Rate

BAB 80

Romance Series 197233

Seminggu kemudian..

Darius sudah dua tiga hari tidak dapat melelapkan matanya. Dia asyik dibayangi wajah arwah neneknya. Adakalanya dia mendapat mimpi ngeri. Dia bermimpi orang kampungnya memaki hamunnya dan memukulnya. Satu persatu dia dibayangi mimpi yang tidak menyenangi.

Dia juga kerapkali teringat kata-kata Tengku Harith Zaqwan kepadanya. Sejak hari itu Darius banyak menyepikan dirinya. Parti liar dirumahnya sudah tidak diadakan lagi. Cuma satu yang dia tidak lakukan, iaitu solat. Dia masih tidak solat. Tempoh hari sewaktu dia solat, Tengku Harith Zaqwan berada di sebelahnya.. jadi dia dapat baca bacaan dalam solat itu. Kemudian, dia sudah lupa semula.

Darius bingkas bangun dari katilnya. Dia menuju ke arah almarinya. Dia buka laci almari yang paling bawah, ada sehelai sejadah di situ. Sejadah itu pemberian arwah neneknya. Dia mencapai sejadah itu, lalu dipeluknya erat sejadah itu. Air matanya mengalir lagi.

Tiba-tiba kedengaran azan maghrib pada waktu itu. Darius nekad dia mahu menunaikan solat maghrib. Dia mencapai telefonnya, lalu dia google bacaan dalam solat satu persatu. Dia mempelajari seketika tentang bacaan dalam solat sebelum ke bilik air mengambil wudhuk.
Dia kemudiannya berdiri di sejadah dan mula solat. Terkumat-kamit mulutnya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Alhamdulillah, dia berjaya menamatkan solat maghribnya meskipun tidak sempurna. Ada bacaannya yang salah. Tapi tidak mengapa, setiap kejahilan yang diiringi usaha untuk mencapai cahaya kebaikan pasti akan dipermudahkan oleh Allah. Bukankah Allah suka kepada hamba-Nya yang ingin bertaubat? Jadi, salah sedikit itu tidak apa-apa.

Tengku Harith Zaqwan sedang baring di atas katilnya, dia meletakkan tangan di kepalanya.. seakan sedang memikirkan sesuatu. Ingatannya kembali pada apa yang Darius katakan. Dia pula berasa sedih mengenangkan kisah silam Darius.

Dalam pada dia ingin mengejar cinta Tengku Arissya, Allah juga telah mentakdirkan dia untuk seseorang di sini. Darius. Nekad dihatinya sudah terpahat kemas, dia berjanji akan membantu Darius untuk kembali menemui cahaya dalam hidupnya. Soal Tengku Arissya dia akan membiarkannya dulu.. tapi itu tidak bermakna dia harus mengabaikan kesayangannya. Dia seperti biasa akan menjaga gadis itu dari kejauhan kerana dia juga memiliki satu janji dengan Tengku Elvia untuk menjaga cintanya, Tengku Arissya.

Kini Tengku Harith Zaqwan memiliki dua tugas di sini, untuk memanusiakan manusia dan untuk menjadi penyelamat cintanya. Tidak perlu menobatkannya sebagai seorang hero. Cukuplah kalau dia mampu menyelamatkan sekeping hati itu agar tidak terjatuh pada orang yang salah, agar tidak ada kesal dihujung usianya.

Tiba-tiba kedengaran whatsapp masuk. Tengku Harith Zaqwan mencapai telefon yang ada di sebelahnya. Segera dia membacanya.

"Bro, tunjukkan pada aku jalan yang benar. Aku nak berubah.." - Darius

"Esok kita jumpa. Lepas aku settle kerja aku. Nanti aku whatsapp location.." - THZ

"Alright. Thank you.." - Darius

Darius berasa lega apabila dia sudah whatsapp pada Tengku Harith Zaqwan. Dia kini berazam ingin berubah menjadi orang yang lebih baik daripada semalam.

"Wey.. mana Darius? Keluar ke?" Soal Aakif Aryanz yang baru saja pulang ke rumah pada malam itu.

"Ada dalam bilik tu," balas Zulfiqar yang sedang menonton televisyen.

"Apahal dia tu asyik berkurung dalam bilik dah dua tiga hari," ucap Aakif Aryanz hairan. Kebiasaannya Darius jarang berada dirumah. Setiap malam dia akan keluar dan pulang pada waktu pagi.

"Entahlah, aku pun naik hairan dengan perangai dia tu," Zulfiqar juga merasakan hal yang sama. Hairan dengan perubahan sikap Darius.

"HIV positif kut," balas Aakif Aryanz.

"Gila kau doakan kawan macam tu!"

"Mana ada aku doa. Aku tak tadah tangan punlah," balas Aakif Aryanz.

"Ucapan pun doalah!"

"Arghh.. persetankan semua tu! Ada aku kisah?"

"Mulut kau ni macam puakalah, jagalah sikit!" Balas Zulfiqar. Walaupun Zulfiqar seorang playboy, tapi setidaknya dia masih menjaga lidahnya. Berbeza dengan Aakif Aryanz, main sembur saja.

"Yelah.. tu pun nak bising! Eh, kau pergi tengok si Darius tu kejap!" Ucap Aakif Aryanz yang sudah menolak tubuh Zulfiqar supaya melihat Darius di dalam biliknya.

"Apa kau ni. Kaulah yang pergi, aku malaslah!" Marah Zulfiqar.

"Pergilah!" Desak Aakif Aryanz.

"Buat apa? Biarlah Darius tu nak berehat, nak kacau kenapa?"

"Alaaa.. kau pergilah! Dah lama Darius tak buat parti kat rumah ni. Tak ajak kawan perempuan-perempuan dia datang sini. Aku dahagakan kenikmatanlah.." Ucap Aakif Aryanz kotor, dia juga merupakan kaki perempuan. Malang betul seorang wanita yang bakal bersuamikan suami seperti Aakif Aryanz.

"Okaylah aku pergi tengok Darius tu," balas Zulfiqar yang sudah bingkas bangun. Bantal ditangannya dibaling pada Aakif Aryanz.

Zulfiqar ke bilik Darius. Pintu bilik itu diketuk tapi tiada sahutan suara. Zulfiqar memulas tombol pintu bilik Darius, pintu itu terkuak. Dia tergamam.

"Macam mana? Dah tanya Darius pasal parti tu?" Soal Aakif Aryanz apabila Zulfiqar kembali ke ruang tamu.

"Eh, kau apasal ni?" Sambung Aakif Aryanz menyoal Zulfiqar.

"Darius.. diaa.. diaaa...."

"Dia apa?"

"Dia dah berubah," balas Zulfiqar.

"Kau cakap apa ni aku tak fahamlah. Hisyh, tak boleh harap langsung. Biar akulah yang pergi tanya dia!" Marah Aakif Aryanz yang sudah bingkas bangun untuk ke bilik Darius. Kali ini dia pula yang tergamam.

Segera pintu bilik itu ditutup semula. Dia melihat Darius sedang tidur dan memeluk sehelai sejadah penuh erat.

"Dah tengok?"

"Dah. Aku dah faham kau cakap apa tadi," balas Aakif Aryanz.

"Pelik kan? Macam mana dia boleh berubah jadi baik dalam sekelip mata ni. Tiba-tiba pula tu.. siapa yang bimbing dia?"

"Entahlah, kau rasa?"

"Wey.. aku kan tanya kau. Kau tanya aku balik buat apa?" Marah Aakif Aryanz. Dia rasa tidak mungkin kawan baiknya berubah atas kesedarannya sendiri, tentu ada yang membimbing Darius.

Kali ini dia perlu lebih bersiap sedia. Jika Darius berubah jadi baik, dia dan Zulfiqar sudah tentu tidak akan dibenarkan membawa balik perempuan lagi dirumah ini. Jadi, dia perlu menghalang perubahan itu. Darius harus tetap menjadi dirinya yang dulu.

Begitulah sifat hati yang penuh keji dan kotor. Aakif Aryanz telah jauh tersasar ke arah jalan neraka. Mampukah lelaki sekejinya berubah? Tak siapa tahu. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience