Rate

BAB 241

Romance Series 197233

Jam 6.00 petang Tengku Qistina mengajak Faqrul menemuinya di salah sebuah restoran. Dia mahu memberitahu lelaki itu soal Tengku Arissya.

"Apahal nak jumpa ni bos?"

"Kau apahal hah aku call tak jawab? Dah lupa siapa yang jadikan kau lelaki kaya?" Soal Tengku Qistina.

"Bukan ke bos juga cakap aku kena rehat dulu. Kalau ada apa-apa baru bos panggil aku.."

"Tak payah bagi aku alasanlah!" Jerit Tengku Qistina geram.

"Syhh... bos, perlahankan sikit suara tu. Nanti ada yang dengar. Okay, aku minta maaf. So, ada apa nak jumpa aku ni?" Soal Faqrul serius.

"Aku nak kau ada malam ni. Aku nak kau jaga kawasan tempat aku malam ni," ucap Tengku Qistina.

"Tempat apa pula ni?" Soal Faqrul tidak faham.

"Aku nak kau jaga di kawasan hutan, lagipun aku dah berjaya culik Tengku Arissya..."

"Hah? Kau biar betul bos? Jangan main-main. Berdosa.."

"Aku tak main-main. Tengku Arissya ada dalam genggaman aku.."

Tengku Qistina menceritakan semuanya. Faqrul mengangguk perlahan, baru dia tahu semua cerita. Bukan main suka dia, tersenyum sengih. Ini merupakan satu berita gembira.

"Aku boleh je jaga Arissya tu. Aku ni pun tengah dahagakan belaian dia.." ucap Faqrul tidak sabar mahu memiliki Tengku Arissya. Kotor sungguh hatinya.

"Kau cuma diarahkan menjaga tempat tu bersama Leo dan John, Arissya jangan usik. Faham!" Tegas Tengku Qistina.

"Okay bos, aku tak usik dia..." Balas Faqrul. Namun begitulah, janji seorang lelaki selalu mungkir.

"Aku ikut kau sekaranglah bos, lagipun aku dah tak ada kerja nak buat ni..." Sambungnya. Tengku Qistina mengangguk perlahan. Faqrul mengikut jejak Tengku Qistina. Dia mahu menemui pujaan hatinya.

Sichai melihat keadaan Tengku Arissya, dia mahu memastikan gadis itu dalam keadaan baik.

"Macam mana dengan dia ni?" Soal Sichai.

"Settle bos! Perempuan ni tak banyak karenah. Aku bagi makan dia makan..." Jawab Leo.

"Bagus! Mana betina tu?" Soal Sichai sambil menghisap rokok. Berkepul-kepul asap rokoknya sehingga ia mengundang rasa kurang senang Tengku Arissya. Dia terbatuk-batuk.

Tengku Arissya paling tidak suka lelaki yang suka merokok, dia menegur Sichai, "Eh, apahal merokok kat sini. Merokok kat tempat lainlah,"

Sichai mengalihkan pandangannya ke arah Tengku Arissya, lalu menghampirinya, "Suka hati akulah woi..."

"Aku tak suka bau rokok!" Marah Tengku Arissya. Sichai tersengih, dia menyalakan putung rokok lain.. lalu dihisap dan dihembusnya betul-betul depan muka Tengku Arissya.

Dia terbatuk kuat, kepalanya tiba-tiba rasa sakit. Bau rokok itu akan mengundang migrainnya. Leo dan John hanya tergelak menyaksikan semua tu.

"Jaga dia, aku nak rehat kat bilik sana tu.." arah Sichai.

Sichai mahu ke bilik kosong, ruangan rehat. Namun langkahnya terhenti, apabila melihat kelibat Tengku Qistina membawa seseorang ke tempat mereka.

"Hey perempuan, kau bawa siapa ni?" Tegur Sichai.

"Aku bawa Faqrul. Kau lupa ke dia ni siapa? Dia orang kita juga..." Tengku Qistina mengingatkan Sichai. Dia pun tak pasti Sichai sudah menemui Faqrul atau tidak sebelum ini.

"Apasal lembik aje aku tengok jantan ni.." ucap Sichai sambil menepuk bahu Faqrul, tak semena-mena perut Faqrul tiba-tiba ditumbuknya kuat. Mengaduh sakit Faqrul dibuatnya.

"Sssakittttlah..."

"Kau apahal ni Sichai, nak cari gaduh ke apa?"

"Relax bos, aku cuma uji kekuatan dia.." balas Sichai.

"Tak perlulah sampai tumbuk dia ni," balas Tengku Qistina.

"Macam mana, kau dah hubungi lelaki tu? Jadi ke malam ni seperti yang dirancang?" Soal Sichai.

"Of courselah jadi, aku akan contact dia jam sepuluh malam. Dan kau kena buat persiapan awal, untuk pastikan tak ada yang ikut sama ke tempat kita.."

Sichai mengangguk faham.

"Leo, John ikut aku!" Panggil Sichai kuat, bergema satu tempat itu. Leo dan John mula melangkah ke arah bosnya. Sichai mahu melihat jalan ke laluan yang Tengku Harith Zaqwan perlu lalui.

"Malam ni sebelum jam sepuluh kau dah kena ada sini, sebab sekejap lagi aku dah nak balik. Pastikan Leo dan John jaga Arissya dulu kat sini bersama Faqrul," ucap Tengku Qistina sebelum Sichai berlalu pergi dari situ.

Faqrul menapak ke arah Tengku Arissya, dia segera menyapa gadis itu dari arah belakang.

"Hai, Arissya..."

Tengku Arissya mengangkat wajahnya. Membulat matanya.

"Faqrul..."

"Macam mana you boleh ada kat sini?" Sambungnya menyoal. Dan tiba-tiba Tengku Qistina berada dibelakang Faqrul sambil tersenyum sinis.

"Arissya... kau ni bodoh juga ya walaupun berpelajaran tinggi. Dah tentulah Faqrul datang sini nak tengok kau. Katanya tadi, dia dahagakan belaian kau..." Usik Tengku Qistina, sengaja dia mahu takutkan Tengku Arissya.

"Apa yang kau cakapkan ni Qistina?"

"Faq you kenal dia? Bukan ke you...."

Ayat Tengku Arissya tergantung, dia masih tidak faham.

"Sayang.... you tak boleh nak fikir ke? I sebenarnya dah lama kenal Qistina. Kami ada bekerjasama untuk mencapai matlamat tertentu," balas Faqrul.

"Owh.. jadi you dengan Qistina bekerjasama untuk menghancurkan I?"

"Yup, Arissya. Untuk pengetahuan you, Tengku Qistina ni bos I. Selama ni kami bekerjasama untuk menghancurkan hubungan you dan Harith. Qistina dekati Harith dan I dekati you," balas Faqrul membongkar segala kekeliruan Tengku Arissya.

Mahu menitis air mata Tengku Arissya mendengar kenyataan itu. Betapa kejamnya mereka berdua.

"Kau orang berdua memang iblis!"

"Gila!"

"Tamakkk!" Jerit Tengku Arissya berulang kali. Tengku Qistina geram, laju saja langkahnya ke arah Tengku Arissya lalu menamparnya kuat.

"Kau yang bodoh percayakan aku kenapa? Sekarang nilah balasannya!" Marah Tengku Qistina.

Faqrul tersengih sinis, dia pula kali ini bersuara, "Arissya you tak payah sedihlah. Semua dah terlambat, you dah tak boleh putar balik masa bodoh tu kepada bijak,"

"Lagi satu, you dengan Harith memang tak ditakdirkan untuk bersama. Biar I aje bahagiakan you dengan belaian," ucapnya lagi yang sengaja menyuakan mukanya dekat dengan Tengku Arissya. Sumpah! Tengku Arissya jijik mendengar kata-kata Faqrul.

Kalau tangannya tidak terikat saat ini, mahu rasanya dia menampar kuat pipi lelaki itu yang sungguh biadap dan kekurangan adab itu. Nama saja pendidik, tapi kotor pemikirannya.

"Faq okaylah, aku balik dulu. Kau jaga Arissya," ucap Tengku Qistina yang mahu menjemput adiknya, Tengku Delisha.

"No hal, bos. Aku pasti akan jaga dia," balas Faqrul sudah tersengih sinis. Ada sesuatu yang nakal bermain diruang fikirannya.

Sichai, Leo dan John pula sedang menanda tempat dikawasan sekitar situ.

"Berdua tu lebih baik kan?" Ucap Faqrul, wajahnya seakan sudah bertukar menjadi iblis.

"Aku memang lelaki tak guna!"

Faqrul ketawa terbahak-bahak, Tengku Arissya rasa cuak. Namun dicekalkan hatinya.

"Hanya dengan cara ni Arissya aku dapat memiliki kau. Kau tahu tak, aku geram dengan kau. Kau tu sombong dan suka jual mahal. Kau fikir kau siapa hah? Berani kau tolak cinta aku," sinis saja kata-kata Faqrul.

"Aku tolak cinta kau sebab aku tak cintakan kau!" Tengking Tengku Arissya.

Faqrul tersengih sinis, "Really?"

"Sekarang aku dah tak kisah pun, aku dah boleh dapatkan kau dengan cara macam ni," sambungnya...

Faqrul mendekatkan wajahnya ke muka Tengku Arissya. Seakan mahu mencium gadis itu, namun Tengku Arissya memalingkan wajahnya ke lain.

"Eh, kau nak buat apa ni hah?" Marah Tengku Arissya. Dia rasa mahu menangis.

Faqrul tidak peduli, dia mahu mencium pipi gebu itu.

"Faqrul ingat Allah! Kau jangan melampaui batas..." Marah Tengku Arissya, sungguh dia merasa sangat jijik dengan perlakuan Faqrul itu.

"Woiii!" Marah Sichai, dia menghumban Faqrul ke lantai kuat. Terjatuh Faqrul ke lantai.

"Gila! Kau buat apa kat dia hah?" Tengking Sichai.

"Aku cuma nak manja-manja dengan dia aje," marah Faqrul. Kesal dia dengan Sichai. Potong line betul.

Sichai bengang, tak pasal-pasal dia menyepak bahagian muka Faqrul. Darah merah mengalir dari bibir lelaki itu...

"Bermanja kepala otak kau! Perempuan ni aku kena jaga elok-elok. Kalau tak jantan tu takkan bagi aku duit satu sen pun..." balas Sichai.

"Aghh.. sakitlah bodoh!" Jerit Faqrul.

"Leo, John humban lelaki ni keluar!" Arah Sichai. Leo dan John menghumban Faqrul keluar dari tempat itu.

Sichai dapat melihat air mata Tengku Arissya mengalir laju. Namun dia tidak menghiraukannya. Tengku Arissya merasa sangat takut, dia tidak mahu menghadapi rasa itu lagi. Jiwanya gementar, namun apakan daya. Hari ini baru dia sedar, kenapa Tengku Harith Zaqwan dan keluarganya melarang dia keluar. Jadi, inilah bahaya yang dia perlu hadapi kerana kedegilannya.

Selama ini Tengku Harith Zaqwan berkeras memberitahunya agar menjauhi Faqrul, namun dia tetap dengan gahnya membela Faqrul, lelaki jalang itu. Banyak perkara yang dia abaikan, sampaikan semuanya musnah. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi kepadanya. Dia takut untuk terus berada ditempat yang penuh dengan kegelapan ini.

Tengku Arissya sangat berharap ada yang membantunya, tapi siapa? Siapa yang sudi menolong perempuan yang keras kepala macam dia. Mana mungkin Tengku Harith Zaqwan akan datang menyelamatkannya.. dia dah banyak melukai hati lelaki itu. Kesal pun tiada gunanya lagi. Dia sendiri yang tidak pernah mempercayai dan menghargai Tengku Harith Zaqwan. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya.

Malam yang ditunggu-tunggu, Tengku Harith Zaqwan memandu laju ke tempat itu. Lokasinya sudah ada. Dia hanya bersendirian ditemani pekatnya malam demi menyelamatkan nyawa Tengku Arissya. Apapun dia sanggup tempuhi walaupun mungkin nyawanya menjadi taruhan.

Ada satu cip kecil, sangat kecil yang dia dapatkan diluar negara. Cip itu ada di dalam isi dagingnya.. sakit yang tak terucap dadanya, apabila cip itu dimasukkan dibahagian dadanya. Namun, dia rela menempuhi semuanya. Cip itulah yang akan membantu Adrian Smith mengesan keberadaan Tengku Harith Zaqwan dan cip yang berfungsi sebagai alat pembesar suara itu juga, akan direkod. Bukti itu akan dibawa ke balai polis apabila sudah terkumpul dengan sempurna. Setelah itu, polis yang akan bertindak. Semoga perancangan kali ini berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience