Rate

BAB 41

Romance Series 197165

Tengku Elvia jauh mengelamun di ruang tamu selepas selesai bercakap dengan kakaknya menerusi telefon. Dia sakit hati dengan sikap kakaknya. Mahu saja rasanya dia ke Kota Paris. Namun itu semua mustahil. Dia perlu menjaga papanya dan tidak boleh meninggalkan syarikat sewenang-wenangnya. Masih banyak tanggungjawabnya disini.

Datuk Mustaqim yang baru turun dari tingkat atas berdehem apabila dia melihat Tengku Elvia sedang mengelamun.

"Papa.." ucap Tengku Elvia sudah tersentak dari lamunannya.

"Kenapa dengan anak papa ni? Jauh mengelamun. Masalah apa pula kali ni?"

"Kakak pa.."

"Kenapa dengan kakak? Tak selesai lagi ke masalah dia dengan Harith tu?"

"Entahlah papa. Hati akak tu keras macam kerikil.."

"Cuba cerita dengan papa apa yang buatkan Elvia marah ni," balas Datuk Mustaqim yang sudah melabuhkan punggungnya di sofa. Dia sudah siap mendengar cerita anaknya.

"Okay, cerita pertama kakak dah jumpa someone kat sana. Dia baru kenal dengan seorang lelaki. Nama lelaki tu Aakif Aryanz. Katanya lelaki tu baik orangnya dan peramah. Mudah sangat kakak percaya lelaki tu kan papa?" Cerita Tengku Elvia. Dia kurang menyenangi kakaknya berkawan dengan sembarangan lelaki, takut sekiranya ada yang ingin mengambil kesempatan terhadap kakaknya.

"Hmm.. makin rumit nampaknya sekarang ni. Papa harap hati Arissya bukan untuk lelaki yang dia baru kenal tu.."

"Papa janganlah fikir sampai ke situ, lagipun akak tu baru aje kenal dengan lelaki tu. Okay, sekarang dengar pula cerita kedua pa.." balas Tengku Elvia galak bercerita.

"Okay, apa pula cerita kedua?"

"Elvia ada tanya akak samada dia contact ke tak dengan Abang Harith, pada mulanya dia jawab tak tahu. Lepas tu dia bagitahu pula dia ada call Abang Harith malam tu. Dia tanya nombor telefon baru Tengku Suria, sebab dia call banyak kali tapi tak dapat. So, papa boleh bayangkan tak apa perasaan Abang Harith waktu tu?"

Kata-kata Tengku Elvia buat Datuk Mustaqim terdiam.

"Jadi Harith masih tak diberi peluang untuk jelaskan keadaan sebenar pada Arissya?"

"Tak papa.. langsung tak. Elvia call Abang Harith pun tak dapat ni. Dia tak jawab call. Whatsapp pun tak dibalasnya. Tak tahulah kenapa.."

"Papa rasa Harith tahu pasal Aakif Aryanz tu. Bagilah dia masa untuk settle semua masalah yang sedang dihadapinya.. lagipun Elvia sendiri ada bagitahu papa yang dia kerja sekarang, so mungkin dia busy.."

"Kesianlah dengan Abang Harith tu papa. Akak tak patut buat macam tu.."

"Papa pun risau ni. Papa tak nak Tengku Arissya menyesal dikemudian hari disebabkan nak menangkan ego dia sendiri.."

"Tulah papa.. Elvia pun risau juga ni. Nak aje Elvia bagitahu pasal Tengku Suria dah meninggal tapi bila teringat Abang Harith pesan dia yang nak settlekan semuanya dengan akak. Elvia diamkan aje benda ni.."

"Dah tiba masanya Elvia pergi ke Kota Paris. Tolong mereka untuk bersatu semula.."

"Hah? Biar betul papa? Kan kita punya projek baru masih belum settle.."

"Lepas dah settle projek baru tu dalam seminggu lagi, Elvia dah boleh ke sana," balas Datuk Mustaqim serius.

"Habis tu papa macam mana? Takkanlah Elvia nak tinggalkan papa kat sini sorang-sorang. Syarikat kita lagi pa.."

"Asmawi boleh tinggal kat sini temankan papa. Dia boleh jaga papa. Soal syarikat papa boleh uruskan. Don't worry dear," balas Datuk Mustaqim. Dia mahu Asmawi yang merupakan pemandunya itu tinggal dirumahnya semasa ketiadaan Tengku Elvia nanti.

"Ha'ah... betul juga tu. Pak Cik Asmawi pun bukannya ada sesiapa lagi. Jadi, dia boleh temankan papa kat rumah ni. Tak adalah Elvia risaukan papa.." balas Tengku Elvia lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience