Rate

BAB 88

Romance Series 197233

Seminggu kemudian..

Tengku Harith Zaqwan sudah dapat menarik nafas lega. Akhirnya Darius dan Rubina Elizaberth sudah kembali bersama sebagai suami isteri. Masalah Darius dan Alessandra juga sudah selesai. Gadis itu sudah tidak menganggu hidup Darius, hubungan mereka juga sudah terputus.

"Bro!" Panggil Aakif Aryanz. Tengku Harith Zaqwan berpaling ke belakang, dia senyum.. seperti biasa dia berlagak tidak tahu apa-apa.

"Hei, kau rupanya. Lama kau tak datang sini.."

"Kau tu yang asyik cuti aje. What is your problem?" Soal Aakif Aryanz. Zulfiqar tersengih. Dia juga ada di situ.

"Tak ada apalah, aku saja nak relax. Penat kerja," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Kau penat asyik kat rumah aje, kita orang penat pun ada perempuan melayan. Best wey!" Balas Zulfiqar mencelah. Aakif Aryanz tergelak.

"Aku tak sukalah semua tu," balas Tengku Harith Zaqwan jujur.

"Eh, mana Darius?" Sengaja Tengku Harith Zaqwan bertanyakan soal Darius. Muka Aakif Aryanz dan Zulfiqar langsung berubah.

"Kau ni buat aku hilang mood ajelah!" Marah Aakif Aryanz.

"Kenapa pula? Lain macam aje kau cakap ni.."

"Kita orang ni bergaduh dengan Darius. Kami dah lama buat hal sendiri," sampuk Zulfiqar.

Tengku Harith Zaqwan buat muka terkejut, "Gaduh sebab apa?"

"Eh, dahlah. Kau ni bisinglah Harith.. banyak pula tanya. Tak payahlah tahu sebab apa. Tapi yang pasti, kawan aku tu dah banyak berubah. Aku pula tak suka pada perubahan dia tu, ia mendatangkan banyak masalah pada aku.." balas Aakif Aryanz meluahkan rasa terkilannya. Namun dia tidak bercerita masalah yang dihadapinya itu.

"Okay bro aku tak tanya lagi. Relax okay. So, kau nak order apa ni?"

"Bagi aku mousse de chocolate and waffel.."

"Kau?"

"Coffee," balas Zulfiqar.

Rubina Elizaberth tergelak apabila Darius mengusiknya. Inilah kali pertama Darius melihat isterinya tersenyum bahagia.

"I happy tengok you senyum macam ni Rubina," ucap Darius.

"Really?"

"Yup, I'm so happy. I minta maaf sebab dah seksa you selama ni. I langsung tak hargai cinta you," balas Darius masih kesal dengan sikap buruk dia selama ini terhadap Rubina Elizaberth.

"It's okay Darius, lagipun you dah berubah," balas Rubina Elizaberth. Dia boleh saja berbahasa melayu tapi tutur katanya tidak begitu jelas.

"Thank's dear. I really love you!" Ucap Darius yang sudah merangkul pinggang isterinya. Pipi itu dicium penuh sayang.

"Darius.. hmm siapa Tengku Harith Zaqwan? Dari mana you kenal dia?" Soal Rubina Elizaberth dalam keadaan Darius masih lagi memeluknya.

"Dia anugerah terindah dalam hidup I. Dialah yang banyak ubah I. Dia dari Malaysia," balas Darius.

"Dia buat apa kat sini? Kerja ke?"

"Ya, dia bekerja disini. Kat situlah I jumpa dia.."

Darius merenung wajah isterinya, seakan ada yang sedang dia fikirkan, "Dear.. kita pindah dari sini.."

"For what?"

"Rumah ni kecil, kita pun dah kahwin. So, apa kata kita pindah ke rumah asal kita. Rumah tu luas dan lebih selesa.."

"Bukan ke rumah tu kawan you tinggal kat situ?"

"I nak halau mereka berdua," balas Darius serius.

"Why?"

"Sebab I nak ajar mereka cukup-cukup. Selama ni I yang tanggung dia orang. Tapi sekarang I nak mereka belajar sesuatu.."

"Okay up to you Darius.." balas Rubina Elizaberth. Dia ikutkan saja jika itulah kehendak suaminya, lagipun dia juga rindu pada rumah lamanya itu.

Esok paginya, Aakif Aryanz bengang. Dia meludah ke kanan.

"Ciss!! Tak guna punya kawan. Stupid!"

"Sabar bro..." pujuk Zulfiqar cuba menenangkan Aakif Aryanz.

"Sabar kepala otak kau! Aku dah tak boleh sabar lagi!" Jerit Aakif Aryanz marah.

Semalam Darius pulang ke rumahnya meminta supaya Aakif Aryanz dan Zulfiqar keluar dari rumahnya. Dia mahu tinggal bersama isterinya, Rubina Elizaberth.

"Aku nak kau keluar dari rumah ni. Ini rumah aku!" Tegas Darius.

"Bro apa semua ni? Sampai hati kau buat kami berdua macam ni," ucap Zulfiqar. Aakif Aryanz diam tergamam.

"Aku tak kira! Aku nak kau orang keluar dari sini. Ini rumah aku. Hak aku!"

"Hak kau apa? Ni rumah milik bekas isteri kaulah. Kau tak payah berlagaklah.. kau tinggal sini pun, dapat kekayaan ni semua pun atas ihsan isteri kau aje!" Marah Aakif Aryanz sudah mula bersuara.

Darius tersengih, "Sorry, bukan bekas isteri. Isteri aku. Aku dan dia dah berkahwin semula. So, kau tak payah nak perli aku ke apa okay.."

"Tak guna kau!!!" Tempik Aakif Aryanz, satu penumbuk melayang di muka Darius.

"Kau sedar diri sikit, kau tu menumpang selama ni. Malulah!!!" Marah Darius.

"Okay dah jangan gaduh lagi, kita settle cara baik.." ucap Zulfiqar cuba bertenang.

"Bro, kami ni kawan kau juga. Kau halau kami berdua macam ni.. mana kami nak tinggal? Tolonglah kasihankan kami," balas Zulfiqar cuba berbincang.

"Aku ni tak terlalu kejam macam korang. Baik, korang boleh tinggal kat rumah yang aku tinggal sekarang ni dengan Rubina. Esok kau datang ke alamat ni," ucap Darius memberi alamat rumahnya kepada Zulfiqar.

"Thank's bro.."

Itulah cerita semalam, penghinaan itu takkan Aakif Aryanz lupakan. Dia pasti akan membalas dendam terhadap Darius.

"Ni rumah ke kandang lembu?" Soal Aakif Aryanz yang sudah mengangkat bagasinya masuk ke rumah kecil itu.

"Okaylah ni daripada kita merempat kat tepi jalan," balas Zulfiqar.

"Penghinaan ini akan aku balas nanti. Kau tengoklah!" Ucap Aakif Aryanz dengan penuh kemarahan.

"Bro.. sudahlah tu. Setidaknya Darius tu masih ada hati, bagi kita menumpang kat rumah ni. Ada juga tempat kita nak tinggal," pujuk Zulfiqar.

Darius pula sudah mula tinggal di rumahnya. Bukan main suka Rubina Elizaberth. Rindunya sudah terubat akhirnya.

"I'm so happy Darius, dapat juga I kembali ke sini.."

"Rumah ni milik you sayang. Hak you, so I akan kembalikan semula semua harta you," balas Darius.

"Kita dah kahwin, so biarlah.. rumah ni dah jadi milik kita berdua.. you tak payah fikir soal tu lagi," balas Rubina Elizaberth. Darius hanya menganggukkan kepalanya perlahan dan tersenyum pada isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience