Rate

BAB 283

Romance Series 197165

Selepas selesai solat subuh, Tengku Arissya masih terlena dibuai mimipi, itu yang membuatkan Tengku Harith Zaqwan menapak ke balkoni menikmati suasana pagi bersendirian tanpa ditemani kesayangannya.

Cuaca sejuk disitu terasa mahu beku tubuh sasanya, tapi nasib baik tersarung sweater di tubuhnya itu.

Lama Tengku Harith Zaqwan menatap langit pagi, sungguh dia merindui seseorang. Sejak dua menjak ini hatinya benar-benar merindui mamanya, Tengku Suria. Mana mungkin dia melupakan setiap kenangan bersama arwah mamanya. Semua itu amatlah bermakna.

Tiba-tiba terngiang ingatannya pada arwah mamanya.

"Anak mama ni tak pernah tak kacak, haishh tapi buah hati tak ada lagi ni. Macam mana tu. Bila nak kahwin ni.." Usik Tengku Suria.

Tengku Harith Zaqwan tersengih malu dipuji begitu.

"Kenapa? Mama ingat anak mama ni tak ada perempuan nak ke? Berlambak tau yang nak kat Harith, tapi Harith tak layan aje..." balas Tengku Harith Zaqwan, seakan dialah yang paling mahal di dunia ini.

Tengku Suria tersengih, "Yeke? Biasa mama tengok Harith mesra aje dengan klien kita sebelum ni.. semua melayan..."

"Tak adalah, tu dulu. Sekarang Harith faham satu benda," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Faham apa?"

"Setia tu mahal. Harith nak setia dengan jodoh aje. Harith nak jodoh Harith bahagia ada suami yang setia dengan dia sampai hujung nyawa.."

"Good, tunaikan apa yang dikata tu. Insya-Allah mama akan doakan Harith jumpa dengan jodoh yang baik.."

"Sebenarnya kan mama, Harith dah jumpa jodoh Harith tu. Dia cantik macam bidadari. Tapi susahlah mama nak tackle dia. Dia macam sombong sikit," balas Tengku Harith Zaqwan. Sewaktu itu dia baru menemui Tengku Arissya.

"Dia bukan sombong, tapi nilai dirinya mahal. Dia tak mudah nak layan lelaki. Tak pun mungkin anak mama ni tersalah jodoh kut, entah-entah dia tunang orang. Kena siasat dulu tu.."

"Dah siasat, dia tak dimiliki dan memiliki. So, anak mama ni tengah usaha nak rebut hati dia. Kalau dapat dia Harith nak terus jadikan dia sebagai kekasih halal.."

"Kejap, anak mama cintakan dia sebab cantik ke ni?"

"Taklah, cantik tu kan satu bonus. Harith bukan suka dia sebab nafsu semata. Suka dia sebab dia baik, Harith pernah tengok dia ajak sorang mak cik ni dengan anak dia, yang tak ada duit nak beli makanan, makan sekali dengan dia kat satu meja. Dia yang tolong bayarkan semua. Lepas tu siap bagi mak cik tu duit. Bukan senang nak jumpa perempuan sebaik tu..."

"Jadikan dia sebagai menantu mama.."

"Hah? Mama ni biar betul?"

"Mama tak main-main.."

"Tapi Harith tak begitu kenal dengan dia juga ni.."

"Okay, apa nama perempuan tu. Harith tahu tak?"

"Tengku Arissya.."

"What? Tengku Arissya?"

"Yup, itu nama dia. Tapi tak tahulah nama panjang dia.."

"Orangnya lemah lembut, cantik dan sopan, right?"

"Yee mama. Mama kenal ke?"

"Tak begitu kenal, tapi mama tahu dia anak siapa. Dia anak Datuk Mustaqim. Setahu mama dia ada dua beradik aje, sorang lagi adik dia nama Tengku Elvia.."

"Senanglah Harith nak tackle dia. Boleh tak mama tolong Harith untuk kenalkan kami berdua. Bagitahu papa dia. Harith betul-betul nak jadikan dia sebagai isteri.."

"Boleh, mama akan settlekan semuanya untuk anak mama ni.."

"Thank's mama. Love you, muahhhh..." Ucap Tengku Harith Zaqwan gembira. Pipi itu dicium sayang. Dia memang rapat dengan mamanya. Manja.

Dia rindu. Rindu untuk bercerita. Rindu untuk tertawa menangis bersama dengan mamanya. Terlalu rindu.

"Mama... Rindunyaaaa..." Ucapnya perlahan. Sesak.

Tengku Harith Zaqwan memejamkan matanya, lalu air mata rindunya jatuh pada pagi itu.

"Abangggg..."

Tengku Harith Zaqwan cepat-cepat menyeka air matanya apabila dengar suara kesayangannya. Tapi Tengku Arissya cepat dapat menangkapnya...

"Kenapa menangis ni abang sayang?" Ucap Tengku Arissya sambil membelai pipi suaminya. Meminta wajah itu menatapnya.

"Mana ada sayang. I'm okay.."

"Sejak bila suami Arissya pandai pendam apa yang dia rasa ni?"

Kali ini Tengku Harith Zaqwan tunduk. Mukanya merah menyala, dia seakan cuba menahan sebak tapi tidak terdaya, tangis yang disekanya kembali jatuh. Tubuh isterinya dipeluk. Sungguh, dia selalu kalah bila rindukan Tengku Suria.

"Abang rindu mama.." ucap Tengku Harith Zaqwan, teresak-esak dia menangis.

"Okay, tak apa Arissya faham. Rindu tu sakit.."

"Abang selalu kalah kalau rindu mama.. sebab selama ni mama aje ada dengan abang..." Ucapnya perlahan meluah.

Entah kenapa kali ini Tengku Arissya juga sebak, air matanya juga jatuh. Namun, dia berupaya mengawal emosinya. Dia juga sudah tidak punya seorang ibu, jadi dia faham apa yang dirasakan suaminya. Apalagi suaminya memang rapat dengan arwah Tengku Suria.

"Kalau abang rasa dengan menangis buat abang rasa lega, menangislah. Tapi jangan lama-lama tau.."

"Hmmm.."

Tengku Harith Zaqwan cuba mengawal emosinya. Dia merenggangkan pelukan itu.

"Maaf sayang.."

"Kenapa pula nak minta maaf?"

"Tu baju sayang dah basah kena air mata abang.."

"Tak apa, Arissya tak kisah pun.. Abang jangan sedih lagi tau. Mulai hari ini Arissya selalu akan ada untuk abang, so dah tak boleh sedih lagi. Apa-apa masalah atau abang nak luahkan sesuatu, luah semuanya pada Arissya. Boleh tak abang?"

"Boleh sayang, insya-Allah.."

"Dah ye jangan sedih. Kita doakan sama-sama untuk mama tau.." Tengku Harith Zaqwan mengangguk perlahan.

"Hmm abang... Arissya nak tanya something boleh?"

"What dear?"

"Airel ada call kan? Arissya tengok kat log panggilan masuk semalam..."

"Ada call waktu sayang tengah tidur. Abang tak jawab pun panggilan tu. Kenapa sayang marah ke?"

Tengku Arissya hanya diam membisu.

"Tak apalah kalau sayang marah abang minta maaf," ucap suaminya ingin berlalu pergi dari situ. Namun dihalang.

"Abang kejap, janganlah merajuk. Duduk sini.."

Tengku Harith Zaqwan duduk dibangku yang ada diluar balkoni bilik penginapannya.

"Abang marah ke Airel call Arissya?"

"Mestilah abang marah. Sayang milik abang, mana boleh dia kacau sayang..."

"Tapi dia tak tahu yang kita dah kahwin.."

"Kenapa sayang macam nak bela dia ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan tidak puas hati.

"Abang, dengar dulu Arissya nak cakap..."

"Apa?"

"Balik dari bercuti ni Arissya nak berterus-terang dengan dia yang Arissya dah kahwin. Tapi biar Arissya settlekan sendiri. Boleh tak?"

"Tapi...."

"Tak ada tapi-tapi lagi, biar Arissya yang bagitahu sendiri.."

"Kenapa tak nak kita sama-sama bagitahu dia?"

"Arissya tak nak sampai abang dengan dia gaduh. Tak naklah sampai bertumbuk ke apa.."

"Tapi sayang dia tu bahaya, jenis baran. Abang tak nak perkara buruk berlaku..."

"Tapi dia layan Arissya baik aje. Dia takkan berani buat Arissya macam-macam. Trust me.."

"Okay, up to you sayang.." balas Tengku Harith Zaqwan. Kalau berdebat dengan perempuan esok pun tak menang. Perempuan kan selalu betul, yang salahnya semua lelaki.

Abang Telsa kahwin sorang lagi pun, seluruh lelaki kat Malaysia ni yang salah, yang kena hadap kemarahan si isteri. Adess! Begitulah nasib lelaki.

"Okay, Arissya akan settle dengan dia. Tapi abang kena janji tak boleh masuk campur..."

"Okaylah abang janji.."

"Thanks abang!"

"Welcome dear..."

Sebenarnya memberi kata janji itu pada isterinya, ia hal yang tersulit. Tapi dia terpaksa jika itu kehendak isterinya. Kerana dia menghormati keinginan kesayangannya.

Namun jauh ke dalam sudut hatinya, dia berharap tidak ada perkara buruk yang berlaku. Dia berharap Airel Azumi sudah berubah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience