Rate

BAB 24

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan whatsapp Tengku Arissya.

"Assalamualaikum. Abang tahu sayang sakit migrain. Serly bagitahu. Tolong jaga diri baik-baik. Kalau perlukan pertolongan abang. Call abang ya.." - Tengku Harith Zaqwan

Tengku Arissya buka whatsapp, dibacanya pesanan daripada Tengku Harith Zaqwan. Dia melepaskan keluhan kecil. Dia sendiri tak faham kenapa Tengku Harith Zaqwan masih mengejarnya. Untuk apa lagi setelah semuanya berakhir? Kenapa dulu lelaki itu lepaskan dia kalau betul-betul sayang? Kenapa tak pertahankan cinta mereka. Kini, semuanya sudah terlambat. Hatinya benar-benar terluka.

Jika Tengku Harith Zaqwan masih berharap yang dia akan menerima semula hubungan cinta mereka, itu hal yang mustahil. Dia tidak mampu menerima seorang lelaki yang telah menghancurkan hatinya. Semua yang terjadi telah membuktikan bahawa Tengku Harith Zaqwan tidak ikhlas mencintainya selama ini. Mencintai Tengku Harith Zaqwan hanya mengundang derita untuknya. Jadi dia tidak akan pernah memberi peluang kepada lelaki itu untuk bersamanya semula. Semuanya telah berakhir.

Beberapa minit kemudian Tengku Harith Zaqwan menelefonnya lagi. Kali ini Tengku Arissya menjawab panggilan itu.

"Nak apa lagi ni?"

"Abang nak tahu keadaan Arissya. Okay tak ni?"

"Eh, kenapa sibuk nak tahu pasal saya ni? Awak tahu tak antara kita dah tak ada apa-apa!" Bentak Tengku Arissya.

"Abang tahu pasal tu. Tapi abang cuma nak tahu keadaan Arissya. Arissya okay tak ni? Sakit lagi ke kepala tu? Dah ada ubat tak?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Nada suaranya begitu risaukan keadaan Tengku Arissya.

"Hello.. helloo.. Arissya. Arissya okay tak tu?" Sambungnya.

Kali ini Tengku Harith Zaqwan buat hati Tengku Arissya sedih. Dia rindu pada rasa peduli bekas suaminya itu. Dulu beginilah layanan Tengku Harith Zaqwan padanya.

Tengku Arissya sebak. Dia matikan panggilan telefon itu. Air matanya mengalir kali ini.

'Kenapa kau datang lagi dalam hidup aku? Kau buat hati aku rapuh Tengku Harith Zaqwan. Cara kau buat aku sebak. Tolonglah pergi.. jangan ganggu aku! Aku baru belajar nak mulakan hidup baru tanpa kau. Kau boleh faham tak? Pergilah jauh-jauh..' Desis hati Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience