for everything. I miss you. Thank you juga sudi jemput I. Papa you tahu tak mengenai kepulangan I ni?"

"You're welcome. Miss you too. Of courselah papa tahu. Jomlah I hantar you balik," balas Tengku Elvia.

"I belum nak balik sayang. I nak shopping di Mid Valley. Boleh?"

"Alright.. jom!" Balas Tengku Elvia. Dia memang sporting.

Dalam perjalanan ke Mid Valley Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia berbual-bual.

"You tahu tak papa dan mummy I outstation, so I duduk sorang ajelah kat rumah malam ni," ucap Tengku Emir Danish diiringi gelak tawa Tengku Elvia.

"Emir you tu lelaki, kalau duduk sorang kat rumah pun nak takut apa, kan Kak Qiah dan Pak Jalil pun ada tinggal sebumbung dengan you," balas Tengku Elvia.

"Tapi tulah tak sama. I tengah rindu dengan papa dan mummy I ni.."

"Manjanya dia. Mentang-mentanglah anak tunggal dalam keluarga. Mengada!" Balas Tengku Elvia diiringi gelak tawa Tengku Emir Danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience