Rate

BAB 79

Romance Series 197165

"Bro, kau okay ke ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Okay.."

"Kau cakap dengan aku tadi, kau dah lama tak solat, kenapa kau tinggal solat?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Dia mahu Darius bercerita.

"Dah bertahun aku tinggal Allah," ucap Darius sebak.

"Kenapa kau tinggal Allah?"

"Sebab aku terhanyut dibuai keasyikan di Kota Paris ni. Aku terjebak dengan budak-budak nakal masa zaman universiti sampailah aku dah bekerja dan ada kerjaya sendiri," Darius mula bercerita.

"Kota Paris ni memang banyak keindahannya, tapi seindah manapun Kota Paris ni ia bukanlah alasan untuk kita terbuai dalam keasyikan tu. Ia bergantung pada kekuatan iman kita, ke mana kita membawa hati kita," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Iman aku lemah, Zaq.."

"Iman tu boleh bertambah dan berkurang. Aku faham. Tapi kalau kita ingat Allah, kita takkan sesekali melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini, apalagi melanggar perintah-Nya.."

"Entahlah. Dulu aku ni budak bijak, tapi hanya asal kampung hidup miskin hina. Aku menjadi harapan orang kampung dan pihak universiti untuk sambung belajar diluar negara. So, tercampaklah aku kat sini. Masa tu nenek aku ada lagi. Lepas nenek aku meninggal dunia aku mula jadi liar. Aku jadi lupa diri. Aku terhanyut dalam kesedihan. Aku tak dapat terima nenek tinggalkan aku. Sejak itulah aku menetap di Kota Paris ni," luah hati Darius. Sekali lagi dia menyeka air matanya.

"Aku kehilangan kedua ibu bapa aku, aku hilang nenek aku. Semua orang yang aku sayang tinggalkan aku. Hidup aku sunyi. Aku cuba cari keseronokan hidup dengan cara berhibur dan hidup sebagai seorang playboy.." sambungnya lagi.

Mata Tengku Harith Zaqwan sudah berkaca, seakan sama kisah hidup mereka tetapi tidak serupa. Dia juga telah kehilangan kedua ibu bapanya. Dan dia tidak pasti, samada dia akan menghadapi kehilangan untuk sekali lagi. Kehilangan Tengku Arissya. Cintanya.

Tidak usah bercakap soal kesunyian, telah dia lalui semuanya setelah ketiadaan orang-orang yang dia sayangi disisinya. Sunyi itulah teman akrabnya saat dia berpisah dengan Tengku Arissya.

"Kau yang memilih jalan tu. Kalau kau pilih jalan yang baik, maka baiklah jalan hidup kau.."

"Ya, aku yang pilih untuk hidup dalam keadaan jahil macam ni," balas Darius.

"Jalan yang kau pilih ni akan membinasakan kau, Darius.."

"Aku tahu semua hakikat tu Zaq!"

"Masih belum terlambat untuk berpatah balik ke jalan yang benar. Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Pintu taubat masih luas terbuka Darius," nasihat Tengku Harith Zaqwan.

"Allah tak sayangkan aku. Dia biarkan aku macam ni. Aku pedih hidup dalam kegelapan, tapi apa boleh buat, aku telah pun melalui jalan gelap ini.."

"Kenapa kau salahkan Allah?"

"Sebab takdir aku tak seindah hidup orang lain Zaq!" Ucap Darius, agak tinggi nada suaranya.

"Takdir kau akan jadi indah kalau kau pilih jalan yang baik. Allah membentangkan dua pilihan. Jalan yang salah dan benar, tapi kau yang memilih jalan yang salah tu.. jalan yang penuh dengan kegelapan. Kau tewas pada nafsu kau sendiri.."

"Ujian yang aku lalui terlalu berat Zaq. Kau tak faham!"

"Ujian kau tak seberapa Darius, ada yang lebih hebat diuji sedahsyat kau, tapi mungkin kau tak pernah melihat kerana kau hidup dalam dunia yang kau cipta sendiri," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Allah tak pernah tinggalkan kau. Tak pernah jauh dari kau. Ketika kau menjauh dari Allah, Allah mendekat.. cuma kau tidak merasai kehadiran-Nya.." Sambung Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi aku..."

"Seperti rasa kesedaran yang kau dapatkan hari ini, itu juga tanda betapa Allah sayangkan kau. Allah jentik hati kau dengan rasa keinsafan. Kau juga yang bagitahu aku, dah bertahun kau tak solat. Tapi hari ini kau solat.. alhamdulillah.."

Kali ini Darius terdiam, ada kebenaran yang tak dapat disangkal dalam kata-kata Tengku Harith Zaqwan.

"Kau nak berubah tak?"

Darius membisu seribu bahasa. Tengku Harith Zaqwan mengulangi pertanyaannya.

"Aku tanya, kau nak berubah tak?"

"Biar aku fikir dulu," balasnya ringkas membuatkan Tengku Harith Zaqwan tersenyum sinis.

"Kau masih boleh cakap dengan aku nak fikir dulu, sedangkan kematian itu tidak pernah menunggu kita.."

"Sampai bila kau nak terus menghimpun dosa?" Sambungnya. Deep betul kata-kata Tengku Harith Zaqwan.

"Bukan macam tulah Zaq. Kau kenalah bagi aku masa," ucap Darius.

"Okaylah aku bagi kau masa," balas Tengku Harith Zaqwan. Insya-Allah dia akan menunjukkan jalan cahaya kepada Darius jika benar lelaki itu mahu berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience