Rate

BAB 180

Romance Series 197165

Tengku Delisha baru selesai bercakap dengan kakaknya. Setiap hari dia pujuk kakaknya pulang. Jika kakaknya ada mungkin lebih senang kerjanya, segalanya dapat dia lakukan.

Tapi apakan daya, kakaknya masih mahu tinggal di luar negara bersama kedua ibu bapanya. Keluarganya sekarang tinggal diluar negara, itu yang menyebabkan dia tidak sempat untuk menghalang perkahwinan Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia. Kalau tidak pasti impiannya sudah terlaksana ingin memiliki Tengku Emir Danish. Tapi dia tidak perlu risau, semangatnya sudah pulih. Kakaknya yang banyak bagi kekuatan dan tunjuk ajar bagaimana mahu merampas Tengku Emir Danish dan menghancurkan hidup Tengku Elvia.. si perampas kekasihnya itu.

Faqrul sudah bercerita kepada bosnya. Bukan main marah bosnya, siap sumpah seranah dia.

"Bodoh! Kerja senang pun kau tak boleh buat,"

"Aku bukan tak buat bos, aku dah buat yang terbaik tapi jantan tu kacau. Dia cuba nak tackle Arissya,"

"Kalau kau dah buat yang terbaik semua benda ni takkan jadi. Kau tu lelaki, tumbuk ajelah si Harith. Tapi jangan pula sampai mati,"

"Bos, kau ingat Harith tu tak kuat ke? Sekali aku kena tumbuk dengan dia rasa macam nak mampus!" Balas Faqrul geram.

"Kau tu jantan bukannya sotong!" Jerit bosnya kuat. Bingit betul telinga Faqrul mendengarnya, taik telinga yang keras pun boleh cair.

"Nak lawan macam mana. Dia punya sado mengancam nyawa akulah,"

"Banyak cakap kau ni!"

"Bos kau kena balik sini. Aku dah tak kuat nak buat kerja ni sorang-sorang,"

"Tengoklah macam mana,"

"Kalau kau tak balik sini bantu aku bos, aku tak rasa semua rancangan kita ni berjaya. Kali ni kau kena ada dengan aku, ajak sekali anak buah kau tu,"

"Jangan nak mengajar aku!" Tengking bosnya kuat. Bingit telinga Faqrul, boleh pekak dia dibuatnya.

"Okay bos, maaf. Aku harap bos boleh fikir apa yang aku cakapkan tu," balas Faqrul.

"Hellooo.. hello bos!" Panggil Faqrul. Bosnya entah ke mana. Geram pula dia. Belum habis cakap dah letak telefon. Dia ingat dia tu bagus sangat.

Diam-diam Hud Mikail sudah bertunang dengan Iris Ariana. Pertunangan itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Namun turut diketahui oleh Tengku Harith Zaqwan. Dia tumpang gembira.

"Aku senang tengok kau bahagia, Hud," ucap Tengku Harith Zaqwan berbual-bual dengan Hud Mikail pada malam itu diluar halaman rumah berdekatan kolam renang.

Hud Mikail senyum, "Alhamdulillah rasa lega Harith. Aku pun nak kau rasa bahagia sama macam aku,"

"Aku ni lain Hud, tak ada apa lagi yang aku harapkan dari dalam hidup ni,"

"Kau macam orang yang tengah patah hati,"

"Dah lama pun patah, Hud. Tapi kan aku ada jumpa dengan Arissya,"

"Dia dah tak marah kau ke?"

"Entahlah, susah nak duga Arissya tu. Tapi time tu tak adalah dia bahasakan 'aku' dan 'kau'. Mungkin sebab atas urusan kerja kut, time tu Faqrul datang.." ucap Tengku Harith Zaqwan. Dia menceritakan kehadiran Faqrul dan apa yang sudah terjadi.

"Main desak macam tu perempuan mana suka," ucap Hud Mikail.

"Faqrul ni aku tak boleh biarkan dia dekati Arissya,"

"Kenapa?"

"Bahaya, dia tu baran. Gila!"

"Ada baiknya kau jaga Arissya, aku pun risau bila dengar kau cakap macam tu,"

"Sampai akhir nafas aku akan selalu jaga dia,"

Tengku Arissya tersenyum sendirian, dia teringatkan Tengku Harith Zaqwan. Pasal bulu mata pun boleh jadi isu. Lucu betul.

Lamunan Tengku Arissya terhenti apabila telefonnya berdering. Rupanya Faqrul yang menelefonnya. Namun panggilan itu diabaikan saja.

"Ni yang aku bengang ni! Aku call tak jawab. Bodoh punya perempuan.." marah Faqrul. Telefonnya dihempas ke katilnya.

"Aaargghhh! Semua ni sebab jantan tak guna tu! Siap kau Harith. Aku akan pastikan kau mati!" Sambungnya.. kali ini dia mengamuk. Bukan makin kuat dia menjerit. Sampai kedengaran diluar biliknya.

Dafiya mendengar dengan jelas kata-kata itu. Dia mula bimbang jika Faqrul melakukan hal buruk terhadap Tengku Harith Zaqwan. Rasanya Tengku Harith Zaqwan pernah memberikannya name card, dia pasti akan memaklumkan perihal Faqrul kepada Tengku Harith Zaqwan. Dia tidak peduli lagi siapapun Faqrul padanya.

Dafiya menutup pintu biliknya. Dia mengambil telefonnya, lalu mesej kepada Tengku Harith Zaqwan secara sembunyi. Jika dia menelefon sudah pasti ia boleh mengundang bahaya. Sudah tentu Faqrul tidak akan berdiam diri. Dia juga pasti akan dipukul lagi.

Tengku Harith Zaqwan membaca mesej itu. Dia terkedu. Dafiya yang mesej dia. Hanya mesej. Dafiya tidak mempunyai telefon mewah. Hanya telefon Nokia lama. Itu pun dah nak hampir rosak. Faqrul memang kejam pada keluarganya sendiri.

"Sharkief, kau dah dekati Fiya?" Soal Tengku Harith Zaqwan serius.

"Dah. Kenapa tuan? Hari ni aku ada jumpa dia tapi first jumpa ni tolong-tolong dulu,"

"Fiya mesej aku dia ingatkan supaya aku berhati-hati dengan Faqrul,"

"Mesti jantan tu ada nak buat sesuatu kat tuan,"

"Mungkin juga, kau kena bersiap sedia. Perkukuhan benteng pertahanan kita,"

"Lagi satu, aku nak kau bagitahu Sharleez supaya pantau Tengku Arissya dirumah tu," Sambung Tengku Harith Zaqwan mengingatkan Sharkief.

"Baik, tuan!"

"Aku dapat rasa orang yang kita cari tu akan pulang dari luar negara. Mesti Faqrul minta tolong dia,"

"Aku dan Sharleez pun rasa benda yang sama tuan,"

"It's okay, bersedia untuk mencari kebenaran. Ingat, jangan bertindak bodoh. Guna akal sebaiknya," pesan Tengku Harith Zaqwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience