Rate

BAB 155

Romance Series 197165

Satu ketukan pintu dari luar kedengaran.

"Masuk!"

"Datuk, ada orang nak jumpa. Katanya, dia ke sini atas permintaan Datuk sendiri,"

"Owh ya. Silakan masuk," balas Datuk Mustaqim sudah menuju ke sofa. Terlihat wajah pembantu rumah barunya itu. Berpakaian serba kekurangan.

"Jadi, kamulah pembantu rumah yang akan bekerja dirumah saya?" Soal Datuk Mustaqim. Rokiah tunduk menganggukkan kepalanya perlahan.

"Saya Datuk, nama saya Rokiah. Boleh panggil Kak Kiah aje," balas Sharleez yang menyamar sebagai Rokiah untuk tugasannya kali ini.

"Rokiah dari kampung ke? Saya difahamkan Rokiah ni anak yatim piatu, betul ke?"

"Betul Datuk, saya telah kehilangan kedua ibu bapa sejak dari kecil lagi. Hidup saya sebatang kara," balas Rokiah membuatkan Datuk Mustaqim juga terasa sedih.

"Tak apa, mulai hari ni Kak Kiah tinggal saja dirumah saya. Saya ada dua orang anak, sorang sudah berkahwin tinggal bersama suaminya. Sorang lagi masih ada dirumah tu. Jadi, saya nak Kak Kiah temankan dia,"

"Selain tu apa lagi tugas saya dirumah Datuk?" Soal Rokiah.

"Memasak dan mengemas. Dirumah tu ada Asmawi, dia merupakan pemandu saya. Kalau Kak Kiah tak tahu boleh tanya dia juga," balas Datuk Mustaqim.

"Baik Datuk, saya janji akan bekerja dengan sebaik mungkin,"

"Bagus. Kejap lagi saya dah nak balik, so Kak Kiah balik dengan saya. Dekat rumah nanti saya akan kenalkan dengan anak saya. Rasanya waktu begini dia sudah balik kerja," balas Datuk Mustaqim.

"Baiklah Datuk, walau bagaimanapun saya nak ucapkan terima kasih pada Datuk kerana ambil saya bekerja dirumah Datuk,"

"Kak Kiah sepatutnya berterima kasih pada Harith, dia yang carikan pembantu rumah untuk saya dan saya yakin dengannya,"

"Ya, Datuk. Tuan Harith tu memang baik hati. Dia banyak menolong saya semasa saya ada dikampung," balas Rokiah. Datuk Mustaqim mengangguk faham.

"Kak Kiah tunggu di sini dulu ya. Saya nak siapkan sedikit kerja lagi,"

Datuk Mustaqim kembali ke meja kerjanya untuk menyiapkan beberapa tugasan. Rokiah diam saja disofa itu, sopan santun lagaknya. Dia hanya memandang sekeliling ofis itu, menjadi pemerhati dalam diam.

'Besar juga ofis ni, tapi lagi besar ofis Tuan Harith. Hmm.. tak sabar aku nak tengok perempuan yang nama Tengku Arissya tu, macam manalah rupa dia. Perempuan yang tuan aku tergila-gilakan tu, cantik sangat ke? Hebat sangat ke dia tu. Tak cantik atau hebat tak apa asal tahu hormat aku, dibuatnya dapat anak majikan yang sombong nak mampus, stresslah aku nanti. Semoga Tengku Arissya baik hati!' Desis hati Rokiah.

Setengah jam kemudian, Datuk Mustaqim mengajak Rokiah pulang ke rumahnya.

Sampai saja dirumah banglo mewah itu, gerak mata Rokiah segera scan kawasan persekitaran diluar. Setiap jejak Rokiah jejak berlangkah waspada. Dia perlu mengenal pasti semua pintu masuk di rumah itu.

"Silakan masuk. Duduk disini dulu ya, saya nak ke tingkat atas sekejap," ucap Datuk Mustaqim. Rokiah mengangguk faham.

Rokiah duduk di sofa ruang tamu, sekali lagi matanya scan kawasan dalaman rumah banglo mewah itu. Ya, terlalu besar rumah ini tetapi tidak berpenghuni. Rokiah bingkas bangun.. dia melangkah ke arah perabot mewah itu, dilihatnya satu persatu barangan yang ada di situ.

Tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan berdehem dibelakangnya, dia terkedu. Rokiah menoleh ke belakang.. dia tunduk, namun sekilas dia dapat melihat wajah itu. Cantik, sangat cantik perempuan dihadapannya. Melebihi kecantikannya.

"Siapa you?"

"Errr.. saya... saya..."

"Dialah pembantu rumah kita, baru sampai dari kampung.."

"Ya, saya Rokiah. Cik ni tentu anak majikan saya, kan," ucap Rokiah.

Tengku Arissya diam saja, dia nampak garang. Mukanya masam mencuka.

"Jadi inilah pembantu rumah kita, papa?" Soal Tengku Arissya menginginkan kepastian.

"Ya, dialah orangnya. So, now Arissya bolehlah berkenalan dengan Kak Kiah ni," balas Datuk Mustaqim.

"Selamat datang ke rumah ni, kejap lagi ada beberapa soalan akan I tanyakan. Sila duduk dulu," balas Tengku Arissya. Rokiah mengangguk faham. Dia duduk kembali di sofa.

'Sombonglah dia ni!" Desis hati Rokiah.

Tengku Arissya berpaling ke arah papanya, "Papa nak pergi mana ni? Bergaya betul.."

"Papa ada nak jumpa klien, jadi Arissya duduk kat rumah ajelah dengan Kak Kiah.."

"Papa! Takkan papa nak biarkan Arissya dengan dia. Kan dia masih baru, Arissya takutlah!" Bisik Tengku Arissya dekat telinga papanya.

Datuk Mustaqim senyum, "Jangan takut. Kak Kiah ni baik orangnya. Papa percaya dia. Arissya tentu suka dia,"

"Tapi paa.."

"Kak Kiah, bilik nanti Arissya yang akan tunjukkan. Saya nak keluar sekejap. Temankan Arissya ya,"

"Baik, Datuk!"

Tengku Arissya duduk, dia menghalakan pandangannya ke arah Rokiah. Lalu kembali bersuara, "You asal mana. Maksud I kampung mana?"

"Kat Pahang,"

"Owh, Pahang.. hmm dah berapa lama ada pengalaman jadi pembantu rumah ni?"

"Lebih kurang lima tahun,"

"Owh.. hmm alang-alang Kak Kiah dah ada sini, jadi I nak jelaskan peraturan kat rumah ni," balas Tengku Arissya. Dia segera menjelaskan peraturan dirumah itu. Dia sangat berharap Rokiah dapat mematuhinya.

"Baik, akan saya turuti arahan Cik Arissya,"

Tengku Arissya mula yakin dengan pembantu rumah itu, lagipun dia dapat melihat wanita itu terlalu polos. Jadi, mungkin boleh di percayai. Nampak wajahnya baik tapi ada sesuatu yang dia perasan pada wajah itu. Nampak cantik, manis orangnya. Jarang pembantu rumah secantik Kak Kiah ni.

"Boleh panggil I Arissya,"

"Hmm.. maaf kalau Arissya cakap sikit, Kak Kiah nampak cantik. Tak biasa Arissya jumpa pembantu rumah yang cantik macam Kak Kiah,"

Rokiah tertawa dalam hati, 'Ya Allah dia ni memanglah aku cantik, aku ni Sharleez. Siapa tak kenal, aku makhluk Tuhan paling seksi dan bijaksana, juga hebat dalam pertarungan. Em... baguslah dia ni, dia dapat menilai kecantikan aku..'

"Kak Kiah.."

"Err.. Kak Kiah ni biasa aje, hanya orang kampung. Lainlah Arissya cantik orangnya.."

Tengku Arissya senyum, "Arissya pun biasa aje,"

"Kak Kiah jomlah Arissya tunjuk bilik Kak Kiah," ucap Tengku Arissya sudah berdiri. Rokiah ikut saja Tengku Arissya dari belakang untuk ke biliknya.

"Ni bilik Kak Kiah, kat atas tu bilik Arissya. Kalau nak apa-apa boleh bagitahu.."

"Baiklah Arissya, terima kasih ya.."

"Sama-sama. Kak Kiah rehatlah dulu, esok baru mula buat kerja ya. Arissya ke atas dulu," balas Tengku Arissya yang sudah menapak ke tingkat atas.

Rokiah lega, penyamarannya berjaya hari ini. Dia membuka tudungnya, lalu menghempaskan tubuhnya ke katil. Sudah lama dia tidak berehat, inilah masanya dia berehat sepuas-puasnya sebelum memulakan tugasannya esok yang lebih mencabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience