Rate

BAB 243

Romance Series 197233

Jam menunjukkan pukul dua tiga pagi, kini yang tinggal hanya Leo dan John mengawal Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya. Manakala Tengku Qistina dan Tengku Delisha sudah pulang. Faqrul pula menapak ke rumah sewa berdekatan situ, dia mahu tinggal disitu namun dihalau Sichai. Tengku Qistina juga melarang dia berada disitu. Dia tidak mempercayai Faqrul, bimbang lelaki itu menghancurkan rancangannya.

Leo dan John yang berada diatas sofa usang tu sudah tertidur.

"Abang, maafkan Arissya..." Ucap Tengku Arissya yang memandang tepat ke arah Tengku Harith Zaqwan yang diikat pergelangan tangannya dari belakang. Bezanya dia terduduk, tertunduk. Barangkali terlalu sakit.

Terasa masih sakit hatinya mengenangkan orang-orang Tengku Qistina menyakiti tubuh bekas suaminya itu. Tengku Arissya memejamkan matanya seketika, cuba mengusir bayangan ngeri itu dari pandangan matanya. Namun hatinya sedih, tiba-tiba dia menangis.

"Aarghh..." Tengku Harith Zaqwan mengaduh sakit. Dia dengar tangisan Tengku Arissya. Luluh jiwanya. Luluh.

"Arissya, kenapa you nangis?"

Tengku Arissya kembali memandang di hadapannya, dia dapat melihat Tengku Harith Zaqwan sudah sedarkan diri. Dia berasa sangat lega.

"Kenapa abang datang sini selamatkan Arissya?"

"Sebab I tahu you dalam bahaya, I kena selamatkan nyawa you,"

"Tapi kat sini bahaya abang. Nyawa abang boleh melayang..."

"I tak kisah soal nyawa I, yang penting you selamat. I takkan biarkan you menderita. Pasal I you tak perlu risau, lagipun I dah tak ada sesiapa. Mama pun dah tak ada kat dunia ini, apa lagi yang tinggal untuk I Arissya.."

Kata-kata itu membuatkan hati Tengku Arissya terguris parah. Dia tahu Tengku Harith Zaqwan seakan sudah kehilangan semangat, seakan sudah tidak kisah akan nyawanya sendiri.

"Abang tak boleh cakap macam tu. Masih ramai yang menyayangi abang..."

"Arissya pun masih sayangkan abang," sambungnya mengakui rasa sayang yang masih bertapak dihatinya untuk Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan tersenyum mendengar kata-kata itu, "You sayang I Arissya? I tak percaya!"

"Arissya tak tipu abang. Arissya masih sayangkan abang. Cuma entahlah, hati ni terlalu ego untuk mengakuinya sebelum ni.."

"Dah terlambat Arissya, hati I dah tak percayakan you. I dah penat, I dah tak peduli you sayangkan I atau tak.."

"Abang maafkan Arissya. Arissya tahu Arissya kejam, tapi tolonglah jangan macam ni. Arissya tak suka tengok abang lemah," pujuk Tengku Arissya.

"Kenapa baru sekarang Arissya? Kenapa baru sekarang segala keangkuhan dan keegoan you membumi? Kenapa tidak disaat hati I belum hancur berkecai?" Soal Tengku Harith Zaqwan sebak. Air mata seorang lelaki menitis malam itu. Kali ini menitis bersama darah di wajahnya.

Barangkali begitulah keadaan hati lelaki itu, sudah berdarah tanpa ada rasa luka tapi sakit yang tidak terucap.

Tengku Arissya menunduk. Kesal dengan keangkuhan dan keegoan yang dia julang tinggi selama ini.

"You tahu tak Arissya betapa sakitnya perasaan I bila you lebih percayakan orang lain daripada I? You tahu tak, betapa hancurnya hati I bila you hina I dulu, tapi I cuba semampu mungkin bertenang, walaupun ia membunuh jiwa I perlahan. You tahu tak I sakit! Sakit sangat. Sakit Arissyaaaa..." Mendayu kata-kata Tengku Harith Zaqwan, seakan merintih mengungkapkan rasa sakit dijiwanya.

Air mata Tengku Arissya terus mengalir laju, "Maafkan Arissya, abang. Arissya khilaf.."

"I bukan nak dengar kata maaf dari you, sebab I dah lama maafkan you. I cuma nak luah apa yang I rasakan dulu, you tahu sebab apa?"

Tengku Harith Zaqwan diam seketika, cuba mengawal emosinya, "Sebab you tak pernah bagi I ruang dan peluang untuk I luahkan apa yang I rasakan. Semuanya terpendam..."

"You tahu tak Arissya, I mencintai you setengah mati. Ketika kita berpisah, I masih berharap you bagi I peluang untuk kita hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Kerana kita pernah mempunyai impian yang sama, tapi apalah daya I Arissya. I tak mampu menyakinkan you,"

"Arissya tak boleh fikir panjang waktu tu abang. Arissya terluka, semua yang terjadi tu menyakitkan," balas Tengku Arissya juga meluahkan rasa hatinya.

"Terluka?" Ucap Tengku Harith Zaqwan pendek seakan mengejek sambil tersenyum sinis. Kemudiannya, dia bersuara lagi.

"You hanya mengenal luka pada hati you sendiri, tapi you tak pernah peduli luka yang I tanggung selama bertahun. You selfish, Arissya. You fikir I mengkhianati cinta you, tapi hakikatnya ia tak seperti yang you fikirkan. Mana mungkin seorang lelaki yang amat mencintai you sanggup menyentuh perempuan lain yang haram baginya. Tapi malangnya, you tak percayakan I..."

Tangis Tengku Arissya semakin melebat.

"Kehilangan you seakan seluruh jiwa I pergi. I mati rasa. Bukan senang nak up balik bila semua yang kita ada hilang, Arissya... Tapi
sewaktu arwah mama masih ada, dialah yang selalu menyakinkan I yang kita akan kembali dipertemukan pada takdir yang akan datang. Kita akan bahagia bersama...."

"You tahu tak I pegang kata-kata mama tu, sebab tu I kejar you kat Paris. Hujung dunia mana pun I sanggup cari you, tapi I lupa yang I sebenarnya hanya mengejar bayang-bayang you, mana mungkin I akan kembali dicintai. I lelaki yang terbuang..."

Teresak-esak sudah Tengku Arissya, apalagi ketika dia melihat Tengku Harith Zaqwan menangis sambil tersenyum. Dia sedih namun seakan cuba untuk kekal membuktikan bahawa dia baik-baik saja. Tapi jelas, wajah itu sudah terbunuh oleh rasa kecewa yang berdarah.

Tengku Harith Zaqwan juga seakan tidak berdiam diri. Dia memberontak, mahu melepaskan ikatan besi dipergelangan tangannya. Darah semakin banyak mengalir.

Tengku Arissya benar-benar terseksa dan merasa menyesal kerana telah melukai hati lelaki sehebat itu cintanya.

"Abang stop it!"

"Tolong jangan banyak bergerak. Jangan menyakiti diri sendiri, tolonglah Arissya merayu..." Sambungnya.

Tengku Harith Zaqwan diam. Nafasnya laju, turun naik. Nampak yang dia sangat penat.

"Arissya.. lepas ni, apa pun yang terjadi, please larikan diri dari sini. I tak tahu sejauhmana kekuatan I untuk melawan musuh," ucapnya meminta bersungguh-sungguh.

"Tak! Arissya takkan ke mana-mana. Arissya nak keluar dengan abang dari sini,"

"No! Nooo Arissya!" Marah Tengku Harith Zaqwan kuat. Hampir terkeluar halkumnya yang kelihatan tenggelam timbul itu.

"Woiii, apa yang bising-bising tu!" Marah Leo kerana Tengku Harith Zaqwan telah menganggu tidurnya...

"Abang please diam, jantan tu akan bangun sekejap lagi. Diaorang akan pukul abang," pujuk Tengku Arissya...

"I akan diam kalau you setuju dengan apa yang I cakapkan tadi,"

"Please Arissya. Walau apapun yang jadi you kena keluar dari sini. You tak perlu takut Arissya, selagi I ada.. I takkan biarkan sesiapa pun menyakiti you..." Sambungnya perlahan.

Tengku Arissya terdiam. Dan ia mengundang rasa geram Tengku Harith Zaqwan.

"You nak I kejutkan diaorang ke lagi? I boleh mengaum kuat-kuat bagaikan singa,"

"Tengku Harith Zaqwan!"

"Apa Arissya!" Mereka saling bertengkar dan saling memandang sesama sendiri.

"Syhh.. diamlah abang! Diam!" Marah Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan tersengih.

"You ni kalau marah, tak ubah macam dulu. Cantik," balas Tengku Harith Zaqwan memuji kecantikan Tengku Arissya.

Merona merah pipi putih yang gebu macam kuih pau itu. Benar, Tengku Arissya seorang wanita yang sangat cantik. Dan dia sangat beruntung pernah memiliki sebuah cinta yang hebat.

Tengku Harith Zaqwan sangat menjaga maruah bekas isterinya itu. Dia tidak pernah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh Tengku Arissya. Cubalah kalau berani, dia akan meradang gila mempertahankan maruah Tengku Arissya. Sebenarnya sifat itulah yang membuatkan Tengku Arissya sangat mencintai Tengku Harith Zaqwan.

Sifat begitu memang perlu ada pada seorang lelaki, teguh menjaga maruah isterinya. Seorang suami yang baik tidak akan membenarkan mana-mana lelaki memandang isterinya dengan pandangan yang liar. Dia akan selalu menjaganya penuh dengan rasa cinta.

"Jangan nak mengarut, Harith!" Balas Tengku Arissya buat-buat marah.

"Hmm.. Arissya, kuat ya. Tak perlu takut. I akan jaga you kat sini. I dah rasa lega bila dapat tengok you ada depan mata I sekarang ni..."

"Terima kasih, abang..."

"You panggil I abang? Why?" Soal Tengku Harith Zaqwan, dia nampak sudah tenang.

"Macam Arissya cakap tadi, Arissya masih sayangkan abang. Arissya tak kisah abang nak percaya atau tak, tapi itulah yang hati Arissya rasakan..."

Kali ini Tengku Harith Zaqwan hanya membisu seribu bahasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience