Rate

BAB 181

Romance Series 197233

Seminggu kemudian..

Tengku Delisha tersenyum apabila melihat kelibat kakaknya di airport pada pagi itu, akhirnya kakaknya bersetuju untuk pulang dari luar negara.

Pada waktu yang sama Faqrul juga menyambut kepulangan bosnya dilapangan terbang.

"Hai, kak! I'm really happy," ucap Tengku Delisha.

"Yup, me too. How are you?"

"I'm fine," balas Tengku Delisha sambil memeluk cium kakaknya.

"Okay, alang-alang akak dah balik sini, jom kita shopping dulu nak?"

"Not now, really sorry. Akak ada hal, nak settle bisnes kat sini,"

"Sepatutnya akak rehatlah dulu, pasal bisnes tu kemudian," balas Tengku Delisha agak terkilan pelawaannya ditolak.

"Sorry, ni hal penting. Akak nak jumpa orang yang renovate ofis, dah janji. Next time okay kita shopping.."

Wajah Tengku Delisha masam mencuka. Namun setelah dipujuk, Tengku Delisha dapat memahami kesibukan kakaknya itu sebagai business women.

"Wow.. bos, kau memang cun giler, tengok style dah macam minah salleh. Rambut pun perang beralun-alun gayanya," ucap Faqrul tak jemu matanya menjamu tubuh seksi itu.

"Shut up!" Marah bosnya.

"Bos baru sampai Malaysia dah moody, apa kes ni," ucap Faqrul.

"Aku balik sini bukan untuk dengar lawak bodoh kau tu!"

"So?"

"Kita kena bertindak sekarang. Macam mana kau dah cari tempat tinggal untuk aku?"

"Eh, bukan bos dah ada rumah ke kat Malaysia ni?"

"Memanglah aku ada rumah kat sini, tapi aku nak satu lagi rumah. Senang kerja kita. Kena ada privasi baru boleh buat kerja dengan tenang. Tu pun aku nak kena ajar ke? Bodoh!" Jerit bosnya. Kalau tak memekik memang bukan bos dialah. Emosinya selalu bergelora.

"Okay-okay, aku dah cari. Jomlah," balas Faqrul. Mereka berdua berjalan beriringan ke tempat parkir kereta.

Seperti yang diduga Sharkief, semuanya sudah jelas.

"Tuan, aku ada berita terbaru,"

"Apa dia?"

"Faqrul sudah ke airport menjemput bosnya. Benarlah tuan, tak syak lagi. Dia orang yang sama juga," balas Sharkief. Muka Tengku Harith Zaqwan merah menyala. Api amarahnya membakar hatinya.

"Aku dah agak dia orangnya. Pemusnah!"

"Aku tengah follow diaorang ni tuan,"

"Bagus, terus follow diaorang, penting untuk kita tahu kat mana dia akan tinggal,"

"Baik tuan. Lagi satu, aku ada berita terhangat tapi aku akan siasat lebih lagi untuk betul-betul pastikan samada ia betul atau tidak,"

"Okay good! Jaga diri kau baik-baik. Apa-apa hal contact aku," balas Tengku Harith Zaqwan.

Perbualan mereka terhenti disitu. Sharkief sedang mengikut jejak mereka berdua dengan penuh berhati-hati.

Tengku Harith Zaqwan menelefon Sharleez. Sharleez pula sedang sibuk di dapur mencuci sayur-sayuran. Siap menyanyikan lagu 'Mimpi' nyanyian Hakiem Rusli.

Mimpi yang indah kau bersama ku
Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya
Dan jangan dikau hampiri dia
Dia pasti membawa kau pergi
Oh yeay
Oh ku dibuai mimpi yang indah
Dan juga mimpi ngeri
Oh oh

"Mana pula ni Leez, aduh.." Ucap Tengku Harith Zaqwan. Mukanya nampak tegang.

Tengku Harith Zaqwan menelefon Sharleez semula. Kali ini Sharleez tidak menyanyi melalak, jadi dia dapat mendengar deringan telefonnya dari arah bilik.

"Eh, siapa call tu? Aduh, dibuatnya tuan.. tak pasal-pasal kena marah," ucap Sharleez sudah bergegas ke ruangan biliknya yang berdekatan dapur.

"Tuan,"

"Kau pergi mana?" Serius saja pertanyaan itu.

"Maaf tuan aku kat dapur,"

"Aku dah pesan bawa handphone ke mana saja, kecuali kat tandas. Takkan tu pun tak faham," marah Tengku Harith Zaqwan.

"Handphone aku tengah cas tadi,"

"Apa sajalah, sekarang ni aku nak pesan. Tolong bersiap sedia. Perhatikan setiap gerak geri Arissya. Orang yang kita buru sudah pulang dari luar negara,"

"What?"

"Yes! Dia dah ada di Malaysia. So, kau kena jaga Arissya baik-baik. Pastikan dia dalam keadaan selamat berada dipersekitaran rumahnya,"

"Baik tuan aku janji akan jaga Arissya baik-baik. Tapi macam mana tuan tahu kepulangan orang tu?"

"Shakief maklumkan. Sekarang ni dia tengah follow kat mana orang tu tinggal,"

"Aku harap Sharkief berjaya menjejakinya, lebih mudah kerja kita nanti," balas Sharleez serius. Dia tidak sabar ingin beraksi.

Sharkief menjalankan kerjanya dengan penuh berhati-hati, akhirnya dia berjaya menjejaki orang itu. Dia sudah tahu segalanya.

"Okay bos, kalau tak ada apa-apa aku balik dulu,"

"Okay, pastikan kau buat kerja kau dengan sebaik mungkin kali ni," pesan bosnya.

"Aku janji takkan hampakan kau bos. Aku akan buat apa saja untuk dapatkan Tengku Arissya walaupun terpaksa bergadai nyawa," ucap Faqrul berazam ingin melakukan segala kerja jahatnya menjadi lebih sempurna.

Sharkief sempat mendengarnya, dia kemudiannya segera pergi dari situ sebelum keberadaannya dapat dikesan.

Tengku Delisha tersenyum, dia sudah mengetahui nombor telefon baru Tengku Emir Danish. Segera dia menelefon lelaki pujaannya itu kerana rindu.

Deringan pertama tidak dijawab. Deringan kedua terjawab. Ada seseorang yang mengangkat telefon itu dan yang pastinya bukan suara milik Tengku Emir Danish.

"Hellooo.. heloooo..." Ucap Tengku Elvia berulangkali. Dia hairan si pemanggil itu mendiamkan diri. Sedangkan tadi kedengaran manja sapaan seorang perempuan.

"Call tapi tak nak cakap. Pelik betul orang zaman sekarang ni," rungut Tengku Elvia. Sengaja dia ingin memancing pemanggil itu untuk bersuara.

Pada ketika itu Tengku Emir Danish sedang berada di bilik mandi, jadi dia tidak tahu menahu siapa yang menelefonnya.

"Kalau aku jawab call kau pula yang akan sakit hati," kali ini Tengku Delisha bersuara. Tengku Delisha tersengih sinis. Dia sudah dapat membuat andaian awal.

"Dah agak kau rupanya. Tak sangka kau yang call. Pelik. Macam mana kau boleh tahu nombor handphone baru suami aku hah?" Soal Tengku Elvia.

"Aku kalau nak, hujung dunia pun aku cari," balas Tengku Delisha.

"Tak sangka aku ada juga perempuan gelojoh macam kau dalam dunia ni. Dah tahu Emir ada isteri tetap juga kau kejar dia,"

"Kau yang rampas dia dari aku!" Tengking Tengku Delisha.

"Dan siapa yang tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian melalui pedihnya kehidupan ni?" Balas Tengku Elvia juga tinggi nada suaranya.

"Kau Delisha! Kau yang tinggalkan dia!"

Tengku Emir Danish keluar dari bilik mandi. Dia dengar suara Tengku Elvia sampai ke bilik mandi. Pasti ada yang tidak kena.

Tengku Emir Danish sudah berdiri di depan isterinya. Belum sempat dia bersuara isterinya memberi isyarat tangan supaya jangan bercakap apa-apa.

"Kau kena ingat darjat kau tu kat mana. Aku ni isteri kepada Tengku Emir Danish. Bukannya kau! Kau tahu tak, kau tu perempuan yang tak bermaruah! Sebab harta kau sanggup tinggalkan cinta kau. Aku rasa maruah kau pun tak mustahil pernah tergadai,"

"Elvia!!!" Jerit Tengku Delisha kuat. Dia benar-benar marah apabila dirinya dianggap tidak mempunyai maruah diri.

Tengku Elvia segera offkan telefon itu. Dia kemudiannya terduduk di atas katilnya. Nafasnya laju, dia benar-benar sakit hati dengan Tengku Delisha. Air matanya tiba-tiba mengalir. Hati mana yang tidak sakit apabila suaminya diganggu.

Tengku Emir Danish mendekati isterinya, "Sayang.. kenapa ni?"

"Sayang pleaseeee... bagitahu abang kenapa? Siapa call sayang tadi, Tengku Delisha?" Soal Tengku Emir Danish lagi. Tapi Tengku Elvia tetap mendiamkan diri. Hanya tangisan saja membasahi pipinya.

"Sayanggg.. sini," ucap Tengku Emir Danish sudah menarik isterinya dalam pelukannya.

"Abang tak suka sayang sedih, so pleaseee.. jangan nangis.."

"Elvia sakit hati dengan Delisha. Kenapa dia mesti kacau abang. Dia call abang tahu tak. Macam mana dia boleh tahu nombor handphone baru abang?"

"Dia tu memang tak reti bahasa. Abang pun tak tahu dari mana dia dapatkan nombor handphone baru abang tu,"

"Elvia rasa dia takkan serik untuk dapatkan abang,"

"Esok abang akan buat perhitungan dengan dia. Abang janji sayang. Dia takkan kacau kita lagi," tegas Tengku Emir Danish.

"Abang nak buat apa?" Soal Tengku Elvia sudah merenggangkan pelukan itu. Dia mendongak melihat wajah suaminya.

"Abang nak bagi amaran pada dia supaya jangan kacau kita,"

"Elvia tak nak abang lakukan semua tu," tegas Tengku Elvia.

"Tapi kenapa sayang?"

"Elvia tak nak dia goda abang. Apalagi kalau abang jumpa dia berdua. Perempuan tu boleh buat apa saja,"

"Perempuan tu memang gila!" Marah Tengku Emir Danish. Sejak kemunculan Tengku Delisha rumahtangganya hampir musnah. Kalau dia jumpa perempuan itu secara tidak sengaja nahaslah.

"Sayang abang nak masuk bilik mandi kejap ya. Nak sambung mandi," sambung Tengku Emir Danish.

"Laaa.. abang tak selesai lagi mandi?"

"Belum lagi sayang, ni kan masih bertuala.."

"Patutlah rambut abang basah lagi," balas Tengku Elvia.

"Yup, owh ya sayang. Apa kata kita mandi sama-sama nak? Jom!" Pelawa Tengku Emir Danish membuatkan Tengku Elvia tergelak kecil.

"Alaaa.. jomlah sayang mandi dengan abang,"

"Tak payah nak mengada!"

"Jomlah sayang..."

"Alaaa.. jomlah," usik Tengku Emir Danish lagi. Kali ini Tengku Elvia mencubit paha suaminya.

"Aduhh.. sakitlah sayang,"

"Haaa.. tu kan dah kena cubit, mengada lagi," balas Tengku Elvia. Kali ini Tengku Emir Danish pula yang tergelak.

"Dah pergi sambung mandi abang ya. Elvia nak ke ruang tamu kejap,"

"Em, tak payahlah sayang..."

"Kenapa pula?"

"Apa kata sayang bersiap-siap. Abang nak ajak sayang pergi jalan-jalan,"

"Pergi mana?"

"Pergi jalan-jalan cari makan, nak?"

"Okay, nak.. boleh juga hilangkan tekanan ni,"

"Sayang janganlah disebabkan perempuan gila tu, sayang stress ya. Sayang jangan banyak fikir tau,"

"Okay abang, insya-Allah.."

"Bodoh! Perempuan gila! Siap kau! Kau memang sengaja cabar kesabaran aku," marah Tengku Delisha. Mengamuk dia.

"Siapa yang cabar kesabaran you ni?"

"Eh, akak. Masuklah," pelawa Tengku Delisha apabila melihat kakaknya sudah ada didepan muka pintu biliknya yang tidak tertutup itu.

Kakaknya masuk ke dalam biliknya, "Kenapa nampak stress aje ni?"

"Sebab perempuan gila tulah akak,"

"Tengku Elvia?"

"Yup,"

"Kali ni apa yang dia buat?"

"Dia sakitkan hati Delisha. Dahlah rampas hak Delisha. Tak tahu malu langsung!"

"Tak apa, akak ajar you cara macam mana nak rebut balik Emir tu,"

"Betul ni akak?"

"Yup, tapi Delisha kena jadi lebih berani dan seksi. Perempuan ni satu aje yang dapat melemahkan lelaki, guna kuasa godaan. Confirm akan dapat lelaki tu balik,"

"Delisha sanggup buat apa saja untuk dapatkan kembali Tengku Emir Danish,"

"Termasuk gadaikan maruah diri?" Soal kakaknya membuatkan Tengku Delisha terkedu. Mereka saling berpandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience