Rate

BAB 151

Romance Series 197233

"Lambatnya kau bersiap! Cepatlah Hud. Nanti aku tak sempat nak halang perkahwinan Tengku Arissya dengan jantan tu!" Jerit Tengku Harith Zaqwan dari tingkat bawah.

"Tunggu kejap!"

"Ishh.. bersiap macam orang perempuanlah Hud ni," ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan sambil membetulkan baju Melayu yang dipakainya. Siap dengan samping lagi. Handsome giler!

"Huisshh..."

"Apa?" Soal Tengku Harith Zaqwan pelik apabila Hud Mikail memandangnya dari atas ke bawah.

"Ehh.. kau jangan Hud! Aku ni normal lagi," sambung Tengku Harith Zaqwan. Meledak tawa Hud Mikail.

"Kau ni ke situ pulak. Aku cuma nampak dalam diri kau ni macam pengantin lelaki. Eh, kau ke yang nak kahwin hari ni.." Hud Mikail berjenaka.

Tengku Harith Zaqwan tersenyum, "Amiin.. aamiin.. betullah tu. Aku nak gantikan tempat si pengantin lelaki tu. Biar aje Arissya kahwin dengan aku!"

"Hahaha.. kejam tu bro!"

"Demi cintaku padanya, sanggup aku redahi segalanya Hud,"

"Chewaah.. ayat berbunga pula!"

"Eh dah-dah, jom kita pergi sekarang. Aku nak cepat ni!" Balas Tengku Harith Zaqwan tergesa-gesa.

Sampai saja di perkarangan rumah banglo mewah Tengku Arissya, kelihatan tetamu yang dijemput sudah sebahagiannya memenuhi kawasan ruang halaman rumah itu.

"Eh, Harith tunggu!" Tengku Harith Zaqwan sudah ke depan. Laju dia berjalan.

"Hisyh.. dibuatnya dia mengamuk menghalangi majlis kahwin Tengku Elvia habislah!" Ucap Hud Mikail yang sudah mengejar abang sepupunya. Namun langkah kaki Tengku Harith Zaqwan sepantas kilat.

"Jemput masuk.." Ucap pelayan yang melayani tetamu yang hadir.

Tengku Harith Zaqwan sudah memasuki ke halaman rumah Tengku Arissya. Dia mencari kelibat Tengku Arissya. Kelihatan ramai yang berkumpul diruang tamu.

Mesti akad nikah hari ini, lepas tu terus naik pelamin. Fikir Tengku Harith Zaqwan. Tengku Harith Zaqwan segera ke situ, siap minta orang di situ ke tepi memberi laluan kepadanya.

Sampai di depan Tengku Harith Zaqwan lantang memanggil nama pujaan hatinya.

"Tengku Arissya!"

Semua mata tertumpu ke arahnya. Tengku Harith Zaqwan baru dapat melihat dengan jelas. Dia mengalihkan pandangan matanya ke arah Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish yang berada di hadapan tok imam. Dia mula rasa hairan. Bukan Tengku Arissya ke yang kahwin hari ini.

"Wey Harith, kau buat apa ni!" Bisik Hud Mikail ditelinga abang sepupunya.

"Yang kahwin tu bukan Tengku Arissya, tapi adik dia. Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish!" Sambung Hud Mikail.

Pandangan mata Tengku Arissya masih terarah pada Tengku Harith Zaqwan. Dia geram sungguh dengan perangai bekas suaminya itu, dia bingkas bangun lalu menarik tangan Tengku Harith Zaqwan dari situ.

Hud Mikail pula meminta maaf bagi pihak Tengku Harith Zaqwan yang menyebabkan majlis akad nikah itu terhenti seketika.

"Maaf ya. Maaf semua.. teruskan majlis. Tak ada apa-apapun,"

"Kenapa dengan you ni Harith? Datang tiba-tiba lantang panggil nama I. Buat malu I ajelah, dahlah ramai orang," marah Tengku Arissya. Sekarang dia berada di kawasan yang jauh daripada orang ramai.

"Bukan you ke yang kahwin hari ni?"

"Tengku Elvia yang kahwin, bukannya I.."

"Tapi hari tu..."

"I yang tolong ambilkan baju pengantin untuk Elvia sebab dia busy.."

"Jadi I dah salah fahamlah ni?"

"Yup, you dah salah faham dan eloklah kalau you dah tahu.."

"Really sorry, Arissya. I langsung tak tahu yang Tengku Elvia kahwin hari ini.."

"Kenapa ya you suka sangat menyibuk pasal I? Kalau I pun yang kahwin hari ni, you peduli apa!" Marah Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Tapi bukan you yang kahwin. Oh yeahhh.."

"Eeeii.. menyakitkan hati betullah dia ni!"

"By the way Arissya, you nampak sangat cantik hari ini. Memang sepadan dengan I yang handsome giler ni.."

"Perasan!" Balas Tengku Arissya sambil menjelingkan matanya ke arah Tengku Harith Zaqwan menyampah.

"Jangan jeling macam tu Arissya, buat I makin tergoda aje," usik Tengku Harith Zaqwan.

Majlis akad nikah sudah selesai. Tengku Arissya yang perasan majlis sudah selesai terasa sangat lega.

"Dahlah, malas nak layan you. Makin mengada-ngada!" Balas Tengku Arissya mahu berlalu pergi dari situ tapi dengan pantas Tengku Harith Zaqwan memegang pergelangan tangan pujaan hatinya itu.

"Nak ke mana ni?"

"Harith apa pegang-pegang ni!" Marah Tengku Arissya.

"Sorry.. hmm I..."

"Hai, Abang Harith.."

"Banggg..." sapa Tengku Emir Danish pula yang sudah ada di situ bersama isterinya.

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Emir tak payah ber'abang' lah sangat. Panggil aje aku Harith, lagi mesra.."

"Okaylah, Harith.."

"Congratulations untuk korang berdua. Sepadan bagai pinang dibelah dua," puji Tengku Harith Zaqwan.

"Thanks, bro!"

"Abang Harith bila pula nak kahwin ni?" Sampuk Tengku Elvia.

"Abang tengah tunggu seseorang tapi tak tahulah dia suka ke tak dengan abang ni.."

"Cinta bertepuk sebelah tangan ke Abang Harith?" Perli Tengku Elvia. Tengku Arissya diam dalam geram.

"Lebih kurang macam tulah. Entah bilalah ni nak ada peneman hidup, nak kata muka tak handsome, handsome mengalahkan artis Korea. Tapi tulah hati orang ni kita tak boleh paksa,"

Kata-kata Tengku Harith Zaqwan diiringi gelak tawa Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish. Tengku Arissya berusaha maniskan mukanya. Maklumlah hari ini kan majlis perkahwinan adiknya. Dia tidak boleh bad mood.

"Alang-alang Abang Harith dah ada sini kan, hari ni wajib jadi pengapit kami ni. Abang dan Kak Arissya, boleh?"

"Boleh-boleh,"

"Okay, bagus. Baju abang pun dah sama warna dengan akak ni. Sepadan sangat!" Puji Tengku Elvia.

Sejurus selepas itu Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia menuju ke arah pelamin mereka, pelamin yang paling mewah untuk menangkap gambar, Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya juga turut serta.. lagipun mereka berdua akan menjadi pengapit pengantin.

"Eh, Fisya siapa lelaki tu?"

"Mana?"

"Tu haaa.. yang tengah jadi pengapit sebelah Kak Elvia,"

"Entahlah, tadi dia datang tiba-tiba lantang panggil nama Kak Arissya, semua orang terkejut tengok kat lelaki tu pelik.."

"Lepas tu apa jadi?"

"Kak Arissya tarik lelaki tu ke tempat lain," balas Fisya.

"Owh.. yeke? Dah macam filem Hindustan pula,"

"Kenapa kau tanya? Biasa jarang kau akan tanya kalau berkait dengan lelaki ni," soal Fisya.

"Tak adalah, lelaki tu handsome kan?" Jujur Dania memuji Tengku Harith Zaqwan.

"Ha'ah.. handsome giler. Dahlah badan sado. Tegap. Beruntunglah siapa dapat dia," balas Fisya mengakui kata-kata Dania.

"Kau rasa lelaki tu dah kahwin ke?"

"Mana aku tahu, kau ni.."

"Aku sukalah tengok dia. Berkenan ni, tak pernah rasa macam nilah Fisya.."

Fisya tergelak kecil, "Kau ni mengadalah. Kalau kau suka lelaki tu pergilah sapa dia. Tak pun minta Kak Arissya kenalkan kau dengan lelaki tu,"

"Betul juga kan.. nantilah aku tanya Kak Arissya," balas Dania sudah jatuh hati pada pandangan permata.

Tidak salah rasanya menyukai seseorang, cinta itu hadir tanpa diundang. Kadang-kala tanpa sebab kita menyintai seseorang. Hanya hati yang lebih memahami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience