Rate

BAB 112

Romance Series 197233

"Kak Arissya..." Sapa Tengku Elvia yang tiba-tiba muncul di situ. Tengku Arissya tidak dapat mengawal perasannya, dia menangis. Tubuh adiknya dipeluk.

"Kenapa tak bagitahu yang kakak masih cintakan Abang Harith tadi? Kenapa biarkan hati lelaki tu terkorban lagi?" Soal Tengku Elvia sebak. Dia dengar perbualan kakaknya dengan Tengku Harith Zaqwan rupanya.

"Sebab akak tak layak untuk dia. Dia terlalu baik untuk akak, jadi dia pantas mendapatkan seorang perempuan yang jauh lebih sempurna, Elvia," balas Tengku Arissya perlahan masih kekal memeluk adiknya bertemankan air mata cinta.

"Kakak tak sepatutnya cakap macam tu. Abang Harith terlalu mencintai akak. Abang Harith tu ibarat kata yang tak sempat akak baca. Huruf yang tak lagi akak eja. Tapi dialah doa yang selalu memeluk akak hingga binasa selama ni dalam diamnya. Tak rasa rugi ke lepaskan permata?"

Kata-kata Tengku Elvia membuatkan Tengku Arissya diserang hiba yang tak tertahan. Dia menangis semahu-mahunya. Hakikatnya, Tengku Arissya masih mencintai Tengku Harith Zaqwan. Hanya saja ego dan luka yang selalu menghalanginya untuk menyatakan "AKU MASIH CINTA" padamu.

Malam itu Tengku Arissya tidak dapat memejamkan matanya. Dia asyik memikirkan tentang Tengku Harith Zaqwan. Esok lelaki itu bakal meninggalkan Kota Cinta setelah beberapa bulan lamanya menetap di sini.

Semakin banyak berfikir Tengku Arissya dihimpit dengan perang perasaan. Hati kecilnya saat ini rasa takut. Sejujurnya dia tidak mahu kasih sayang Tengku Harith Zaqwan padanya berubah arah. Dia masih mencintai bekas suaminya. Tapi perlukah dia menghalang Tengku Harith Zaqwan esok? Sedangkan berulangkali dia telah mematahkan hati itu. Entahlah. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia buntu.

"Kak Arissya berperang dengan perasaan itu rumit. Lebih baik akak cari Abang Harith esok. Insya-Allah masih sempat halang dia pergi," ucap Tengku Elvia yang baru keluar dari biliknya apabila perasan kakaknya tiada di sebelah tempat tidurnya.

"Hmm.. tak apalah," balas Tengku Arissya.

"Betul tak nak kejar Abang Harith?"

"Bukan akak tak nak kejar, tapi akak segan untuk bertemu dengan dia lagi," balas Tengku Arissya.

"Lebih baik mencuba daripada kemudian hari menyesal," tegas Tengku Elvia mengingatkan kakaknya.

"Akak tak nak membahas soal ni lagi. Kalau ada jodoh, adalah.." balas Tengku Arissya sudah menapak masuk ke biliknya semula.

"Akak.. akak.. hmm.." Tengku Elvia menggelengkan kepalanya perlahan. Pening melayani sikap kakaknya itu.

Dia cuba untuk menghubungi Tengku Harith Zaqwan malam itu, tapi malangnya tak dapat dihubungi. Telefon itu sengaja di 'offkan'. Tengku Elvia cuma mahu memberitahu yang Tengku Arissya masih mencintai Tengku Harith Zaqwan, tapi malangnya tidak kesampaian.

Tengku Harith Zaqwan terbatuk kecil, dia rasa tidak sedap badan. Dia bingkas bangun. Rasa sakit di bahagian pinggangnya semakin menjadi-jadi, tempat di mana dia pernah ditikam oleh Aakif Aryanz. Mungkin disebabkan rasa sakit itulah dia mudah kena demam.

"Kau tak tidur lagi? Buat apa kat ruang tamu ni?" Soal Darius yang melihat Tengku Harith Zaqwan ada diruang tamu sedang minum air kosong.

"Aku tak boleh tidur, ada batuk sikit, tu yang aku rehat kat ruang tamu ni," balas Tengku Harith Zaqwan perlahan.

"Kau nampak tak sihat je Harith, muka kau tu pucat," ucap Darius perasan dengan perubahan wajah kawan baiknya.

"Aku sihat. Aku cuma rasa nak demam aje," balas Tengku Harith Zaqwan bersama senyuman.

"Esok aku bawa kau ke klinik, lagipun badan kau tu pun dah makin susut," ucap Darius.

"Eh, tak apalah aku dah nak balik esok, mungkin tak sampai petang kut. Hud Mikail baru aje text maklumkan pula," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Okaylah kalau kau dah cakap macam tu. So, kau memang tak nak jumpa Arissya?"

"Aku dah jumpa dengan dia secara kebetulan tadi. Aku dah bagitahu dia nak balik Malaysia,"

"Dia kata apa?"

"Dia cakap itu bukan urusan dia. Arissya tu memang dah tak sukakan aku. Dia dah benci aku. Aku redha lepaskan dia demi melihat dia bahagia," balas Tengku Harith Zaqwan sebak.

"It's okay bro. Don't be sad! Bunga bukan sekuntum. Tak perlu fikir lagi dah. Relax, chill aje.." Darius cuba memberikan kekuatan pada hati itu. Tengku Harith Zaqwan mengangguk faham.

Keesokannya, awal pagi lagi Tengku Harith Zaqwan ke airport. Dia sudah mahu pulang ke Malaysia. Darius dan Rubina Elizaberth yang menghantarnya.

"Thanks to both of you," ucap Tengku Harith Zaqwan yang masih terbatuk kecil.

"Most welcome," balas Darius. Rubina Elizaberth hanya tersenyum.

"Aku rasa sedih pula nak tinggalkan kau," ucap Tengku Harith Zaqwan sambil memeluk Darius.

Darius merenggangkan pelukan itu. Dia menepuk bahu kawan baiknya, "Jangan manja bro. Kau tu lelaki, jadi gentlemen sikit!"

Tengku Harith Zaqwan tergelak diusik begitu seketika sebelum wajahnya kembali serius meminta sesuatu, "Hmm.. aku nak minta tolong kau ni, boleh?"

"Minta tolong apa?"

"Jaga Arissya dan Elvia baik-baik ya. Tengokkan diaorang berdua sepanjang aku tak ada sini. Aku tak tahu nak datang bila lagi kat sini, takut ni kali terakhir aku datang sini mana tahu kan.." ucap Tengku Harith Zaqwan sebak.

"Apa bro cakap macam ni, kau buat aku sebak. Kau kalau rindu aku datang ajelah sini. Kami berdua sentiasa ada untuk kau," balas Darius.

"Alright. Thank you so much. Hm, aku kena gerak dululah. So, take care yourself ya.."

"Welcome, you too.."

"Bye-bye!" Jerit Tengku Harith Zaqwan yang sudah menarik bagasi besarnya sambil melambai-lambai tangannya ke arah kedua pasangan itu.

"Bye-bye Harith!" Balas Darius dan Rubina Elizaberth.

Matahari sudah menjenguk bumi, Tengku Arissya bingkas bangun. Dia lewat bangun pada pagi itu. Tergesa-gesa dia masuk ke tandas untuk bersiap. Semalaman dia berfikir, pagi itu dia nekad mahu mengejar Tengku Harith Zaqwan.

Selesai Tengku Arissya bersiap, Tengku Elvia baru saja terbangun dari tidurnya. Dia nampak kakaknya tergesa-gesa mengenakan shawl di hadapan cermin.

"Kakak nak pergi mana tu? Beli breakfast ke?"

"Taklah, kakak nak kejar bakal suami akak. Tengku Harith Zaqwan.." ucapnya ceria. Tengku Elvia senyum, dia bingkas bangun menghampiri kakaknya.

"Really?"

"Yup, akak dah fikir semalaman. So, akak dah buat keputusan. Akak nak halang Tengku Harith Zaqwan. Akak nak dia balik ke Malaysia dengan akak aje. Lepas tu, akak nak dia melamar akak semula kalau betullah dia seorang lelaki gentlemen," ucap Tengku Arissya sambil tersenyum.

Tengku Elvia dapat melihat betapa gembira kakaknya. Dia pun rasa senang hati.

"Wahhh.. Elvia suka dengan keputusan akak ni. Eh, kejap.. Elvia siap dulu ya.."

"Nak ke mana?"

"Elvia nak temankan akaklah. Nak tengok saat-saat kebahagiaan akak dengan Abang Harith,"

"Okay, five minute!"

"Alright!"

Beberapa minit kemudian, Tengku Elvia selesai bersiap. Mereka berdua ke rumah Darius untuk bertanyakan di mana keberadaan rumah sewa Tengku Harith Zaqwan di Kota Paris.

"It's too late.." ucap Darius.

"What do you mean?" Soal Tengku Arissya.

"Harith dah pulang ke Malaysia pagi tadi. Kami berdua yang hantar Harith ke airport," riak wajah Tengku Arissya berubah sedih. Ada air mata di birai matanya. Namun dia berusaha semampu mungkin menyimpan kesedihan itu di sudut hatinya.

"Kakak, it's okay. Kita boleh temukan Abang Harith kat Malaysia nanti," pujuk Tengku Elvia.

Tengku Arissya menarik nafas panjang, dia cuba mengukir senyum sambil berkata, "It's okay.. akak baik-baik saja. Kita tinggal kat Parislah dulu ya.. nak settle banyak benda lagi.."

"But..."

"Darius, Rubina thank you. Hmm.. saya minta diri dulu," ucap Tengku Arissya yang sudah bingkas bangun.

Darius dan Rubina Elizaberth hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Tidak sempat mereka berdua berborak dengan Tengku Arissya. Mereka berdua juga sebenarnya turut merasa sedih melihat cinta Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya menempuhi jalan yang semakin sukar. Namun.. jauh di sudut hati mereka berdua berharap kedua pasangan itu kembali bersatu dalam satu ikatan suci. Ikatan yang tidak akan terlerai, ikatan cinta sampai ke syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience