Rate

BAB 230

Romance Series 197165

Tengku Arissya sudah sedarkan diri, dia lihat wajah papanya, Hud Mikail dan Iris Ariana disitu. Tengku Harith Zaqwan baru saja masuk ke bilik wad itu. Semua mata memandang ke arahnya. Dia bersalaman dengan Datuk Mustaqim dan Hud Mikail.

Kemudian wajah Tengku Arissya yang baru saja sedarkan diri itu dipandang.

"Macam mana keadaan you, you okay Arissya?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"I'm okay Harith..."

"I harap you cepat sembuh.."

"Apa sebenarnya yang dah terjadi Harith pada anak papa?" Soal Datuk Mustaqim ingin tahu.

"Panjang ceritanya papa. Harith akan ceritakan kemudian.."

Datuk Mustaqim mengangguk faham. Mungkin pertanyaannya tidak sesuai. Tengku Arissya pula banyak mendiamkan diri, dia masih rasa pening.

Adrian Smith dan Sharkief masih menunggu diluar bilik pembedahan, Unit Rawatan Rapi (ICU). Mereka sudah berbaik-baik.

"Kakak aku dah lama kat dalam tu... Aku betul-betul risau.." ucap Sharkief tertunduk lemah.

"Sharleez kuat orangnya. Aku yakin dia akan dapat bertahan.."

"Tapi peluru tu tak layak menembusi tubuh seorang wanita..."

"Kau kena yakin, banyakkan berdoa. Minta Allah permudahkan urusan doktor untuk keluarkan peluru tu.." pujuk Adrian Smith.

Tiba-tiba doktor keluar dari bilik pembedahan, Adrian Smith dan Sharkief bangun serentak menuju ke arah doktor.

"Macam mana dengan kakak saya doktor?"

"Alhamdulillah.. keadaannya stabil, kami berjaya keluarkan peluru tu.. tapi keadaannya masih agak lemah, dia perlukan rehat yang secukupnya.."

"Boleh saya jumpa kakak saya?"

"Buat masa sekarang kami tak benarkan sesiapa jumpa dia. Dia masih dalam pemantauan, mungkin esok baru kami akan tempatkan pesakit di wad biasa..."

"Tapi doktor...." Ucap Sharkief degil, tapi doktor muda itu tidak peduli. Dia segera pergi dari situ.

"Kau kena dengar cakap doktor demi kebaikan kakak kau. Esok kau akan jumpa dia.." pujuk Adrian Smith lagi sekali.

"Aku takkan tenang selagi tak tengok kakak aku," luah Sharkief.

"Aku tahu tapi doktor tentu lebih tahu mana yang terbaik. So, kau kena sabar bro.."

"Okay, hmm.. kau baliklah dulu. Malam ni aku tidur di hospital. Aku nak tengok kakak aku esok.."

"Aku pun akan tidur kat sini. Aku takkan tinggalkan orang yang aku sayang," balas Adrian Smith. Sharkief terdiam. Dia tahu hakikatnya lelaki itu sangat menyayangi kakaknya, tapi salah dia terlalu berkasar dengan Adrian Smith.

"Bro aku minta maaf tumbuk kau tadi. Aku tak patut...."

"It's okay, lupakan!" Potong Adrian Smith.

Tengku Arissya masih dihospital. Hud Mikail dan Iris Ariana sudah pulang, tinggal saja Datuk Mustaqim di situ. Dia sedang bercakap dengan Tengku Harith Zaqwan diluar hospital. Semua cerita dia sudah ketahui. Datuk Mustaqim sangat risaukan keadaan anaknya. Tapi dalam pada masa yang sama hatinya sedih apabila Rokiah a.k.a Sharleez mengalami musibah yang berat. Dia berdoa semoga Sharleez diberi kesembuhan.

"Papa tentu penat, baliklah dulu. Arissya biar Harith jaga kat luar ni dulu.."

"Tapi Harith juga tentu penat kan, biar aje papa yang ada kat sini temankan Arissya.." balas Datuk Mustaqim tidak mahu menyusahkan bekas menantunya itu.

"It's okay papa. Papa balik aje rehat, Harith okay.." pujuk Tengku Harith Zaqwan.

"Kalau macam tu tak apalah papa balik dulu. Esok papa datang sini temankan Arissya. Papa ingat nak bercuti seminggu.."

"Okay papa, don't worry. Harith janji akan jaga Arissya dengan baik dan pantau keadaannya," balas Tengku Harith Zaqwan menyakinkan Datuk Mustaqim.

Malam itu Tengku Harith Zaqwan menjaga Tengku Arissya diluar ruang menunggu. Jika dia menunggu di dalam bilik wad tidak manis pula, lagipun mereka berdua bukan suami isteri.

Sempat juga malam itu dia menemui Adrian Smith, lelaki itu membawa makanan untuknya. Di hopsital yang sama jadi senang untuk saling bertemu dan berhubung, untuk mengetahui keadaan Sharleez juga. Dia berharap semoga anak buahnya itu diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian itu. Dia sentiasa mendoakan yang baik-baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience