Rate

BAB 179

Romance Series 197233

Tengku Arissya jauh mengelamun, matanya kosong memandang bangunan gah di hadapannya. Dia teringat semula nasihat papa dan adiknya sebelum ini. Dia akui ada benarnya nasihat mereka tapi kadang-kala dia perlukan seorang teman untuk berbual-bual mengisi kekosongan hatinya, itu salah satu sebabnya dia suka berkawan dengan Faqrul. Lelaki itu senang diajak berbicara.

Bukan mahu dia melawan cakap papanya, tapi hidupnya terasa sunyi. Kosong. Jika mahu berbual terlalu lama dengan adiknya, adiknya sudah mempunyai suami. Tanggungjawabnya lebih besar pada suaminya. Jadi, masa dengan adiknya kini terlalu singkat. Tidak hanya singkat, namun kian renggang. Dia tidak sukakan semua yang sedang berlaku ini.

Benar, dia terluka dengan sikap Tengku Harith Zaqwan di atas penipuan itu. Kalaulah bekas suaminya jujur padanya, mungkin dia boleh menerima semula kehadiran Tengku Harith Zaqwan dalam hidupnya tapi sekarang semuanya sudah terlambat, hati dia sudah tertutup sepenuhnya.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Tengku Arissya.

"Masuk!"

"Cik Arissya ada orang nak jumpa," bagitahu setiausahanya.

"Okay, suruh dia masuk," balas Tengku Arissya tanpa berpaling ke belakang. Dia masih setia memandang bangunan gah itu.

"Jauh mengelamun, fikirkan apa? Masa depan ke?" Soal satu suara. Tengku Arissya terkedu. Dia menoleh ke belakang, betul anggapannya.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Tengku Arissya tanpa menjawab pertanyaan itu.

"Abang datang untuk bincang pasal projek, tidak bermaksud untuk menganggu Arissya," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi bukan sepatutnya Encik Nazmi ke yang datang sini?"

"Betul, tapi dia ada masalah. Isteri dia sakit,"

"Owh okay, kita bincang sekarang sebagai rakan bisnes. Silakan duduk," balas Tengku Arissya bersikap profesional.

Mereka berbincang secara baik, namun sepanjang perbincangan Tengku Harith Zaqwan asyik memandang seraut wajah cantik itu. Sudah lama dia tidak memandang wajah itu dari dekat. Sungguh dia rindukan Tengku Arissya.

"Pandang kertas ni, bukan pandang I. Tolong profesional sikit," tegur Tengku Arissya yang perasan mata Tengku Harith Zaqwan asyik tertumpu padanya saja.

"Hmm Arissya, kat bawah mata you tu ada something,"

"What?" Soal Tengku Arissya.

"Kejap I tolong," ucap Tengku Harith Zaqwan. Kemudian dia tunjukkan pada Tengku Arissya apa yang ada di mata itu.

"Laaa.. bulu mata jatuh rupanya," ucap Tengku Arissya.

Masih ada bulu mata Tengku Arissya di salah satu jari Tengku Harith Zaqwan, dia senyum, "Arissya tahu tak kalau bulu mata kita jatuh itu tandanya kita sedang merindui seseorang,"

"Betul ke?"

"Betullah, mungkin sekarang dalam diam Arissya tengah rindukan abang. Kan?"

"Harith jangan nak merepeklah,"

"Mengaku ajelah sayang,"

"Eh, ada ke pula suruh I mengaku, mana boleh paksa. Dah memang I tak rindu you,"

"Buanglah bulu mata tu," sambung Tengku Arissya.

"Tempat terbaik buang bulu mata ni, kat sini.." ucap Tengku Harith Zaqwan sambil meletakkan bulu mata Tengku Arissya dalam rambutnya dibahagian atas.

Terkedu Tengku Arissya, "Apalah you ni, kenapa letak kat rambut tu?"

"Ada yang pernah cakap dengan abang, kalau kita letak bulu mata kita dekat rambut. Rambut kita akan jadi semakin lebat,"

"Rambut you tu dah lebat kan, lagi satu bulu mata tu.. bulu mata I, bukannya yang you punya," balas Tengku Arissya. Kali ini Tengku Harith Zaqwan tergelak.

"Kenapa gelak?"

"Arissya ni cantiklah,"

"Tak payah nak pujilah. Mentang-mentang curi bulu mata orang letak atas rambut dia, nak puji-puji pula," balas Tengku Arissya seakan menahan tawanya. Dia mahu tergelak dengan apa yang dia ucapkan itu.

"Sayangggg... abang rindu sangat," ucap Tengku Harith Zaqwan. Mata mereka saling bertaut untuk seketika. Memang benar tulus rindu itu, Tengku Arissya dapat melihatnya dari dalam mata bekas suaminya.

"Arissyaaaaa..." Ucap satu suara riang menyapa dari luar pintu yang sudah dikuak itu tanpa ketukan.

Mata Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya memandang ke arah itu perlahan.

Faqrul rupanya yang datang. Namun dia terkedu melihat keduanya disitu. Panas betul hatinya. Cemburunya membara, hingga terbakar. Mukanya masam mencuka.

"Faqrul, you buat apa kat sini?" Soal Tengku Arissya yang sudah bingkas bangun.

"I nak ajak you lunch, tapi kenapa jantan ni ada kat sini pula?"

"Harith ada urusan kerja dengan I,"

"So, you busylah ni? Ke dah settel, jomlah lunch," ajak Faqrul.

"I ada meeting lepas ni, so sorry. I tak dapat temankan you lunch," penolakan itu mengundang amarah Faqrul. Bengang dia bila ditolak pula depan Tengku Harith Zaqwan.

"Arissya please jomlah lunch dengan I," desak Faqrul. Dia siap memegang pergelangan tangan Tengku Arissya. Nasib baik tidak tersentuh kulitnya.

"Faqrul I kan dah bagitahu you, I ada meeting kejap lagi," ulangi Tengku Arissya.

"Dah tu you nak keluar lunch dengan jantan ni?"

"Kenapa dengan you ni? Kenapa desak I macam ni sekali, ni bukan pasal dia," balas Tengku Arissya agak tegang kali ini wajahnya.

"Jom lunch dengan I," Faqrul menarik pergelangan tangan Tengku Arissya.

"Lepaslah. Apa paksa-paksa ni!" Marah Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan dari tadi menahan amarahnya, kali ini tanpa sepatah kata. Perut Faqrul ditumbuk kuat.

"Argggghh.. arghh.." Faqrul mengerang kesakitan, secara automatik pergelangan tangan Tengku Arissya dilepaskan.

"Dia tak nak kau paksa buat apa. Berambus dari sini!" Marah Tengku Harith Zaqwan yang sudah menarik baju Faqrul kuat dan menghumbannya keluar bilik Tengku Arissya. Kemudian pintu bilik itu dikunci.

"Jom Arissya kita sambung perbincangan ni lagi, kejap lagi I pesan makanan, kita lunch sini ya," ucap Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya yang masih terkedu hanya mengangguk saja kerana Tengku Harith Zaqwan juga ikut serta dalam meeting itu.

Faqrul bukan main marah. Tidak semena-mena dia sepak tayar keretanya. Dia sakit hati tengok Tengku Harith Zaqwan rapat dengan gadis pujaannya.

Semua ini tidak boleh berterusan, jika tidak hancur segala impian dan harapannya. Tengku Harith Zaqwan benar-benar melampau, dia suka masuk campur dalam urusannya. Nahaslah kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience