Rate

BAB 31

Romance Series 197233

Seminggu kemudian..

Tengku Harith Zaqwan agak penat sejak kebelakangan ini. Dia agak sibuk dengan kerjanya. Malam itu dia rehat sepuas-puasnya. Esok dia cuti. Dia mahu menemui Tengku Arissya. Sudah dua tiga hari dia tidak melihat bidadari kesayangannya itu. Hanya potret saja yang dia mampu lihat pada malam itu dalam telefonnya. Dia tak sabar ingin menemui Tengku Arissya. Esok dia akan sapa Tengku Arissya secara berdepan.

Tapi sebelum dia menemui bekas isterinya, dia mahu beli bunga mawar sebagai hadiah untuk Tengku Arissya. Seperti biasa dia akan beli tiga kuntum mawar merah sahaja. Tiga kuntum mawar itu membawa maksud I love you dan I miss you.

Sedang Tengku Harith Zaqwan baring membelek gambar Tengku Arissya ada satu panggilan masuk daripada Tengku Elvia. Segera dia menjawab panggilan itu.

"Alhamdulillah, Abang Harith sihat cuma penat aje sikit."

"Penat? Abang Harith buat apa sampai penat ni?" Soal Tengku Elvia hairan.

"Owh.. abang baru dapat kerja kat sini.." balas Tengku Harith Zaqwan.

"What? Abang Harith kerja? Kerja apa kat sana?"

"Kerja di kedai kopi, jadi waiter. Yelah daripada abang duduk sini tanpa berbuat apa-apa bosan juga," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Owh.. okay. Hmm.. akak tahu tak Abang Harith kerja?"

"Arissya tak tahu, lagipun kalau abang muncul depan dia. Dia akan melarikan diri. Kami berdua jarang bercakap," balas Tengku Harith Zaqwan jujur.

"Ya Allah.. akak tu apalah. Kenapa keras sangat hati dia tu untuk dengar kebenaran daripada abang," ucap Tengku Elvia kesal dengan sikap kakaknya.

"Tak apalah Elvia. Mungkin hati tu masih marahkan abang. Abang terima semua tu dengan hati yang terbuka. Cukuplah kalau abang dapat jaga Arissya dari jauh." Luahan hati Tengku Harith Zaqwan buat Tengku Elvia sebak. Dia seka air matanya yang hampir jatuh.

"Tapi cara akak tu salah. Kakak tak patut buat Abang Harith macam tu. Jadi, selama ni abang selalu tengok dan jaga akak dari jauh ke?"

"It's okay Elvia. Yup, abang jarang dekati Arissya. Abang cuma jaga dia dari jauh aje. Kalau abang dekat takut dia lari. Dia nak tengok muka abang pun tak nak.."

"Macam manalah Abang Harith boleh hadapi kemarahan akak ya. Allahu.. tak habis fikir Elvia ni. Kalaulah akak tahu abang selalu jaga dia, agak-agak lembut tak hati kakak ya.."

"Entahlah Elvia. Abang tak tahu semua tu. Abang serahkan pada Allah. Tapi dalam masa yang sama abang akan berusaha dapatkan semula kepercayaan daripada Arissya. Semoga hati itu lembut untuk terima abang semula. Insya-Allah.." balas Tengku Harith Zaqwan. Tengku Elvia juga mengharapkan hal yang sama.

"Elvia yakin suatu hari nanti hati kakak akan terbuka untuk terima kehadiran abang dalam hidup dia semula.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience