Rate

BAB 271

Romance Series 197233

Seminggu kemudian..

Hari ini segalanya sudah dia serahkan pada Tuhan, apa pun yang bakal dia lalui atau hadapi dia menerima saja semuanya dengan hati yang lapang.

Tengku Harith Zaqwan sudah bersiap sedia. Dia akan menemui Tengku Arissya. Janji temu sudah dia buat lebih awal. Jadi, dia akan ke sana sebagai rakan business. Dia terpaksa menyamar nama lain. Dia harap semuanya baik-baik saja...

Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi, Tengku Harith Zaqwan melangkah penuh gah. Tampan sekali, dia mengenakan seluar berwarna coklat hazel dan baju t-shirt yang sederhana besar, namun tetap terserlah bentuk badannya yang sasa. Dia juga berkasut pada pagi itu.

Seawal pagi itu dia sudah mengenakan cermin mata hitam, barangkali untuk melindungi kesedihan yang terpancar dari sinaran matanya.

Tengku Arissya sedang membelek file di atas mejanya yang berlambak, sesekali dia menandatangani file itu. Tapi dia agak tidak tenang, entah kenapa debaran di jantungnya semakin kencang. Dan langkah Tengku Harith Zaqwan semakin menghampiri pintu biliknya.

Ketukan pintu dibahagian luar sudah kedengaran.

"Masuk!" Ucap Tengku Arissya tanpa memandang siapa gerangan yang datang menyapa.

"Silakan duduk Encik Qash..." Pelawa Tengku Arissya. Namun kaki itu masih berdiri tegak di situ.... Suaranya tidak kedengaran, diam seribu bahasa.

Akhirnya Tengku Arissya mengangkat wajahnya, dia terkedu melihat Tengku Harith Zaqwan sedang menghalakan pandangan ke arahnya. Lama juga dia memandang seraut wajah itu, tapi sayang matanya terlindung di sebalik cermin mata itu.

"Hai, Arissya! Morning. How are you?"

"I'm fine..."

Tengku Arissya sudah bangun dari tempat duduknya, dia menapak ke hadapan mendepani Tengku Harith Zaqwan.

"Bukan ke Encik Qash yang...."

"No, actually abang. Encik Qash tu nama yang abang guna untuk ke sini. Kalau abang cakap yang abang ni Tengku Harith Zaqwan, dah tentulah Arissya tak nak jumpa dengan abang..."

Tengku Arissya diam seketika sebelum dia mengajukan satu soalan.

"Why you silent?"

"I tak sangka you datang sini, lagipun...."

"Lagipun apa?"

"I tak sangkalah orang yang tiba-tiba menghilang boleh datang jumpa I semula.. bukan you dah bencikan I ke?" Sinis saja Tengku Arissya berkata-kata. Siap tersenyum sinis...

"Abang tak pernah benci Arissya. Tapi abang pergi kerana satu janji..."

"Janji apa!" Marah Tengku Arissya, geram sungguh dia.

"Kalau Arissya pernah ingat, Arissya sangat membenci abang. Arissya selalu cakap jangan ganggu Arissya, Arissya tak suka. Ada satu hari tu abang janji dengan Arissya, yang abang takkan kacau lagi hidup Arissya lepas ni, maksudnya lepas selesai tugas abang melindungi Arissya daripada Tengku Qistina..."

"So, sekarang kenapa datang sini lagi?"

"Sebab abang nak jumpa Arissya.."

"Untuk apa lagi? Untuk sakitkan hati I ni?"

Kali ini Tengku Harith Zaqwan diam seribu bahasa.

"You pergi, lepas tu you datang balik. You tahu tak, sikap you ni macam pemancing ikan. You pancing ikan, ikan tu dah sakit terluka kena mata kail tu, tapi you lepaskan ikan tu dalam air balik tanpa you rawat luka ikan tu, you tahu tak yang ikan tu belum tentu boleh hidup..."

"Abang minta maaf..."

"Senang aje kan, buat salah lepas tu minta maaf," marah Tengku Arissya.

"Habis tu nak abang buat apa?"

"Sebelum ni time you tak pergi tinggalkan I, l harap lepas you sembuh tu kita boleh perbaiki mana yang tak okay, tapi I silap Harith. You pergi macam tu aje, I rasa langsung tak dihargai. I tahu I pernah kejam pada you, I ada silap I sendiri dengan you tapi cara you macam tu buat I terasa hati.. juga makin tawar hati.."

Tengku Harith Zaqwan membuka cermin matanya, dia letak cermin matanya dalam poket seluarnya. Lalu wajah Tengku Arissya dipandang...

Rupanya mata itu sudah berkaca.

"Arissya tahu tak, rasa cinta abang pada sayang tak pernah sedikit pun berubah. Abang selalu mencintai Arissya.."

Tengku Arissya sebak, dia menangis... Dah lama dia tahan tapi gagal kali ni.

"Syhh jangan nangis sayang, biar hari ni abang luah apa yang abang rasa supaya Arissya tahu semuanya..."

"Abang tak pernah benci Arissya, abang keluar dari hospital tu dan pergi jauh untuk elak daripada hati sayang terluka. Entahlah, abang rasa semakin lama semakin tak layak untuk sayang. Abang rasa sedih, sebab tu abang pergi. Nak lagi bila ingatkan janji abang tu pada sayang..."

"Tapi kenapa mesti memilih untuk pergi?"

"Arissya benci abang kan, sebab tu abang pergi. Abang jadi takut. Takut sayang halau abang macam yang sebelum ni..."

"Arissya bukannya sengaja dulu, lagipun semuanya kan dah terbongkar. Arissya boleh faham dah," balas Tengku Arissya semakin lembut tuturnya. Nampaknya ada perkembangan yang positif.

"Jadi sayang dah tak benci abang ke?"

"Arissya tak pernah benci pun," balas Tengku Arissya.

"Tapi dulu yang Arissya marah-marah abang tu? Lepas tu cakap benci dengan abang, apa semua tu?"

"Sebelum ni kalau Arissya marah pun sebab sakit hati yang pasal Tengku Qistina tu, entahlah.."

"Sekarang?"

"Sekarang tak lagi.. Arissya pun dah jelas tahu pasal tu semua.."

Tengku Harith Zaqwan senyum dalam tangisan, "Sayang kita kahwin nak?"

Tengku Arissya terdiam seribu bahasa, Tengku Harith Zaqwan terus memujuk.

"Sayang please, abang yakin kita boleh kembali bahagia. Abang tahu di hati Arissya tu masih ada cinta untuk abang. Buat apa kita saling jauh lagi, kalau kita kahwin kita boleh bina kehidupan baru yang lebih baik..."

Tengku Arissya diam lagi.

"Nak tak sayang kahwin dengan abang?"

Tiba-tiba pintu bilik Tengku Arissya dirempuh masuk dari luar, terkedu Tengku Arissya.

"You tak boleh kahwin dengan jantan ni!" Marah Airel Azumi. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba mengamuk.

Tengku Harith Zaqwan diam, dia sendiri tak sangka yang Airel Azumi boleh berada di situ. Datang ke ofis Tengku Arissya pada pagi itu. Sial betul!

Mata Airel Azumi merenung seraut wajah yang dibencinya itu.

"Kau buat apa datang sini?"

"Kau tu buat apa datang sini?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Siapa dia ni Arissya? You kenal dia ke?"

"Harith bekas suami I..."

Terkejut Airel Azumi mendengarnya. Dia tidak menyangka sama sekali. Tapi tak apa, dia tidak akan membenarkan lelaki di hadapannya mengahwini Tengku Arissya semula.

"Owh, bekas suami you. Jadi inilah dia. Tak guna!" Marah Airel Azumi, tak semena-mena muka Tengku Harith Zaqwan ditumbuk.

"Rel, apa ni!" Marah Tengku Arissya...

"You diamlah, Arissya!"

Airel Azumi menumbuk sekali lagi, kali ini kena pada bahagian perut Tengku Harith Zaqwan. Dia mengaduh sakit, namun tidak dipeduli. Dia biarkan saja lelaki di hadapannya buat apa saja padanya... Biarlah. Biar lelaki itu melepaskan kemarahannya. Kalau ikutkan dia boleh saja membela dirinya, tapi dia memilih untuk 'sakit' kali ini.

Kali ketiga Airel Azumi melepaskan amarahnya lagi, kali yang seterusnya siap sepak terajang. Berkali Tengku Arissya marah dan menghalang tapi tak mampu menghalangi kegilaan Airel Azumi.

"Kalau you datang sini nak pukul Harith, lebih baik you keluar sekarang. Keluar!" Jerit Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan perlahan-lahan bingkas bangun. Bibirnya sudah berdarah, di bahagian bawah matanya lebam. Ada juga luka dibahagian lain.

"Kenapa you nak bela dia hah? You tak kenal dia Arissya. You tak kenal!!!"

"What do you mean?"

"Jantan nilah pembunuh! Dialah yang bunuh Riesya..."

Kali ini Tengku Arissya terkedu. Dia berpaling memandang seraut wajah Tengku Harith Zaqwan yang seakan sedang menahan rasa sakit itu.

"Betul ke Harith you bunuh Riesya? You...."

"Abang...ahh..." Tengku Harith Zaqwan tidak mampu bersuara, dia sedang menahan rasa sakit.

"Arissya tunggu!"

Tengku Arissya sudah menapak keluar dari bilik itu. Airel Azumi mengejar, Tengku Harith Zaqwan terduduk semula. Dia bersandar di dinding ofis. Nafasnya laju menahan sakit.

"Tak guna betul!" Marahnya. Baru saja dia mahu berbaik dengan Tengku Arissya tapi dia diganggu.

Tengku Harith Zaqwan menelefon Sharleez supaya datang mengambilnya, dalam keadaan begitu dia tak boleh drive.

"Arissya wait!"

"Apa lagi?"

"I tak sangka tu bekas suami you. You tahu kan dia jahat, kenapa masih contact dengan pembunuh tu? Bahayalah Arissya!"

"Boleh tak you diam!"

"Arissya please percayakan I. Dia tu pembunuh. Riesya mati sebab dialah... Dia yang bunuh!"

"Kalau dia yang bunuh kenapa dia tak meringkuk dalam penjara aje?"

"Memang dia pernah meringkuk dalam penjara..."

"Hah?"

"You ada bukti ke Rel?"

"Adalah Arissya, ni buktinya. I masih simpan. Dia dalam penjara time ni," balas Airel Azumi. Terkedu Tengku Arissya. Tak mungkin! Tapi jelas dalam penjara itu Tengku Harith Zaqwan.

Sebenarnya betul Tengku Harith Zaqwan pernah masuk penjara, tapi hanya satu hari untuk membantu siasatan kes mengenai kemalangan itu, tapi dia kembali dibebaskan kerana dia tidak bersalah. Namun, kerana benar-benar marah. Airel Azumi ke sana menemui Tengku Harith Zaqwan, lalu mengambil gambar itu untuk menjatuhkan Tengku Harith Zaqwan kerana dendam.

"Allahu.. betul ke ni gambar bekas suami I?"

"You tengok sendirilah, semua dah jelas..."

"I tak sangka betul..."

"Dia tak layak untuk you, Arissya. Apa kata kalau you kahwin dengan I? I dah lama sukakan you.."

"Bukan masanya nak cakap pasal benda macam nilah.." balas Tengku Arissya. Hampa hati lelaki itu yang terlalu berharap pada Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience