Rate

BAB 266

Romance Series 197165

Jam sudah ke angka 1.00 pagi, Sharleez sudah meminta keizinan daripada doktor mengenai Tengku Harith Zaqwan mahu melawat bekas isterinya, Tengku Arissya. Alhamdulillah doktor izinkan, lagipun doktor itu juga pernah mengenali arwah mamanya, Tengku Suria. Ada sumbangan yang dihulurkan pada pihak hospital.

Tengku Harith Zaqwan masuk ke bilik wad yang ditempatkan Tengku Arissya, debar jantung dia sekencang kuda zebra. Tengku Harith Zaqwan diam berdiri di tepi sisi katil itu, memandang seraut wajah yang masih pucat. Tapi wajah itu juga yang selalu dirinduinya.

Sharleez hanya menunggu di luar ruangan menunggu.

Lama wajah itu ditatap penuh kasih, mahu rasanya dia memeluk erat tubuh kecil itu... seerat yang boleh, biar rindunya terubat. Tapi apakan daya, dia bukan lagi yang halal untuk gadis itu.

Tengku Harith Zaqwan masih berdiam diri, dia hanya memandangi wajah itu.

'Sayang rindunyaa...' desis hati Tengku Harith Zaqwan. Sejurus selepas itu juga, air mata seorang lelaki gugur.

'Sayangg...'

Panggil Tengku Harith Zaqwan dalam hati seakan merintih. Dulu panggilan itu yang dia selalu panggil.

"Sayang abang datang ni, maaf abang tak ada disisi Arissya sepanjang sayang masuk hospital. Abang tahu abang kejam. Tapi abang tak nak kalau Arissya tahu abang ada sini sayang terluka. Abang pun tak nak kacau hidup Arissya. Abang datang nak melawat je, tak lama kat sini. Abang terpaksa datang, maaf abang dah mungkir janji. Abang cuma risaukan sayang. Hmmm jantung abang rasa macam nak terhenti bila tahu Arissya sakit...'

Tengku Harith Zaqwan sebak, dia diam seketika. Perlahan saja dia bersuara. Takut sekiranya gadis itu tersedar.

"Sayang cepatlah sihat. Abang nak Arissya sembuh, tu je.." sambungnya berharap.

"Abang tak boleh lama ni, sayang. Abang kena pergi. Sebelum abang pergi boleh tak abang tumpang solat kejap?"

Suasana sunyi sepi, Tengku Harith Zaqwan diam seketika. Dia menapak ke arah satu sofa, lalu mengambil sejadah dan terus solat, air wudhuk sudah diambilnya sebelum masuk ke bilik wad Tengku Arissya. Dia takut Tengku Arissya tersedar kalau bunyi air di bilik itu.

Tengku Harith Zaqwan menunaikan solat sunat hajat dan tahajud untuk memohon kesembuhan buat bekas isterinya.

Hampir sejam Sharleez bingkas bangun bila tuannya lambat, dia baru saja masuk ke bilik itu tapi tak jadi, terkedu. Ada rasa sebak menyelubungi jiwanya. Barangkali tuannya melakukan sesuatu untuk kesembuhan bekas isterinya. Dia dapat melihat di akhir solat tuannya menangis dalam sujud. Terhenyut-henyut bahunya.

'Ya Allah, aku ingin meminta takdirmu berubah agar jodoh Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya kuat hingga sampai syurga...' Doa Sharleez dalam hati penuh pengharapan.

Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun, dia meminta diri untuk pergi dari situ.

"Jom Leez, dah siap!"

"Okay tuan," balas Sharleez. Mereka tidak perasan ada mata memandang mereka berdua, seorang jururawat. Jururawat itu rasanya pernah merawat Tengku Harith Zaqwan suatu masa dahulu. Dia hairan kenapa ada pelawat sedangkan waktu melawat sudah habis jam sebegitu.

Jururawat itu menapak ke bilik Tengku Arissya. Dia risau jika perkara buruk berlaku. Setelah di periksa keadaan pesakitnya, tidak ada apa-apa yang berlaku. Kelihatan Tengku Arissya nyenyak tidur. Dia kemudiannya menapak keluar dari situ.

"Apa perasaan tuan bila dapat tengok Tengku Arissya tadi?" Soal Sharleez mula bersuara apabila dia perasan tuannya lebih banyak memilih untuk berdiam diri disebelahnya.

"Rasa yang tak mampu di ungkapkan. Rindu sangat kat Arissya, tapi dalam masa yang sama hati ni hancur. Yelah, tengok orang yang kita sayang terlantar kat atas katil hospital macam tu, kepala dia yang masih berbalut, Allah je tahu hati ni macam mana..."

"Oooo... masih sayang? Ingatkan dah tak sayang.."

"Kau perli aku ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Sharleez tersenyum sinis yang masih fokus pada pemanduannya.

"Tak perli, tapi baru hari ni dengar tuan cakap sayang Arissya. Tapi yang peliknya kalau sayang kenapa mesti biarkan orang yang kita sayang macam tu aje?"

"Kau tak faham, Leez!"

"Tuan yang terlalu ego, tak nak struggle dapatkan Arissya..."

"Kau tahu tak kenapa aku tak balik sini? Aku pergi jauh... kau nak tahu tak sebab apa?

"Sebab apa tuan?"

"Sebab aku pernah janji dengan dia yang aku takkan ganggu hidup dia lagi bila semuanya dah selesai. Tengku Delisha pun dah tak ada, tinggal Tengku Qistina yang masih berjuang antara hidup dan mati. Tapi aku anggap semua dah selesai. Sebab tu aku tinggalkan Arissya..."

"Sebab satu janji?"

"Betul, sebab janji tulah. Kau pun tahu kan Arissya sangat membenci aku.."

"Tapi tu dulu tuan, sekarang keadaan dah berubah..."

"Tak ada apa yang berubah Leez, semuanya sama aje. Buktinya, bila aku pergi jauh. Ada ke Arissya tanya pasal aku? Tak ada kan? Dia malah memilih untuk mulakan hidup baru. Jadi, itu bermakna aku ni bukanlah orang yang penting lagi dalam hidup dia..."

"Entahlah tuan, aku cuma nak ingatkan hati perempuan tak sama dengan lelaki. Bila dia dah rasa kecewa dia akan banyak memilih untuk berdiam diri..."

"Kecewa? Aku ni yang jauh lebih kecewa dengan semua yang dah terjadi..."

"Kecewa tuan tu akan jadi lebih besar kalau tak bersemuka dengan Tengku Arissya.."

"Buat apa nak bersemuka dengan dia?"

"Untuk bercakap dari hati ke hati," balas Sharleez memberi nasihat.

"Aku dah anggap semuanya selesai, Leez. Tak perlu lagi bersua muka. Tak ada apa pun yang akan berubah, ia tetap sama.." balas Tengku Harith Zaqwan sedih. Akhirnya Sharleez memilih diam.

Selesai dia menghantar tuannya pulang, segera dia pulang ke rumahnya. Lagipun Adrian Smith sudah bertanyakan keberadaannya.

"Dear, you pergi mana?" Soal Adrian Smith yang sedang menonton televisyen.

"Ada kerja sikit..."

"Tapi I perasan you asyik keluar malam je sayang, why?"

Sharleez senyum, "You dah lupa ke Adrian? I dah bagitahu you pasal Harith. Tuan I dah balik Malaysia untuk jumpa Arissya.."

Adrian Smith terdiam, mungkin dia lupa, "Owh sorry dear. So, you ada urusan dengan dia?"

"Yup, tapi macam I cakap jangan bagitahu apa-apa pada sesiapa. Dia cuma pulang kejap aje.."

"Alright dear. So, macam mana keadaan Arissya sekarang kat hospital tu?"

"Alhamdulillah okay, cuma tuan I tu dia macam sedih.. yelah mungkin sebab Arissya terlantar sakit.."

"I faham, tentu dia sedih. But don't worrylah Arissya tu kuat orangnya. Dia akan cepat sembuh..."

"Kalau dia kuat pun mungkin doa Harith tu pada dia, sebab tadi I tengok Harith solat sunat untuk Arissya.."

"Arissya memang beruntung.." sambung Sharleez.

"You tak rasa beruntung dapat I sebagai suami?" Soal Adrian Smith agak cemburu.

Sharleez senyum, tangan suaminya digenggam lalu diciumnya, "I pun beruntung ada you. You seorang suami yang baik, you rela korbankan nyawa you demi I dulu, banyak bantu I dalam tugasan kita. Thanks sayang!"

Adrian Smith senyum, dahi isterinya dicium sayang.

"Okay jom masuk tidur, you tentu penat kan dear.." ucap Adrian Smith, dia tahu isterinya penat. Kadang tugasan mereka memerlukan segala daya fikir yang berat untuk mencari segala bukti untuk menyelesaikan sesuatu kes. Bukan senang menjadi seorang penyiasat upahan.

Untuk masa sekarang isterinya masih bekerja di bawah Tengku Harith Zaqwan, tapi di masa akan datang dia bercadang untuk beralih arah dalam bidang lain, lagipun dia tidak mahu perkara buruk berlaku pada isterinya. Dia tidak mahu isterinya berada dalam bahaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience