Rate

BAB 81

Romance Series 197233

"Sorry I'm late!" Ucap Darius yang datang menemui Tengku Harith Zaqwan.

"It's okay. Duduklah," balas Tengku Harith Zaqwan. Mereka berdua bertemu pagi itu di salah sebuah Kopitiam di Kota Paris, tapi yang pasti bukan tempat dia bekerja.

"Eh, kau tak kerja ke hari ni?" Soal Darius.

"Aku ambil cuti semalam, adalah dalam tiga hari.."

"Sebab aku ke kau ambil cuti?" Soal Darius. Tengku Harith Zaqwan hanya tersenyum.

"Ni kau dah ready untuk belajar ke?"

"Aku dah ready, kau boleh ajar apa yang aku tak tahu soal agama. Pasal solat tu aku okay, tapi bacaan dalam solat aku tak berapa ingatlah.." balas Darius. Dia nampak segan tapi cuba ditahannya.

"Tak apa, aku ajarkan. Nanti aku ajarkan kau fardhu ain. Hari ni aku ajar kau bab solatlah dulu," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Hmm.. ni bro aku nak bagitahu kau. Kau tak payahlah rasa segan ke apa. Anggaplah kau dan aku, kita sama-sama belajar," sambungnya.

"Alright. Kita breakfast dululah, aku dah lapar ni.." balas Darius tersengih.

Selesai sarapan pagi, Tengku Harith Zaqwan dan Darius berjalan-jalan berdekatan dengan Menara Eiffel. Mereka berdua pergi bukan tempat sebelum ini Tengku Arissya pergi, ini tempat yang agak sepi dari orang ramai. Tengku Harith Zaqwan dan Darius duduk di atas rumput karpet. Suasana pagi memang menenangkan. Tengku Harith Zaqwan mula mengajarkan Darius soal agama setakat mana yang dia ketahui. Untuk lebih terperincil, dia sudah bertanyakan Pak Cik Karim. Orang yang lebih berpengalaman tentang agama, lagipun Pak Cik Karim merupakan bekas imam masjid di kampungnya sebelum dia mengambil keputusan untuk bekerja dengan arwah papa dan mamanya suatu ketika dahulu. Mak Cik Timah sendiri merupakan guru Al-Quran. Dari mereka jugalah Tengku Harith Zaqwan belajar agama.

Satu-persatu Tengku Harith Zaqwan mengajar dengan penuh gigih dan sabar. Darius menganggukkan kepalanya perlahan tanda faham, yang mana dia tidak tahu segera dia bertanyakan Tengku Harith Zaqwan.

Sejam setengah tamatlah sesi pengajian, Darius berasa sangat lega. Apa yang diajarkan Tengku Harith Zaqwan mudah difahami. Dia suka.

"Macam mana, kau faham tak semua yang kita dah pelajari tadi?"

Darius senyum, "Aku faham bro. Thank's.."

"Mulai hari ni janji dengan aku, kerana Allah kau berubah dan jangan pernah tinggalkan solat. Solat itu tiang agama.." Tengku Harith Zaqwan memberi nasihat.

"Lagi satu, jauhilah perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Antaranya adalah maksiat. Jauhilah zina, jangan pernah menghampirinya Darius. Aku harap kau tinggalkanlah zaman jahiliyah kau perlahan-lahan..." sambungnya.

"Okay aku janji akan berusaha untuk menjauhi perkara yang Allah larang," balas Darius.

"Zaq.. aku nak bagitahu kau ni, kau tolong jangan bagitahu Aryanz dan Zulfiqar aku berubah macam ni ya.. sebab dia orang tak tahu apa-apa lagi pasal perubahan aku ni.."

"Kenapa? Kau takut pada mereka?"

"Tak.. ni bukan soal aku takut, tapi buat masa sekarang ni biarlah dia orang tak tahu apa-apa," balas Darius. Tengku Harith Zaqwan menghormati keputusan kawannya itu, dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

Darius langsung tidak tahu yang Aakif Aryanz dan Zulfiqar sudah dapat menghidu bau perubahannya. Cuma mereka ingin pastikan saja, tapi untuk Aakif Aryanz semuanya sudah jelas.

"Habis tu kita nak buat macam mana?"

"Kita kena halang Darius. Kita kena hasut dia supaya dia tak berubah ke arah jalan kebaikan," balas Aakif Aryanz.

"Wey.. kau ni memang iblislah!" Marah Zulfiqar. Dia kurang setuju dengan Aakif Aryanz.

"Kau ni bodohlah! Kenapa lembab sangat hah?" Marah Aakif Aryanz balik.

"Kau fikirlah sikit, guna otak kau tu. Kalau Darius berubah jadi baik. Dia dah tentu takkan bagi kita bawa masuk perempuan dalam rumah ni!" Sambungnya.

"Kenapa pula?"

"Sebab dia dah jadi baik. Orang baik tak buat maksiat. Tak buat dosa!"

Zulfiqar terdiam seketika, "Tapi.. cara kita nak sekat dia jadi baik tu satu dosalah.."

Aakif Aryanz tergelak mendengar kata-kata itu, "Eh, kau tak payah nak cakap dengan aku pasal dosalah. Kau tu pun tak suci, kaki perempuan. Dah berapa anak dara orang kau tebuk!"

"Tapi aku tak tergamaklah nak halang Darius jadi orang baik!"

"Eh, lantak kaulah! Nak tak nak.. kau kena ikut cakap aku. Kau jangan lupa jasa aku okay. Sebab aku kau hidup mewah. Aku yang ajar kau cari makan. Faham!" Jerkah Aakif Aryanz.

"Okay-okay, aku ikut cakap kau. Aku akan tolong kau halang Darius berubah," balas Zulfiqar terpaksa.

"Bagus!"

"Kita nak buat apa pada Darius?"

"Call Alessandra sekarang. Bagitahu dia datang sini malam ni, ajak sekali kawan-kawan dia. Kita adakan parti liar kat rumah ni.."

Zulfiqar segera menelefon Alessandra yang merupakan teman wanita Darius.

"Settle!"

"Malam ni kita kasi Darius mabuk, kita letak dia dengan Alessandra dalam satu bilik. Biar terbabas macam biasa. Aku nak tengok sejauh mana dia mampu bertahan dalam perubahan tu.." ucap Aakif Aryanz yang sudah tertawa besar. Zulfiqar juga sama.

"Eh, kau tak settle lagi masalah kau dengan perempuan tu.." Zulfiqar mengingatkan Aakif Aryanz.

"Owh.. yelah. Arissya! Hmm.. aku kena pergi cari pujuk dia ni. Kalau tak hancur impian aku.." balas Aakif Aryanz.

"Bro kau nak ke mana tu?" Jerit Zulfiqar.

"Cari Arissya! Aku nak settle dengan dia pula. Aku akan dapatkan dia!" Jerit Aakif Aryanz kuat yang sudah mahu keluar memujuk Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience