Rate

BAB 101

Romance Series 197165

Dua tiga hari kemudian..

"Akak cakap dengan siapa dalam handphone tu?" Soal Tengku Elvia setelah kakaknya selesai bercakap menerusi telefon. Petang itu mereka keluar berdua menikmati keindahan Kota Paris, berjalan-jalan di sekitar Menara Eiffel.

"Tak ada siapalah," balas Tengku Arissya.

"Yelah tu, akak cakap dengan lelaki tak guna tu kan?"

"Siapa pula ni?"

"Tulah, lelaki yang nama Aryanz tu.." balas Tengku Elvia.

"Ya, kenapa. Salah ke kalau akak cakap dengan dia? Lagipun dia dah jadi kekasih akak.."

"What?" Terkedu Tengku Elvia mendengar kenyataan tu.

"Kami berdua dah bercinta. Akak dah pilih dia sebagai pasangan hidup akak. Puas hati?"

Tengku Elvia tersengih sinis, "Akak ni memang dah butalah!"

"Elvia!"

"Akak tahu tak, apa yang akak buat ni salah. Akak bercinta dengan lelaki yang ada niat jahat terhadap akak. Kenapa dengan akak ni hah? Kenapa susah sangat nak faham apa yang Elvia cakap?"

"Aryanz tak jahat! Jaga sikit mulut tu. Kenapa dengan Elvia ni asyik buruk sangka aje, atau memang ada orang meracuni fikiran Elvia ni.." perli Tengku Arissya.

"Owh.. so, akak nak cakap yang Abang Harith meracuni fikiran Elvia, macam tu?"

"Yup, selama ni dia pun tak pernah sukakan Aryanz. Dia samalah macam Elvia, buruk sangka pada Aryanz. Suka cakap bukan-bukan. Dia ingat dia dah cukup baik agaknya sampai rasa layak untuk menilai orang lain dengan cara macam tu!" Marah Tengku Arissya tidak berpuas hati dengan Tengku Harith Zaqwan.

Panas betul hati Tengku Elvia mendengar kata-kata kakaknya itu, "Kakak tahu tak apa yang Abang Harith bagitahu tu semuanya betul. Lelaki yang akak anggap baik tu memang ada niat jahat terhadap akak. Dia sanggup lakukan apa saja demi wang. Kenapalah akak ni bodoh sangat!"

"Elvia you're too much!" Jerit Tengku Arissya. Tengku Elvia malas melayani kemarahan kakaknya, dia berjalan mendahului kakaknya ke hadapan.

Secara tak sengaja dia terlanggar bahu seseorang di situ. Dia terkedu melihat lelaki itu.

"Abang Harith!"

Kebetulan Tengku Harith Zaqwan pula keluar bersama Iris Ariana pada hari itu atas urusan soal pembahagian harta pusaka. Mata Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya beradu.

"Laaa.. tak sangka pula boleh jumpa abang kat sini. Buat apa kat sini?" Soal Tengku Elvia. Tengku Harith Zaqwan berpaling memandang Tengku Elvia. Matanya tak lagi memandang Tengku Arissya.

"Abang keluar dengan Ariana," balas Tengku Harith Zaqwan bersikap biasa. Tengku Arissya diam masam mencuka saja wajahnya. Barangkali dia sedang menyoal hatinya sendiri, siapa perempuan itu. Mungkin juga hatinya sedang dilanda rasa cemburu.

"Owh ya, kenalkan ni Iris Ariana. Lawyer abang.." Sambungnya. Tengku Elvia bersalaman dengan Iris Ariana.

"Cantik!" Puji Tengku Elvia.

Iris Ariana senyum, "Thank you.."

"Hmm.. ni kakak I, Tengku Arissya.." ucap Tengku Elvia memperkenalkan Iris Ariana pada kakaknya, dia siap menyiku lengan kakaknya supaya bermanis muka. Tengku Arissya pula buat tak tahu. Geram betul Tengku Elvia dengan sikap kakaknya.

"Tak apalah Elvia, abang minta diri dulu ya.." ucap Tengku Harith Zaqwan tanpa mempedulikan Tengku Arissya.

"Jom Ariana.."

"Menyampah betul! Tengoklah tu, itu ke yang Elvia cakap yang bekas suami akak setia?"

"Itukan lawyer Abang Harith, bukannya someone special pada dia.."

"Alasan aje tu. Lawyer sampai ke Paris, tak ke pelik?"

Tengku Elvia tergelak kali ini, "Alahai.. cakaplah yang akak tu sebenarnya cemburu. Kan senang!"

"Mana ada!"

"Ada.. nampak jelas kut, tapi yelah akak kan ego lebih, so tak nak mengakulah kan!"

"Jangan nak mengarutlah!" Balas Tengku Arissya yang sudah melangkah ke hadapan.

"Kakak.. kalau dah cemburu tu mengaku ajelah. Tak payah nak cari salah Abang Harith!" Jerit Tengku Elvia.. dia tergelak sendiri. Orang ego selalunya rugi. Dapat suami setia dikatanya curang. Tak faham dia dengan kakaknya.

"Mama tak fahamlah, kenapa Elvia ke Paris tu?" Soal Datin Falida apabila mengetahui bakal menantunya ke Kota Paris. Dari mana mamanya mengetahui soal keberadaan Tengku Elvia di Kota Paris dia pun tak tahu.

"Adalah tu urusan kerja ke apa mama," balas Tengku Emir Danish sambil menghirup kopi.

"Urusan kerja? Tapi jauh sangat tu Emir. Mama kenal dengan Mus tu, dia jarang bagi anak dia pergi jauh-jauh. Emir pun langsung tak bagitahu mama pasal ni," balas Datin Falida tidak berpuas hati.

"Yeke? Setahu Emir, Uncle Mus okay je. Yelah.. mana tahu urusan kerja tu penting ke sampaikan Elvia perlu ke sana. Emir ingatkan mama dah tahu.." Tengku Emir Danish terus berdalih. Namun Datin Falida tidak mudah berputus asa, dia yakin Tengku Elvia ke Kota Paris atas urusan lain.

"Mama tak rasa Elvia ke sana atas urusan kerja. Ni mesti bersebab.."

"Kenapa pula mama rasa macam tu?"

"Sebab mama kenal Emir, Emir susah nak lepaskan Elvia pergi jauh-jauh. Mama ingat lagi, masa Emir nak ke luar negara buat rawatan kaki tu. Emir ambil masa yang lama fikir nak ke sana sebab tak nak tinggalkan Elvia kat sini," balas Datin Falida.

Tengku Emir Danish terdiam, dia kematian idea untuk terus menipu mamanya.

"Mama.. takkanlah Emir nak control hidup Elvia. Kalau ia melibatkan soal kerja biarlah dia nak ke Paris pun.."

"Mama makin yakin ni, Emir ada sorokkan sesuatu daripada mama dan papa.."

"Nothing mama.."

"No! Baik Emir jujur dengan mama.. kalau tak biar mama sendiri yang call Elvia tanya dia," ugut Datin Falida.

"Mama please jangan buat hal.."

"Kalau tak nak mama buat hal, please jujur dengan mama.."

"Okay-okay, tapi mama janji takkan marahkan Emir. Boleh?" Balas Tengku Emir Danish. Datin Falida hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

"Actually, Elvia ke sana sebab Tengku Arissya.."

"Tengku Arissya? Why?"

"Hmm.. sebenarnya kakak Elvia dah lama bercerai dengan bekas suaminya Tengku Harith Zaqwan, disebabkan kecewa dengan sikap suaminya dia mengambil keputusan menetap di Kota Paris. So, sekarang Tengku Arissya kerja cikgu tuisyen kat sana. Dia dah lama menetap di sana.."

"So, apa kaitannya dengan Elvia pula?"

"Sebab Elvia rasa sebagai adik, dia bertanggungjawab untuk melindungi kakaknya. Dia nak tengok kakak dia bahagia. Dia ke sana bersama satu misi, untuk menyatukan Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya," cerita Tengku Emir Danish.

Berkerut seribu dahi Datin Falida, dia tak faham.

"Masalahnya, bila dah bercerai kenapa nak bersatu lagi? Tengku Harith Zaqwan tu kat mana sekarang, dia ada di Kota Paris juga ke?" Soal Datin Falida main hentam saja.

"Yup, Abang Harith ada kat Paris. Dia sedang mengejar cintanya mama. Dia nak bersatu semula dengan bekas isterinya.."

"Sebenarnya anak Datuk Mustaqim tu bercerai sebab apa?"

"Abang Harith pernah kena tangkap khalwat dengan bekas kekasih dia, Tengku Qistina. So, kakak Elvia sangat kecewa. Dia minta cerai, dan mereka terus berpisah. Sebab kecewa, Tengku Arissya bawa diri ke Kota Paris.."

"Dah si lelaki tu curang, khianat pada isteri dia.. kenapa sibuk nak kejar lagi? Hairanlah mama.." Datin Falida meluahkan rasa tidak puas hatinya. Sebelum ini memang dia pernah tengok Tengku Harith Zaqwan, tak dinafikan memang kacak.

"Abang Harith cuma menjadi mangsa fitnah bekas kekasihnya. Dia tak bersalah. Dia tak pernah curang dengan isteri dia. Dia sayang. Buktinya, dia sanggup ke Kota Paris nak kejar balik cinta isteri dia. So, Elvia ke sana untuk menyatukan. Kira macam membantulah mama.."

Datin Falida melepaskan keluhan kecil, "Sampai sanggup tinggalkan Uncle Mus?"

"Laa.. kan Tengku Arissya pun akak dia. Apalah mama ni.."

"Emir ni baik sangat. Suka ikutkan kehendak Elvia tu. Tak takut ke kalau Elvia tersangkut dengan lelaki lain kat sana?"

Tengku Emir Danish malas untuk membahas soal itu, dia bingkas bangun, "Elvia tak macam tu mama. Tak apalah Emir pergi kerja dulu. Assalamualaikum.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience