Rate

BAB 186

Romance Series 197233

Datuk Mustaqim kembali ke ofisnya, Tengku Elvia terserempak dengan papanya.

"Papa!"

"Papa pergi mana? Kenapa tak hadiri meeting tadi? Tak cakap sepatah pun," sambungnya. Datuk Mustaqim tergelak kecil, dia perlu bijak menutupi semuanya.

"Owh.. papa ada hal kejap tadi, ikut kawan lama pergi jalan-jalan kat Melaka,"

"Hah? Kawan lama yang mana? Pelik semacam aje ni, kawan perempuan ke pa?" Soal Tengku Elvia.

"Taklah, kawan lelaki. Dia minta papa temankan dia. So, papa ikutkan saja permintaan dia tu.."

"Tapi papa langsung tak maklumkan pasal meeting tu, Kak Arissya yang ganti meeting tu.."

"Papa lupa, sorry! Tapi okaylah dah ada yang gantikan papa. Arissya tu tahu pasal isi kandungan meeting tu.. papa dah jelaskan,"

"Owh.. kita orang ingatkan papa kena culik. Ni papa dah ada, baik Elvia call kakak sekarang,"

"Eh, kenapa pula nak call kakak?" Soal Datuk Mustaqim.

"Maklumkan yang papa dah ada kat ofis. Akak keluar cari papa tahu tak," balas Tengku Elvia.

"Laaa.. yeke? Papa okay aje. Tak apa call ajelah Arissya bagitahu papa ada kat ofis ya. Papa minta diri dulu, papa ada nak settle kerja sikit,"

Datuk Mustaqim segera masuk ke bilik ofisnya. Sementara Tengku Elvia memaklumkan pada kakaknya yang Datuk Mustaqim sudah kembali ke ofis. Lega betul Tengku Arissya mendengarnya.

Dua tiga hari kemudian Faqrul menemui Datuk Mustaqim. Mereka sudah berjanji untuk bertemu.

"Uncle, maaf lambat sikit. Jalan jammed," sapa Faqrul. Mereka saling bersalaman.

"Tak apa, sila duduk.."

"Order nak makan apa, uncle belanja.." sambung Datuk Mustaqim.

"Eh, tak apa uncle. Biar saya yang belanja, lagipun jarang kita bertemu begini," balas Faqrul. Datuk Mustaqim hanya mengangguk perlahan.

Mereka berdua memesan makanan sebelum memulakan perbualan.

"Owh ya.. boleh uncle tahu kenapa Faqrul nak jumpa uncle? Siap nak uncle rahsiakan pertemuan ni daripada Arissya lagi tu,"

Faqrul tersenyum, "Sebenarnya saya ada hajat uncle, hajat yang begitu besar.."

"Owh.. apa hajatnya?"

"Biarlah saya berterus terang, saya sebenarnya dah lama sukakan Arissya, anak uncle tu.."

Datuk Mustaqim buat-buat terkejut, benarlah seperti yang bekas menantunya katakan. Dia meneruskan kembali lakonannya.

"Sejak bila?"

"Sejak lama dulu,"

"Tapi Faqrul tahu kan yang anak uncle tu dah pernah berkahwin,"

"Tentu saya tahu uncle, saya juga mengenali siapa bekas suaminya," balas Faqrul.

"Macam mana kenal?"

"Kami pernah saling bertemu, Arissya pun ada bercerita mengenai bekas suaminya walaupun tak banyak," bagitahu Faqrul.

"Owh.. ya uncle faham,"

Tiba-tiba pesanan mereka berdua sudah sampai, mereka berhenti seketika berbual-bual.

"Makan.." ucap Datuk Mustaqim. Sambil makan mereka berdua berbual-bual.

"Uncle macam mana, saya betul-betul sukakan Arissya. Saya nak melamar dia,"

"Soal hati dan perasaan ni seeloknya Faqrul bincang dengan Arissya,"

"Tapi uncle kan papa Arissya,"

"Maksud Faqrul?"

"Uncle papa Arissya. Tentu Arissya akan ikut kemahuan uncle,"

'Dasar jantan tak sedar diri! Dia ingat aku ni jenis bapa yang suka paksa anak,' desis hati Datuk Mustaqim geram.

"Uncle.. uncle.."

"Err.. owh.. walaupun uncle ni papa Arissya, tapi soal dia nak pilih siapa sebagai pasangan hidup dia tu uncle tak masuk campur," balas Datuk Mustaqim. Merah menyala muka Faqrul.

"Hmm.. maaf kalau Faqrul salah cakap tadi,"

"Tak apa, macam nilah Faqrul berbincang dulu dengan Arissya. Kalau dia setuju kita akan bincang tentang perkara ini," balas Datuk Mustaqim. Faqrul mengangguk faham.

Sebenarnya dia kurang bersetuju kalau mahu berbincang dengan Tengku Arissya. Dia bimbang gadis itu akan menolak cintanya. Tapi apakan daya.. dia terpaksa juga meluahkan rasa hatinya pada Tengku Arissya.

Selesai pertemuan itu Datuk Mustaqim memaklumkan pada Tengku Harith Zaqwan. Dia menceritakan semuanya.

"Terima kasih papa sudi bekerjasama dengan Harith, sekarang kami tengah kumpul bukti. Bila dah cukup bukti kami akan bawa mereka ke muka pengadilan.."

"Sama-sama. Itulah yang papa harapkan. Cuma papa risau akan keselamatan Arissya.."

"Tak perlu risau papa. Ada anak buah Harith yang selalu jaga Arissya. Kalau ada apa-apa jadi dia akan bertindak," balas Tengku Harith Zaqwan membuatkan Datuk Mustaqim berasa lega.

Malam esoknya Faqrul menelefon Tengku Arissya, dia mahu mengajak gadis itu makan malam. Sekaligus meluahkan isi hatinya, juga hasratnya mahu memperisterikan Tengku Arissya.

"Arissya mahu ke mana?" Soal Datuk Mustaqim.

"Arissya nak keluar kejap, ada hal.."

"Papa rasa semuanya dah settle kat ofis petang tadi,"

"Okay, biar Arissya jujur. Arissya nak jumpa Faqrul. Arissya dah menolak tadi tak nak keluar malam ni dengan dia, tapi dia kata ada hal penting. So, Arissya terima ajelah.."

Datuk Mustaqim terdiam seketika. Dia sudah dapat membuat andaian awal, sudah pasti ia berkait dengan soal perkahwinan.

"Okay Arissya boleh keluar dengan Faqrul, tapi jangan balik lewat malam.."

"Baik papa, thanks.."

"Sabarlah bos! Aku tengah tunggu perempuan tu. Dia mesti datang punya.."

"Kalau kau berjaya yakinkan Arissya itu bermakna kita sudah berjaya. Lagipun Datuk Mustaqim dah on, dia ikut keputusan anak dia, lagi senang kerja kita,"

Faqrul tersengih, "Ya betul tu bos. Aku akan cuba goda dia malam ni, biar dia terima lelaki macho ni sebagai suami dia.."

"Macho kepala otak kau, muka kau tu dahlah macam tayar lori!"

Faqrul masam mencuka apabila bosnya samakan muka dia macam tayar lori, "Alah.. okaylah macam tayar lori, bukan tangki najis. Bos tu muka macam tempayan budu,"

"Hey kau! Biadap betul dengan aku..."

"Helooo.. helooo!"

Faqrul tergelak besar, padan muka bosnya. Mengata dia nombor satu.

"Kak kenapa ni?" Soal Tengku Delisha.

"Err.. tak ada apa,"

"Nampak macam marah aje ni, marahkan siapa?"

"Tak adalah Delisha, ni nak ke mana?"

"Club, jom kak enjoy!"

"Wow interesting! Kejap akak bersiap.."

Faqrul sudah melihat kelibat Tengku Arissya. Segera dia bangun dan menapak ke depan menyambut gadis itu.

"Hai, thank you sudi datang," sapa Faqrul.

"Hai.. you're welcome," balas Tengku Arissya. Namun matanya tidak lepas pandang memandang suasana romantik disekelilingnya.

"Candle light dinner?"

"Tadaa... dinner special malam ni," balas Faqrul. Dia meminta Tengku Arissya duduk.

"Wow.. tak sangka," balas Tengku Arissya yang sudah duduk dikerusi berhadapan Faqrul.

"So, apa kata kita dinner dulu,"

"Alright,"

Selesai makan Faqrul menarik nafas panjang, matanya tertumpu pada seraut wajah cantik itu.

"What? Kenapa pandang I macam tu?" Soal Tengku Arissya. Dia tidak selesa dipandang begitu.

"Actually I nak cakap something yang penting dengan you,"

"Okay, apa dia?"

"Arissya actually I dah lama jatuh cinta dengan you. Sejak sebelum you kahwin lagi I dah sukakan you,"

Kali ini Tengku Arissya terkedu. Membulat matanya mengetahui kenyataan itu.

"I love you so much Arissya. I nak jadikan you sebagai teman hidup I. Jom kita kahwin," luah hati Faqrul.

Tengku Arissya cuba mencari keikhlasan dimata Faqrul tapi malangnya dia tidak menemuinya. Mata itu tidak sama dengan Tengku Harith Zaqwan, seakan keikhlasan itu tiada pada Faqrul. Terdiam seketika Tengku Arissya.

Jika ikut pada kata hatinya, cinta tidak pernah terwujud untuk Faqrul, langsung tiada. Kosong.

"Why you diam Arissya? I betul-betul cintakan you. I nak kahwin dengan you, pleaseee terima I.."

"I'm so sorry, I tak dapat terima you.."

"But why? Apa alasan you, kita dah lama kenal. Takkan you tak percayakan I yang I boleh bahagiakan you,"

"Ini bukan soal percaya atau tidak Faq, ini soal hati dan perasaan. I tak cintakan you. Hati ini bukan tercipta untuk you," Tengku Arissya sudah berterus-terang.

"But I really love you,"

"Sorry Faq, I tak boleh paksa hati I ni untuk cintakan you,"

"Sebab you masih cintakan Harith, begitu?"

"Faq I ni perempuan yang berstatus janda, so I rasa you boleh dapat perempuan yang jauh lebih baik daripada I. I yakin you akan jumpa orang yang tepat untuk you,"

"You menolak cinta I sebab rendah diri ke? Sebab you fikir you seorang janda?"

"Itu salah satu sebabnya, tapi sebab yang utamanya I tak cintakan you.."

"Tapi I cintakan you!"

"Cinta tak boleh dibangunkan tanpa ada rasa kasih sayang tu, I tahu penolakan ini mungkin membuatkan hati you kecewa tapi rasanya itu lebih baik daripada kita hidup berdua, sedangkan I mencipta jarak.."

"I tak kisah kalau terpaksa menunggu lama, sehingga hati you tu terbuka untuk mencintai I, yang penting you bahagia.."

Tengku Arissya senyum, "Bahagia itu bukan mengikat seseorang untuk hidup bersama kita tanpa cinta, tapi kalau you nak I bahagia. You kena belajar lepaskan I dengan pilihan dan keputusan I ni, itu baru betul you nak I bahagia.."

Kali ini Faqrul kematian bicara, Tengku Arissya memang bijak dalam bicara. Dia kalah. Apa yang perlu dia lakukan? Nampak gayanya dia terpaksa berbincang dengan bosnya untuk bermain cara kasar.

"Sorry, I minta diri dulu.. lagipun dah lewat ni,"

"Arissya wait!"

Tengku Arissya berpaling ke belakang.

"I minta maaf. Tapi kita still berkawan kan?"

"Of course," balas Tengku Arissya terus pergi dari situ. Namun dalam pada yang sama.. Faqrul bengang. Dia rasa tercabar.

'Tak apa Arissya, game baru nak bermula. Aku takkan lupa penolakan ni, tunggu nasib kau! Aku akan pastikan kau jadi milik aku dengan cara paling hina!' Desis hati Faqrul jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience