Rate

BAB 6

Romance Series 197165

“Oh, so you masih belum kahwin lagilah?” Soal Tengku Harith Zaqwan semasa keluar makan tengah hari bersama Tengku Qistina yang baru saja pulang dari luar negara minggu lepas. Pertemuan itu dirahsiakan oleh Tengku Harith Zaqwan. Dia tidak mahu isterinya berfikir yang bukan-bukan. Dia keluar pun atas permintaan Tengku Qistina sekadar makan-makan saja.

Tengku Qistina siapa tidak kenal, gayanya seorang model. Pakaiannya seksi, tidak pernah cukup kain, free hair, berambut merah dan memakai contact lens warna hijau. Wow! Amazing.

Petik jari satu kali sepuluh lelaki datang mendambakannya. Tapi ia hanya pantas untuk seorang lelaki yang murah harga dirinya.

“Yes, I’m still single..”

“Macam mana dengan wife you. Dia mesti cantik, kan? Mybe lebih cantik dari I. Right? Kalau tak takkanlah Tengku Harith Zaqwan boleh kahwin dengan Tengku Arissya. I kenal you Harith, taste you tinggi,” sambungnya bertanyakan soal Tengku Arissya.

“Cantik melebihi you..”

"Wow! Really Harith?"

"Yup.. isteri I memang cantik. Dia menutup aurat dengan sempurna.." balas Tengku Harith Zaqwan.

"Okay, tapi you ikhlas ke kahwin dengan dia?"

Tengku Harith Zaqwan tersengih mendengar kata-kata itu, "You mesti ingat I macam dulu kan? Setiap orang berubah Tengku Qistina. Macam apa yang jadi pada kita, you berubah dan ambil keputusan untuk tinggalkan I demi mencapai cita-cita you kat sana.. nak jadi pereka fesyen terkenal, now you dah dapat capai apa yang you nak. Congratulations!"

"But now.. I pun berubah. I bukan lagi Harith yang you kenal dulu. Tengku Arissya yang buat I sedar yang hidup ni cuma singkat, nikmatinya dengan tenang. Caranya dengan mendekatkan diri pada Allah..."

Tengku Qistina menepuk tangannya, seakan memerli lelaki itu, "Woww.. so yang ada depan I ni Tengku Harith Zaqwan yang barulah ya.."

"Yup, you know Tengku Qistina.. I rasa beruntung dapat memiliki Tengku Arissya. Dia sangat baik.." balas Tengku Harith Zaqwan memuji isterinya.

Kata-kata Tengku Harith Zaqwan membuatkan Tengku Qistina mencebik. Bagi dia tidak ada siapapun yang boleh menandinginya. Jika ada pasti akan dia hancurkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience