Rate

BAB 281

Romance Series 197165

"Hei, morning sayang!" Sapa Tengku Harith Zaqwan. Wajah kesayangannya direnung sayang.

"Bangunlah sayang, matahari dah naik atas kepala ni.."

"Hah? Dah jam berapa ni abang?"

"Sembilan pagi," balas Tengku Harith Zaqwan.

"What?" Ucap Tengku Arissya terkejut, dia drastik bangun. Tengku Harith Zaqwan tersengih. Dah macam apa isterinya.

"Kenapa abang tak kejutkan Arissya?"

"Abang pun baru je bangun sayang, tak sedar.. lepas solat subuh tadi terlelap juga.."

"Hmm tak apalah, Arissya nak pergi mandi.."

"Haipp, jangan!" Ucap Tengku Harith Zaqwan segera menghalang, menarik tubuh itu. Tubuh kecil itu terjatuh dalam pelukan suaminya.

"Abang apa ni!" Marah Tengku Arissya. Main-main pula suaminya.. dia dah lewat nak ke ofis.

"Sayang kenapa ni tergesa-gesa? Buat apa nak pergi kerja, kita baru aje kahwin semalam..."

Tengku Arissya akhirnya tergelak, "Ya Allah abang, Arissya lupa. Arissya kalut tadi nak pergi kerja, tu nak bersiap awal.."

Tengku Harith Zaqwan sengih dan hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

"Abang tahu dah, kadang sayang mudah lupa but it's okay dear, apa kata kita mandi berdua, nak?"

Tengku Arissya cuba melepaskan diri daripada terus dipeluk, dia melompat turun dari katil, sempat dia mencapai tualanya dan berlari masuk ke bilik air.

Tengku Harith Zaqwan ketawa besar, saja dia mengusik.

"Sayang pleaselah mandi together tak boleh ke?"

"Jangan nak mengadalah abang," jerit Tengku Arissya dalam bilik air...

"Alah, tak apa kan dah kahwin. Mandi bersama tu sunnah Nabi tau, dapat pahala.."

"Tak apalah Arissya tak nak, abang mandilah kejap lagi. Bagi Arissya mandi dulu. Bilik air ni kan satu aje," jerit Tengku Arissya.

"Okaylah sayang, mandilah dulu.." balas Tengku Harith Zaqwan yang sudah menapak ke balkoni biliknya.

Angin sepoi-sepoi bahasa membelai tubuh sasa miliknya pada pagi itu. Jauh dia memandang ke langit, keluhan kecil dilepaskan. Sungguh, dia bersyukur kerana semuanya sudah selesai. Tinggal saja urusannya dengan Airel Azumi.

Dia tidak tahu bagaimana untuk mendepani lelaki itu, dia yakin pasti Airel Azumi akan mengamuk ketika mengetahui dia dan Tengku Arissya sudah berkahwin. Tapi tidak mengapa, sekarang sepenuhnya dia berhak ke atas Tengku Arissya. Lelaki itu harus menerima hakikat bahawa Tengku Arissya miliknya.

Tengku Harith Zaqwan kemudiannya duduk dibangku kecil berdekatan balkoni itu, handphonenya di capai. Dia buka fac miliknya, dia scroll page miliknya seketika.. tak banyak hasil tulisannya. Dia memang jarang menulis. Tapi tangannya laju menulis sesuatu. Mungkin ada tulisan baru dia nak update.

'Mencintaimu satu keindahan dan memilikimu satu anugerah terbesar, sayang. Selagi degup jantungku berdetak, selagi itu aku akan terus mencintaimu...'

Tengku Harith Zaqwan senyum sendiri ketika membaca bait-bait puisi pendek yang ditulisnya. Dia siap letak gambar perkahwinannya, gambar di mana dia mengenggam tangan Tengku Arissya erat. Tapi tulisannya 'berkunci'.

Kali kedua dia menulis, barangkali masih belum puas untuk meluah isi hatinya.

'Aku tahu indahnya cinta itu, sayang. Aku juga tahu sakitnya kecewa. Aku pun tahu perihnya derita. Tapi aku tak pernah tahu bagaimana erti putus asa untuk terus mencintaimu sayang... Kerana kau adalah segalanya...'

Tengku Arissya sudah siap mandi dan keluar dari bilik air, suaminya langsung tak perasan. Dan kesenyapan suaminya membuatkan dia menapak perlahan ke arah suaminya yang sedang asyik menatap skrin handphonenya. Dia segera merampas handphone milik Tengku Harith Zaqwan.

"Eh, sayang.. handphone abang!" Ucap Tengku Harith Zaqwan yang sudah bingkas bangun. Tengku Arissya mundur ke belakang.

"Buat apa asyik main handphone ni, ada apa dengan handphone ni abang.." ucap Tengku Arissya dan matanya segera menatap screen telefon itu, setiap bait-bait yang ditulis suaminya dibaca.

Tiba-tiba mata Tengku Arissya berkaca, dia menangis.

"Abang tulis ni semua?"

"Hmm..."

Tengku Arissya benar-benar terharu, ada beberapa tulisan suaminya yang lain sempat dia baca. Sebak jiwanya.

"Page abang yang baru ke?"

"Hmm page rahsia, tu page milik abang. Abang je tahu. Sayang pun abang tak bagitahu.."

Tiba-tiba Tengku Arissya laju melangkah ke arah suaminya, tubuh itu dipeluk sayang. Dia terharu baca semua penulisan suaminya. Dia sedih, selama ini dia lukakan hati Tengku Harith Zaqwan, sedangkan lelaki itu sangat mencintainya.

"Sayang kenapa nangis?"

"Arissya sedih, abang tulis sampai ke hati. Arissya tak tahan nak tanggung rasa sedih tu bila ingat balik apa yang Arissya buat kat abang. Arissya dah banyak lukakan hati abang selama ni.."

Tengku Harith Zaqwan mahu merenggangkan pelukan itu, tapi Tengku Arissya seakan tidak mahu. Barangkali perempuan memang begitu ya, kalau sudah sayang susah nak lepaskan pelukannya. Tapi bagaimana dengan lehernya, sudah seakan tercekik.

Tapi tidak apalah, dia cuba menahannya.

"Abang tulis biasa aje sayang. Janganlah menangis. Sayang tak salah pun, abang faham semua apa yang sayang rasakan dulu.."

"Tak.. takk... Arissya yang salah dengan abang.."

"Errr.. saa... sayang please lepaskan pelukan sayang tu, abang rasa macam nak tercekik. Sayang peluk kuat sangat..."

"Abang bencilah!" Rajuk Tengku Arissya sambil menepuk dada suaminya.

"Sayang, bukan abang rimas. Sayang peluk kuat abang tak boleh nak bernafas..."

Kali ini Tengku Arissya senyum. Dia seakan menahan tawanya pecah. Kadang kelakar pula dengar.

"Yelah maaf, Arissya sedih sangat tadi. Tak boleh control emosi, abanglah!"

"Adess! Kenapa abang pula.."

Tengku Arissya sudah merajuk, siap buat muka masam.. Tengku Harith Zaqwan segera menjawab, "Ya abang salah, cakap macam tu. Lepas ni peluklah abang sampai abang pengsan. Perempuan kan selalu betul.."

"Sayanggg..."

"Tengok tulah, nak pergi mana?"

"Nak bersiaplah, nak keringkan rambut ni dulu.. kejap lagi nak breakfast. Arissya laparlah abang..."

"Okay sayang kejap lagi kita breakfast ye, jalan-jalan di Cameron Higlands ni... Sekarang abang nak pergi mandi dulu ye..."

"Okay abang..

Tengku Harith Zaqwan mengangguk perlahan. Dia segera ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap. Sekejap lagi dia mahu meluangkan masa dengan kesayangannya.

Selesai semuanya Tengku Harith Zaqwan menapak turun dari biliknya untuk breakfast, sarapan pada pagi itu sudah siap terhidang. Dia sudah menempahnya awal dengan pihak pengurusan di situ.

Tangannya kemas memegang erat tangan milik Tengku Arissya. Takut mungkin terlepas lagi dari genggaman.

"Eratnya abang genggam tangan Arissya," usik Tengku Arissya sekilas memandang suaminya di sebelah sambil berjalan.

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Abang takut terlepas.."

"Pegang ditangan tak selamanya akan tergenggam, pasti akan terlepas. Cuba pegang dihati.."

"Hati tak boleh dipegang sayang.." jawab Tengku Harith Zaqwan.

"Memang tak boleh dipegang tapi boleh ditawan..." Ucap Tengku Arissya manja. Dia merenggangkan genggaman tangan suaminya lalu berjalan ke hadapan mendahului suaminya.

Tengku Harith Zaqwan yang masih disitu tersenyum. Sungguh, dia bahagia. Terasa bagai mimpi dapat kembali memiliki sesuatu yang pernah terlepas dari genggaman hidupnya. Akan dia jaga anugerah terindah ini dengan baik.

"Sayang wait!" Ucap Tengku Harith Zaqwan mengejar kesayangannya.

Sepanjang hari itu mereka menikmati keindahan di Cameron Higlands.. mereka berjalan di sepanjang gerai-gerai yang berderet di sekitar situ. Sempat mereka ke ladang strawberry, menikmati buah yang lazat itu. Seronok. Banyak kenangan telah tercipta. Banyak juga gambar mereka berdua kembali memenuhi di setiap gallery handphone mereka berdua. Ada senyum dan tawa menghiasi kedua wajah indah itu.

Benarlah, cinta itu racun tapi ia juga penawar. Allah telah menciptakan racun, dan disebalik racun itu Allah menciptakan juga penawar agar ketika racun mematikan satu jasad seorang pencinta, maka akan ada penawar yang bisa menyembuhkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience