Rate

BAB 270

Romance Series 197165

Hud Mikail datang menemui Tengku Harith Zaqwan pada malam itu. Dia rasa bersalah kerana terlalu ikutkan emosi.

"Apahal kau datang sini?" Soal Tengku Harith Zaqwan masih marahkan Hud Mikail.

"Salah ke aku nak datang sini. Aku datang sini pun sebab nak jumpa dengan kau..."

"Jumpa untuk tumbuk aku lagi?"

"Sorrylah bro, aku tak sengaja tumbuk kau..." Balas Hud Mikail, membuatkan Tengku Harith Zaqwan tersenyum sinis.

"Sudahlah kau!" Ucap Tengku Harith Zaqwan mahu berlalu pergi dari situ, namun dihalang Hud Mikail.

"Harith, kenapa bukan kau yang balik kat hospital tu dengan Arissya, kenapa mesti Airel tu?"

Tengku Harith Zaqwan berpaling menoleh ke belakang, "Apahal? Kau nak salahkan aku lagi? Kau nak cakap yang tadi tu aku tak cari Arissya?"

"Bukan macam tu.."

"Habis tu apa?" Marah Tengku Harith Zaqwan.

"Aku cuma hairan, kenapa mesti si Airel tu boleh..."

"Boleh jumpa Arissya? Eh, kalau dah suka tu, hujung dunia pun dia akan cari Arissya tulah..."

Hud Mikail diam kali ini.

"Kau tahu tak, baru je aku nak sapa Arissya.. si Airel tu datang, kononnya nak pujuk Arissya. Aku dah dengar semuanya. Aku dengar sendiri tadi si Airel tu melamar Arissya. Aku ada aje situ..."

"Kenapa kau tak potong line aje? Tak munculkan diri kau kat situ.."

"Buat apa?"

"Jumpalah dengan mereka, bersemuka dengan Arissya..."

"Aku tak rasa aku ni penting dalam hidup Arissya, itu yang aku terasa sangat..."

"Kau tak boleh menuduh," balas Hud Mikail.

"Menuduh? Eh, aku dengar sendirilah perbualan mereka berdua. Kalau betul apa yang kau kata tadi Arissya cari aku. Akulah orang yang paling bahagia. Tapi bila dia dengan Airel, dia lupa terus aku..."

"Tapi Harith, tolonglah aku harap kau boleh jumpa dengan Arissya.."

Tengku Harith Zaqwan diam seketika, sebelum dia kembali bersuara dan meninggalkan Hud Mikail di situ, "Aku akan jumpa Arissya. Tapi mungkin itu yang terakhir. Sebab aku rasa dia layak bahagia dengan sesiapa pun yang dia suka. Kami memang tak ditakdirkan hidup bersama.."

Hud Mikail diam seribu bahasa. Sebetulnya dia pun sedih melihat jelas wajah kecewa Tengku Harith Zaqwan tapi apakan daya, mungkin betul mereka tidak ditakdirkan untuk hidup bersama, walaupun ada di antara mereka berdua yang masih ada rasa cinta.

Esoknya Tengku Harith Zaqwan menelefon Albert. Dia memaklumkan yang dia pulang ke sana agak lewat kerana ada urusan di Malaysia. Albert hanya mengangguk faham menerima arahan bosnya.

Selesai bercakap dengan Albert, Tengku Harith Zaqwan melangkah keluar untuk breakfast bersama Sharleez.

"Tuan, sorry I'm late..." Balas Sharleez.

"It's okay, orderlah..."

"Tak apa dah kenyang. Dah breakfast dengan suami tadi," balas Sharleez.

"Untung berdua, awal pagi lagi dah breakfast bersama.."

"Memanglah, tuan pun boleh jadi seberuntung aku kalau kembali bersama Arissya..."

"Jangan sebut nama Arissya depan aku!" Marah Tengku Harith Zaqwan tiba-tiba. Sharleez terkedu.

"Sorry!" Ucap Tengku Harith Zaqwan kembali, setelah menyedari kekasarannya.

"Nampaknya emosi tuan tak stabil, storylah apa jadi semalam.."

Tengku Harith Zaqwan bercerita semuanya.

"So, now tuan nak aku buat apa? Aturkan pertemuan dengan Tengku Arissya?"

"It's okay, aku akan jumpa Arissya tanpa sebarang janji temu. Aku boleh handle sendiri..." Balas Tengku Harith Zaqwan.

"Alright.."

Selepas berjumpa dengan Sharleez, Tengku Harith Zaqwan bertolak ke Melaka untuk menemui Datuk Mustaqim. Dia sudah mengatur pertemuan. Ada sesuatu yang ingin dia bualkan. Dia tidak mahu menyusahkan papanya, jadi dia mengambil keputusan untuk ke sana saja. Dia pergi awal sebelum waktu lunch antara mereka berdua.

"Papa..."

"Harith silakan..." Tengku Harith Zaqwan duduk di salah satu kerusi yang ada berhadapan Datuk Mustaqim.

"Sorry papa Harith lewat, jalan jammed..."

"Tak apa Harith, papa faham.."

Mereka menikmati makan tengah hari berdua, sehingga timbullah pada topik perbualan yang lebih serius.

"Harith memang nak stay luar negara sampai bila-bila ke?"

"Cadangnya begitulah.."

"Tapi sayang biarkan syarikat kat sini macam tu aje," balas Datuk Mustaqim.

"Hud jaga papa. Dia handle sini.."

"Tapi menurut papa, lebih baik Harith handle sendiri. Sebelum ni pun arwah Tengku Suria handle, arwah sayang betul dengan syarikat tu.."

Sebak berdetak dijiwa ketika arwah mamanya disebut. Rindunya. Rindu pada mamanya.

"Betul papa, tengoklah macam mana..." Hanya itu yang terbersit dibibir itu.

"Harith handle business kat sana sebab kecewa dengan anak papa ke?"

"Entahlah papa.."

"Harith, apapun yang Harith rasakan saat ini, tak perlu segan nak meluah kat papa. Kita lelaki, papa faham.."

"Hmm.. Harith masih sayang kat Arissya pa, balik sini pun sebab nak pastikan keadaan Arissya betul-betul okay..."

"Tapi kenapa mesti sembunyikan diri nak jumpa anak papa tu?"

"Tak nak Arissya tahu kehadiran Harith dan terluka..tu je.."

"Tapi Arissya dah tahu.."

"Betul, Hud yang bagitahu Arissya cari Harith. Harith rasa bahagia time tu.. Yelah, Arissya sudi cari.. tapi ada sesuatu yang buat Harith rasa terluka.."

"Apa dia?"

"Airel ada dengan Arissya waktu Harith nak sapa Arissya..."

"Harith kenal Airel?"

"Kenal pa, sangat mengenalinya.."

"Papa yang call dia suruh tolong carikan Arissya. Sebab papa risaukan anak papa tu.."

"Owh.. tak apalah pa.."

"Harith kecewa sebab fikir Arissya ada hubungan dengan si Airel tu ke?"

"Hmmm betul, lagipun Harith dengar Airel melamar Arissya.."

"Arissya terima Airel?"

"Tak ada jawapan yang pasti..."

"Kalau tak pasti Harith tak boleh bermain dengan teka-teki. Kena yakin..."

"Tapi Harith yakin Arissya memang sukakan Airel.."

"Harith boleh terima ke kalau Arissya jadi milik lelaki lain?" Soal Datuk Mustaqim.

"Kalau dah jodoh Arissya dengan lelaki lain, tak apalah.. mungkin kami tak ditakdirkan untuk bersama..."

"Macam nilah, satu je papa minta. Harith jumpa dengan Arissya. Cakap dari hati ke hati. Jangan terus bermain teka-teki..."

"Okay papa, kali ni Harith akan jumpa Arissya. Nak cakap sendiri dengan dia, nak tanya dia. Kali ni Harith nak semuanya settle. Harith dah tak nak kami saling terluka. Bab demi bab kisah cinta ni pun dah makin panjang," balas Tengku Harith Zaqwan. Datuk Mustaqim mengangguk perlahan tanda setuju. Itulah yang dia mahukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience